Saturday, March 28, 2009

Novel "Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha"

Bismillahirrahman nir rahim..

Syukur ke hadrat Illahi kerana diri yg kerdil ini diberi peluang sekali lagi untuk menggerakkan jari-jemari ini untuk menaipkan entri blog yg seterusnya. Alhamdulillahirrabbil a'lamin..
Juga, selawat dan salam kpd junjungan besar, Rasul tersayang Muhammad SAW serta keluarga an shbt Baginda.

Hari ini xda yg special sgt lah... tp spt yg pernah diperkatakan dlm entri seblm ini, Deana mo kongsi skit isi2 dlm novel "Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha". kiranya mcm sedikit review jugaklah..

Anyways, novel ini ditulis oleh seorg penulis novel dari Indonesia (bukan Kang Abik..hehe) iaitu Taufiqqurahman al-Azizy. Novel ni,best jugaklah... xdalah sampai tersgt best..TAPI ada juga bait2 kata dlm novel ini yg sgt2 terkesan bg aku sendiri. So, overall dari segi plot cerita ok..good and dari segi mutiara kata atau nasihat yg terkandung dlm ni,kira best jugak ar. tapi itu utk diriku sendiri... org lain,im not sure. bcoz.. lain org,lain citarasa kan...

So,meh..aku sharekan sedikit bait2 kata dlm novel ni yg bg aku cukup bermakna,Insya-Allah.

..seorang perempuan yang beragama Islam, dia harus menjaga adab, kesopanan, kecantikan dan juga keanggunannya.

Nilai seorang perempuan tidak terletak pada pada wajah yang cantik, bukan pula terletak pada harta dan kekayaannya. Nilai perempuan adalah terletak pada jiwanya yang menghambakan diri sepenuhnya pada Tuhan.
Semakin dia sujud dan setia kepada Tuhan dan agamanya,semakin tinggi nilainya, semakin luhur budinya, semakin baik akhlaknya malah semakin indah dan cantik dirinya.

Dalam kerinduan dan penghambaan diri kepada Tuhan. cinta bukanlah sesuatu yang aneh, hina dan rendah kedudukannya.

Cinta sejati bukanlah cinta yang membuat hati merasa geram. Cinta sejati umpama cinta sang kumbang yang terbang mengitari kelopak bunga melati.

Tidakkah kau terfikir bahawa jika kau sandarkan kehidupanmu pada asas-asas Islam,hidupmu akan bahagia?

Bagaimana kamu mampu menundukkan musuhmu, sedangkan kamu sendiri tidak mampu menundukkan hatimu?

..perkataanmu itu mencerminkan hatimu yang sebenar.

"Ketika nafsu sedang menguasai, sedangkan hati menepisnya, maka mengajak diri bermuhasabah diri adalah langkah yang sebaik-baiknya."

"Sentiasalah bersyukur kepada Allah, kerana siapa yang bersyukur itu sesungguhnya ia telah bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Anakku Yusuf, janganlah kamu mempersekutukan Allah, kerana ia adalah satu kezaliman yang besar."

Jadikanlah keadilan, kebenaran dan kejujuran sebagai pakaian jiwamu. Junjung tinggi cinta kepada-Nya.

Semakin kita bermohon kepada Allah, semakin dekat pertolonganNya kepada kita. Semakin kita mencintaiNya, semakin besar rasa cinta manusia kepada kita. Bila kita sentiasa mengingatiNya, maka sudah tentu si dia akan turut sama mengingati diri kita.

Zulaikha boleh mencintai siapa juga, tetapi Allah jualah yang memutuskan kepada siapa cintanya terikat.

Ikhlas adalah kata yang mudah untuk diucapkan tetapi sukar untuk diamalkan.

Pekerjaan yang mendatangkan malu itu adalah pekerjaan yang mengaibkan di mata Allah SWT. Semua pekerjaan adalah halal jika dilakukan dengan ikhlas dan tulus dan dilakukan semata-mata kerana Allah itu merupakan satu ibadah.

restu orang tua mampu menjadikan rumahtangga anak-anak itu bahagia.

itulah sedikit sebyk yg blh Deana kongsikan di blog yg xseberapa ini. Perlu diingatkan bahawa novel ini tidaklah menceritakan berkenaan dengan Nabi Yusuf a.s tetapi mengambil cerita Nabi Yusuf a.s itu sebagai asas untuk plot novel ini. Masa baca novel ni, ngam2 time baca tu ada 'masalah' skit..then bila nak muhasabah diri tu, dengan kuasa Allah,aku dipertemukan dengan kata2 yg memberi semangat spt di atas. Wallahu ahlam.. sesungguhnya semua itu hanyalah pada pengetahuan Allah yg Maha Esa.


baiklah..stop kat sini dulu.. aku rasa sgt pening dan nausea da skrg ni.padahal nak prepare buletin untuk hostel n prepare utk Civil Nite dinner mlm ni jugak...alahai.. ndak pa lah..insyaAllah,kesakitan yg dtg tu adalah kafarah dr Allah utk hambaNya yg kerdil ini...


