Saturday, June 13, 2009

Lada, Islam dan aku


Bismilahirrahman nir rahim..

Segala kesyukuran buat Tuhan Pencipta Alam, Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Besar..atas segala ni'mat iman dan Islam yang telah diberikan pada diri yang kerdil ini.
Selawat dan salam buat junjungan Rasul Teragung, Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat Baginda.
Bila saja aku membaca ayat-ayat dalam gambar di atas itu..terasa ada suatu 'tendangan' pada diri ini. "Benar..Benar... Aku YAKIN kepadaMU, ya Allah!!"

Hari ini, aku terlambat bangun. Dah bangun, ntah macamana aku boleh tertidur balik. Penat kot..atau sebab semalam aku sengaja menghadap laptop selagi ada line wireless hinggalah aku solat sunat sebelum tido. Benarlah kata orang, bila kita dekat dengan Allah (melalui solat), akan tenang hati kita. Itu yang berlaku pada aku.

Bingung? Lebih-lebih lagi dengan tajuk entri kali ni? Takpa.. nak tahu, baca terus je la.Heheh.

Lada
Dulu, jangan haraplah korang akan nampak aku makan lada, sos cili pun aku tak tahan. Tapi bila da start makan nasi ayam mak cik di rumah pangsa belakang sekolah sejak hujung Form 4, lada untuk nasi ayam dia tu taklah pedas sangat. Dan aku suka dan tak takut pedas pun bila makan nasi ayam dengan ladanya. Kawan2 pun jadi hairan.
Masuk universiti, kira oklah sebab aku dah boleh terima sos cili. Pegi restoran fast-food mahupun restoran biasa, boleh jer aku makan dengan sos cili. Dah tambah lagi, rupanya byk kwn2 yg rapat dgn aku ni "gila lada", x sah mkn kalo x pedas. Aku pun bila da cuba,kadang2 terikut juga makan pedas. Cumanya aku xlah gila pedas sgt cam dorg, sbb aku ttp kena control mkn lada disbbkn oleh gastrik aku.
the main point is.. aku kini dah biasa dgn lada. aku dah x takut dgn lada dan di rumah pn,kalau xda lada tp ada ayam goreng.. aku sndr sediakn lada sbb aku suka makan ayam goreng dgn lada.Heheh..

Islam dan aku
Aku mmg dilahirkan sebagai Muslim. Tp yalah, blh dikatakan itu hnyalah agama aku dr sejak lahir. Spt yg pernah aku titipkan dlm entri "Hidayah o hidayah" sblm ni..bkn sedikit org yg mmg lahir sbg Islam taking Islam for granted. Islam itu hanya warisan.. bukannya ad-din atau cara hidup spt yg sepatutnya. Tgklah kini yg mana bkn sedikit jg org Islam yg lbh b'pndgan sekular (m'asingkn agama dr kehidupan) mahupun liberalisme (kebebasan agama).
Sejujurnya aku dulu tdk menitikberatkan sgt pegangan Islam dlm hidup aku. Kurang ajaran2 al-Quran yg aku aplikasikan dlm kehidupan spt yg sepatutnya. Cumanya aku mmg minat belajar Pendidikan Islam masa di sekolah menengah dulu, biarpun jawi aku tunggang-langgang.. baca Quran pun tak ok.
Alhamdulillah,masuk universiti.. dengan sedikit bantuan rakan2 di sekeliling aku,aku mula mengenal Islam yg sepatutnya. Tiada siapa paksa aku, tapi hati aku sendiri ini yang tergerak mahu belajar solat biarpn da tua bangka.dr belajar basic solat, aku cuba bljr wirid2 dan zikir2, jg doa2. sndr bengang sbb tak pndai sgt dlm bab2 nak wirid & doa pas solat (pdhal xpayah ssh2 p0n..).
lama-kelamaan..mgkn inilah yg dikatakan sbg HIDAYAH ALLAH.tanpa aku sndr sangka, hati aku terbuka utk bertudung. skrg dan insyaAllah,sampai bila2 pun aku nak istiqomah. Syukur juga kepada Allah, kerana kini, aku lebih mengenal Islam sbg ad-din. Aku rasa tiada masalah dan terbuka untuk m'aplikasi ajaran Quran dan Sunnah dlm kehidupan, setakat yg aku mampu dlm satu2 masa.
Mgkn kalau masa hati aku itu terbuka utk m'dekati Islam tapi aku ambil sambil lewa dan tdk memperdulikannya, mgkn aku tdk jd hamba Allah sbgmana aku skrg.

Kesinambungannya?

Jadinya, kes aku dgn lada dan aku dgn Islam hampir sama..yg mana bila aku mula utk menerimanya sedikit demi sedikit, selagi tdk memudaratkan diri aku sndr, aku semakin familiar dgn lada mahupun Islam. Tentu sekali semua itu perlu kepastian. Dan cara untuk memastikan adalah dengan ujian.
Dengan lada, utk memastikan betulkah aku sudah pandai makan lada..tentulah aku kena cuba makan makanan dengan lada ataupun yg pedas.Kalau aku orait jer bila makan, kira aku dah oklah dengan makanan pedas.
Dengan Islam juga sama.. Allah akan menguji hamba2Nya utk dinilai sejauhmana tingkat iman dan taqwa seseorg itu. Sptmana dlm firmannya

Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?(29:2)

