Thursday, April 16, 2009

sajakku yg tidak bertajuk... part 2

Wahai hati
Teguhkanlah iman sebagai benteng kekukuhanmu
Kawallah nafsu untuk kesejatheraan kerajaanmu
Istiqamahkanlah amalan kebajikanmu untuk menyucikanmu
Jauhkanlah diri yang kau jaga itu dari lumpur dosa

Duhai hati
Janganlah kau merasa gundah-gulana
Bila kau takut dikatakan orang bila melakukan amal
Sesungguhnya takutlah engkau
Bila menerima balasan jika melakukan dosa

Wahai diri..
Janganlah kau menyangka bahawa
Hidup sebagai orang lain itu lebih baik
Kerana ada hikmah dalam setiap
Gerak kehidupan yang kau alami sekarang

Duhai diri
Janganlah ingin kau menggantikan kawan-kawanmu
Dengan kawan-kawan orang lain
Selagi mereka itu mengingatkan padamu
Akan kebesaran dan keagungan cinta Illahi

Ingatlah wahai diri
Apa saja yang kau miliki kini
Apa saja yang kau hadapi dalam hidup
Siapa saja yang mendampingi dan bersama denganmu
Itu adalah ujian dari Allah semata-mata


r'Deana
21 RabiulAkhir 1430H
7:50PM

No comments:

Related Posts with Thumbnails