Wallahu ahlam...

Sunday, March 15, 2009

New Post..at last! (tajuk tambahan: SYUKUR)

Dengan nama Tuhanku yang menciptakan langit dan bumi, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

ku mulakan titipan entri kali ini dengan kalimah "Bismillahirrahman nir rahim". Selawat dan junjungan kepada Nabi & Rasul kesayangan,Nabi Muhammad SAW dan juga semua sahabat dan keluarganya.
Syukur ke hadrat Illahi,akhirnya aku punya masa juga untuk menarikan jari-jemari aku ini untuk menaip entri blog setelah hampir sebulan menyepi. Jeritan hati ini dan lonjakan fikiran sentiasa ingin saja meng'update' blog,tapi kelemahan diri ini menguruskan masa ditambah dengan ketiadaan 'mood' membantutkan segalanya (update blog jak..).

Sebetulnya,aku benar2 ingin menaip entri sejak habisnya minggu Festival Kesenian Islam (6hb Feb 2009) yang lalu lagi. Perkataan "seusai FKI yang baru berlalu..." berulang kali berputar dan muncul di fikiran kerana itulah patah2 perkataan yang ingin aku taipkan dalam entri blog yang sepatutnya sudah lama aku buat. Namun...manusia hanya merancang dan Allah jualah yang menentukan segalanya. Aku percaya semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. InsyaAllah,moga dipermudahkan untuk mencari hikmah2 itu.

Apa yang berlaku dengan diri yang tidak seberapa ini dalam sebulan? Memang sibuk..laptop kesayangan sentiasa dalam keadaan 'on' namun, tuannya sangat malas ingin melayan internet. Huh, banding masa di rumah dulu.. 5 jam depan PC pun ndak kisah..sekarang ni,alahai..baru 5 minit login wi-fi..sudah bingung entah apa yang mau dicari dalam dunia maya ni. Aish... terkeluar dari landasan sudah ka aku ni.. maaaaap...heheh.baiklah..biar aku taip sesuka hati aku jak secara kasar tentang apa yang da berlaku sebulan lalu...sekadar untuk mengisi kekosongan semasa kehilangan tuan punya blog ni.huhu.. Abg CD sampai gelar aku YB Muda sudah..wah,amin..!

1) Seusai program FKI yg lalu (1-6 Feb '09), aku berasa gembira kerana prog2 besar dlm FKI ini memberikan aku sekurang2nya sedikit peluang utk menghabiskan masa bersama rakan2 baik aku dlm kampus yakni my sisters.. sejak masuk JAKMAS,tambah lagi jd S/U.. mmg sku sentiasa sibuk. paling2 pun aku akan gi bilik kakak aku,Neena. tapi dengan rakan2 yang lain,jarang plak jumpa. AKu bersyukur sgt2 sbb Allah beri peluang pada aku untuk luangkan masa beberapa hari dalam minggu ni untuk bersama dorg gi prog bersama2. Antara program yg kami pi sama2 adalah Kuliah Cinta: Ketika Cinta Bertasbih (Uztazah Siti Nor Bahyah), Nisa' Nite, Malam Jalinan Muhibbah (penampilan khas UNIC). masa Nisa' Nite tu mmg best arr... aku dpt pengalaman baru yang sdah lama aku pendam selama ni.heheh! rasa seronok pula.. tapi xyah lah aku nak bgtau kat sini.biar org yg mmg tau n da tau jer lah kekal tahu..(berbelit ayat..).