Ujian Allah
Seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah Al-Ankabut itu, semua orang akan dihadapkan dgn ujianNya. Adakalanya kita tidak sedar pun apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita itu adalah ujianNya. cthnya, bila pergi shopping mall. banyak fesyen2 baju yg terbaru. kita pun tertarik dgn baju2 itu tapi masalahnya baju2 itu pula x tutup aurat. jd akankah kita tetap membelinya (samada utk dipakai atau disimpan) ataupun lupakan saja tarikan itu atas dasar iman? kalo dilupakan saja tarikan kecantikan baju2 itu walaupun tdk menutup aurat atas dasar iman, insyaAllah..sekurang2nya terbuktilah kita ini berusaha utk istiqomah dlm menutup aurat. tapi kalo dibeli juga dan dipakai..ternyata,kita tdk istiqomah utk menutup aurat sedangkan itu adalah suruhan Allah & ajaran al-Quran. Bagaimana pula kalo sekadar beli tapi tdk dipakai (hanya disimpan..sekadar utk puaskn hati)? Hah, itukan membazir namanya. Membazir itu amalan syaitan, kawan...huhu.tak baik tau..!
Bila ujian itu sgt ketara dan kesannya kpd kita juga sgt terasa, baru kita sedari yg kita sdg dihadapkan dgn ujian ALlah.
Semakin tinggi tingkat taqwa, semakin hebat ujian yang diberikan. Sebabnya semakin hebat ganjaran di sebalik ujian itu~! Wahh... bukankah kita semua yg beriman ini (InsyaAllah) inginkan syurga yg paling tinggi tingkatnya? Sama sbgaimana semakin tingginya nilai sebuah permata itu bila semakin tinggi nilai kualitinya.

Bulatkan tekad
Semalam, aku sendiri juga menghadapi ujian yang bagi aku agak berat untuk aku lalui. Tapi sebagai org yg beriman kpd kitab Allah yakni AL-Quran,aku yakin dgn firman Allah dalam surah al-Baqarah;

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".(2:286)

Disebutkan dalam ayat 286 ini bahawasanya ALlah tdk membebankan seseorg melainkan dgn kesanggupannya.
Teringat aku pada suatu malam tika aku ber-chat dgn Selvi. Biarpun dia bukan seorg Muslim tapi dia faham akan prinsip aku terhadap Islam dan dia tetap menyokong aku. Dialah org yg m'ingtkan kpd diri aku utk tdk berputus asa biar sebyk mana pun ujian yg aku hadapi. Kata2nya yg aku ingt ialah, "U believe in ALlah,ryt? So,trust Allah and surely He'll be there for you..". SOmething macam tu lah yg dia taip. not the exact words,but at least dats wat it means.hehe.
My point is... biar apa ujian yg Allah bg kita, kita kenalah cari HIKMAH di sebalik ujian itu. Bagaimana nak cari? dgn USAHA,TAWAKAL dan DOA.
Dlm ayat 286 surah Al-Baqarah ini, kunci utk m'hadapi ujian yg diberikan kpd kita adlah dgn kesanggupan kita utk b'usaha m'cari jln penyelesaian yg sebaik2nya, berdoa kpd Allah dan bertawakal.
Bukan mudah utk aku hadapi ujian itu bilamana aku berhadapan dgn ahli keluarga aku sendiri yg tdk faham akan prinsip Islam yg sebenar,yg berlandasan al-Quran. Tidak payah lebih2, asas saja sudah cukup.. tdk perlulah sampai tahap sufi.. Mungkin ada silap dari pihak aku juga,Allahu ahlam.. mungkin perubahan aku dilihat 'agresif' mahupun 'extreme' oleh mereka. Silap aku juga mgkn sbb bg sesetgh org,perubahan aku itu "terlalu pantas".. tapi bila aku fikir untuk DIRI SENDIRI pula, aku mmg dah sedia utk berubah. Aku sendiri takut kalo aku tdk grab hidayah yg Allah bg aku ni,aku akan kehilangannya. cuma, moderation (kesederhanaan) terhadap org lain tu kena ada juga especially ahli keluarga aku sendiri yg kurang faham.
Jadi,kiranya aku kena juga usaha untuk cari jalan penyelesaian yang sebaik-baik... aku tetap kena bersangka baik dgn semua ahli kluarga aku,kena doakan mereka juga utk diri sendiri agar hidayah ini tetap terus menemani diriku sampai akhir hayat. usaha yg lain jg,bila ada peluang..aku cuba ckp dgn mana2 ahli kluarga aku agar dorg lbh fhm. yg pnting kena lbh slow down skit lah..
itulah sedikit sebanyak yg blh aku kongsikan dgn rakan2 semua. bukan mau memuji diri sndr mahupun meminta simpati,TIDAK, sekadar berkongsi dgn rakan2 semua dan agar kita sama2 blh ambil ikhtibar dlm kehidupan yg singkat ini. maaf andai byk yg aku perkatakan kali ni tunggang-langgang...byk sgt gangguan sbb anak2 buah aku sibuk memenuhi bilik aku dan menjadikannya mcm cyber cafe sbb semua pun sibuk nak main komputer desktop.alahai...
apa-apa pun, WALLAHU AHLAM...

1 comment:

Shin Chan Comel said...

salam:)
tahniah!engkau telah ku anugerahkan award & di tag skali..hehe.
pliz refer to my blog:)

Related Posts with Thumbnails