2) Program Sesi Ramah Mesra JAKMAS @ E (beserta Fire Drill) pada bulan feb yang lalu berjaya dilakukan. Ya Allah... aku benar2 bersyukur pada Mu atas segala bantuan yg Kau telah berikan pd hambaMu yang kerdil ini. utk tahu lbh lanjut ttg perjlnan program ni,blhlah rujuk kat blog rumet aku yer..nanti aku link-kan blog Bibi~ kebetulan masa program ni,dia adalah timb. S/u. Aku juga mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yg sanggup bersusah payah dgn aku (selaku penyelaras) sepanjang program ni. Mmg aku akui sgt2 yg perjalanan program ni agak kelam-kabut.Hanya Allah saja yg tau betapa tunggang terbaliknya sudah aku sepanjang m'uruskan program ni. Aku juga bersyukur kerana Allah berikan aku,Zizul(pengarah), Cnat (s/u) dan semuaaaaaaaa yg terlibat kekuatan untuk meneruskan program. Kehadiran Hanafi sbg Timb.Pengarah saat akhir juga sgt2 aku syukuri krn dialah jua org yg byk bantu aku dan Zizul. Juga tdk dilupakan pd P.A aku..heheh,yg membantu aku dari sejak aku mula proposal lagi..hrp2 lah dia ndak bengang dgn aku sbb sepatutnya dia lbh relax sem ni,alih2 aku masih minta bantuan dia sbb aku sgt percayakan dia.Makaseh kpd org yg berkenaan~~
Alhamdulillah...semasa sesi soal jwb tu,sambutan yg diterima sgt memuaskan.bila nampak betapa hampir penuhnya separuh kafeteria tu dgn org yg berminat dgn program ni,hanya Allah saja tau betapa berbunga2 hati ini.SYUKUR!!!

3)Harijadi aku yg lalu disambut sederhana (da makin tua..makin memanggil 'rumah tanah' tu....) di rumah. Aku bawa kakak2 kesayangan aku, Ina,Neena & Dieja balik rumah pada hari Jumaat tu. Gembira sgt sbb hari jadi aku jatuh pada hari Jumaat seperti hari kelahiran aku pada thn 1987 tu.hehe.ntahlah,suka sgt aku ni dgn hari Jumaat.wahh..
Utk thn ni,aku sambut bday dgn sorg cousin dr Australia yg baya aku.Bengong juga aku memikirkan mcmana mau berdepan dgnnya,lbh2 lg dia tu lelaki.Family pun kurang faham.. ya Allah,jika kiranya aku ada membuat apa2 dosa sepjg masa itu..ampunilah aku..!!
2 buah buku aku dapat pemberian insan kesygan, satu dari kakak Jane aku(dgn anaknya Aby) n satu lagi,xpayahlah aku bgtau sepa yg memberi. Bukannya apa,aku terharu kerana kedua2 buku yg aku dapat itu adalah buku Islami. Kedua2nya memberikan motivasi. Alhamdulillah,mmg aku perlukan sgt buku sebegitu.Lgpun aku ni mmg cintakan buku..kalo blh,buku teks yg digunakan lebih rela aku beli dari fotostat.huhu..ilmu tu..!!

4)Gembiranya bila dapat menyertai program islamik pd hujung feb yg lalu. Gembira sgt sbb byk yg aku pelajari. Slot pertama ada sildeshow dan ceramah dr sorg uztaz. Tajuknya adalah 'Ahamiyatud Tarbiyah' (Kepentingan Tarbiyah,x silap aku). Slot kedua yg best juga, perkongsian pengalaman oleh sorg lagi uztaz. Sungguh hebat perjalanan org yg ditarbiyah. Moga2nya aku dpt jd sayap kiri dan kanan suamiku yg memperjuangkan Islam,insyaAllah. Doakanlah hamba Allah ini dapat meneruskan tarbiyah walaupun hingga nafas terakhir,InsyaAllah.
Dalam program ini, aku dapati..memang.. org yg ditarbiyah itu pasangannya org yg ditarbiyah juga.supaya sama2 faham akan perjuangan dakwah walaupun selepas berkhawin. Terfikir di benakku.. aku mengharapkan aku juga dapat bersuamikan rijal yg tetap memperjuangkan Islam sampai bila2 biarpun hanya di peringkat bawahan. Amin!
Melalui slot mengenai pengalaman sendiri, kami membincangkan bezanya org yg ditarbiyah dgn org yg tdk ditarbiyah. Antaranya pengurusan masa,kewangan...dan yg plg penting matlamat hidupnya juga berbeza. Syukur pd Allah tanpa putus kerana limpahan kasih sygNya..aku ditakdirkan dpt m'hadir suatu majlis ilmu yg byk mengajar aku realiti insan yg ditarbiyah.
Ukhwah juga terasa semasa program ini. Dapat berkenalan dgn isteri uztaz,yg lbh mudah kami panggil 'Umi' pun mengembirakan hati ini.

5)Test....Mid-term..... Assignments.... rakan2 karib buat pelajar sekalian yg tdk mungkin mudah utk ditinggalkan.skrg ni pun aku x tido lg sbb mau siapkan assignment Mechanics of Solids. Pening kepala aku ni yg sudah sedia berpusing2..huhu. Untuk satu soalan pertama pun aku ambi masa yg saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat pjg untuk dptkan jawapan sbb pada soalan pertama inilah aku kena faham segala konsep supaya senang menjawab soalan2 yg seterusnya. Mungkin juga atas dosa2 yg aku pernah dan telah lakukan hingga terbentuk titik hitam pada hati kecil aku ini m'yebbkn aku sukar memahami.aduhai Tuhan yang dicintai dan mencintai..ampunilah aku..terangkanlah hatiku..

6) Pertemuan Balqis semalam sgt2 mengirangkan hati aku. Kami kenal masa aku sem 2.. masa aku start ikut usrah bernaqibkan Akh Hairulanuar.first usrah,aku x pakai tudung..second usrah,Alhamdulillah aku da pakai tudung. Baru2 ni mmg slalu terserempak dgn Balqis tapi xda kesempatan bercerita pjg spt semlm. Maha Pengasih mmg sudah merancang segala2nya. Byk yg kami bualkan semlm, dan aku akui... bezanya berbual kami itu..sesama perempuan adalah lebih kepada tarbiyah,soal2 agama. Syukur krn dgn perbincangan/p'bualan kami itu sedikit sebyk memuhasabahkan diriku..memperingatkan diri aku untuk terus melangkah pada jalan Allah ini.Pengalaman mmg mengajar manusia dan byk yg kami bicarakan semlm juga mengenai pengalaman masing2 utk dikongsi bersama. Kata2 Balqis yang ingin aku kongsikan bersama... "Harta berharga kita adalah IMAN kita"

7) Maulidur Rasul datang kembali... mengingatkan aku pada peristiwa penting setahun lalu tika menjelangnya hari mulia itu. Tawaran berharga ku terima dari Yang Maha Mencintai makhlukNya.. Allah menawarkan aku hidayahNya,suatu 'turning-point' untuk ku dlm hidup ini.. Dengan sokongan kawan2 yang lama mahupun yang baru..aku terima tawaran itu dan ku pohon agar ia berkekalan sehingga hilangnya dunia ini sekalipun. pada tika itu jugalah seseorang yg sgt2 aku hargai hingga kini hadir dlm hidup aku dan byk membantu aku dlm menempuh cabaran perubahan ataupun hijrah kepada ALlah. Sesungguhnya kpd Allah jualah segala kesyukuran ku panjatkan.

alahai sudah hampir 3:46 pagi.. sejak terlewat bangun jam 7lbh pagi td,terus solat subuh..aku langsung xda tido...pas ni tukar nama blog ni jadi "Panda Deana" la plak..... oh,tidak!!hehe. alang2 tido jap atas meja Bibi ni,insyaAllah kalo bgn sblm subuh,blhlah qiam.jam 6 pg nanti ada halaqah di surau anjuran Exco EKSAH plak.. xleh miss sudah...mesti istiqamah! Ganbate kudasai,Deana-chan!!

aku terperasan juga dlm catatan aku kali ni byk pasal bersyukur..Alhamdulillahirrabbil alamin..!

p/s: pas ni akan aku tulis sedikit ulasan mengenai novel Islami yang baru abis aku baca tadi.. tajuknya 'Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha'. Dibeli semasa hari Maulidur Rasul pd hari Isnin tu,pasal sibuk jarang2 dpt habiskan cepat.Syukurlah,abis juga akhirnya. Aku juga baru abiskan novel 'Manikam Kalbu' oleh Faisal Tehrani. Best...yg byk sentuh mengenai aurat dan pakaian.Buku tu aku pinjam dari Dhilah. Hah..ni lagi sorg akhwat yg aku sgt2 interested nak crita kat blog ni.InsyaALlah,kalo diizinkan aku akan update lg blog ni untuk kesekian kalinya..pada lain kali.hehe!

p.p.s: byk sgt lg yg mmg aku nak taip lagik...!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum wbt.
Related Posts with Thumbnails