KUCHING: Sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak, merakamkan perbuatan mereka meniru cara umat Islam bersolat jemaah termasuk melaungkan azan di dalam sebuah gereja dan dipaparkan dalam laman web You Tube.
Dalam rakaman dua minit 13 saat itu, sekurang-kurangnya lapan remaja termasuk dua perempuan berusia 12 hingga 15 tahun dilihat ketawa dan menjerit ketika empat rakan mereka melakukan 'solat jemaah'.
Empat remaja lelaki kelihatan berdiri di ruang hadapan gereja atau altar sambil meniru cara solat jemaah dengan seorang daripada mereka melakonkan watak imam.
Ketika itu, laungan seperti azan jelas kedengaran dipercayai dilakukan rakan lain, manakala kumpulan remaja berkenaan �bersolat� dengan mengangkat takbir beberapa kali, sujud, duduk antara dua sujud sebelum duduk tahyat akhir.
Kumpulan remaja yang melakonkan watak jemaah turut berbaring beberapa kali dan menggayakan tarian 'shufle' serta berguling. Seorang daripada remaja berkenaan turut dilihat mengajuk cara pondan bersolat sebelum remaja yang merakam berkata "ada pondan ke dalam masjid".
Mereka memakai pakaian baju T dan seluar jeans dengan seorang daripada mereka memakai baju sekolah yang tertera nama dan logo Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Augustine, Betong.
Perbuatan dipercayai dilakukan di sebuah gereja sekitar Betong, kira-kira 350 kilometer dari sini dengan tiada individu dewasa kelihatan berada dalam rumah ibadat berkenaan.
Pada penghujung rakaman, seorang remaja lelaki turut berkata "no more muslim, muslim is ajaran sesat". Rakaman berkenaan dihantar ke sebuah laman web oleh seorang penghantar bernama 'Harisha2012' pada 20 Oktober lalu.
Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata perbuatan itu dilakukan sekumpulan pelajar nakal dan meminta umat Islam tidak cepat melatah.
Katanya, Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) sudah dimaklumkan mengenai perbuatan kumpulan remaja berkenaan dengan siasatan dilakukan beberapa pegawai Jais.
"Sebagai umat Islam, memang kita tidak gembira, namun saya harap ia tidak menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini. Ia dilakukan sekumpulan kecil budak nakal dan ia tidak mencerminkan keadaan sebenar hubungan kaum dan agama yang sememangnya baik sejak dulu lagi," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk merujuknya kepada pemimpin di kawasan berkenaan bagi memastikan ia tidak berulang.
"Setakat ini tiada laporan rasmi dibuat mana-mana pihak, namun saya akan meminta pegawai Jais membuat laporan agar siasatan lebih terperinci dilakukan," katanya.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang, berkata pihaknya sudah memaklumkan kejadian kepada polis dengan tindakan tegas akan diambil terhadap kumpulan pelajar berkenaan.
Sumber: Berita Harian (2 November 2009)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Dianah:
Memetik komentar dari Menteri Muda di Pejabat Perdana Menteri (spt dlm artikel di atas);
Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata perbuatan itu dilakukan sekumpulan pelajar nakal dan meminta umat Islam tidak cepat melatah.
"Sebagai umat Islam, memang kita tidak gembira, namun saya harap ia tidak menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini. Ia dilakukan sekumpulan kecil budak nakal dan ia tidak mencerminkan keadaan sebenar hubungan kaum dan agama yang sememangnya baik sejak dulu lagi," katanya ketika dihubungi semalam.
Bagi Dianah, umat Islam harus tetap sensitiviti mengenai hal sebegini. Ya Allah, ampunilah kelemahan kami. Biarpun nampak remeh hanya kerana menganggap perbuatan ini hanyalah perbuatan nakal sekumpulan pelajar. Kita harus ingat bahawasanya apa-apa saja yang berlaku itu bermula dari hal-hal yang kecil. Even untuk suatu kejayaan sekalipun, apatah lagi penghinaan terhadap agama Islam kita ini.
Kalau yang "kecil" ini pun boleh saja menghina Islam..apatah lagi yang "besar" atau "dewasa"?? Tentu lebih teruk penghinaannya.
Kita tidak blh sambil lewa dalam menangani masalah sebegini.. kerana blh dikatakan cara sebegini adalah cara menentang & memerangi Islam scr halus.
Moga kita sentiasa dlm lindungan rahmat dan hidayah ALlah.
Still..kita mmg tdk blh cpt melatah. Dgn sensitiviti sbg umat Islam, kita blh ambi kejadian sbg iktibar juga cabaran kita sbg dai'e. Boleh jadi budak-budak yang melakukan perbuatan di atas tidak faham Islam, ataupun langsung tidak tahu apa2 ttg Islam. Maka, menjadi tugas kita utk lbh peka n sebarkan Islam yang sebenar2nya.. Islam yang mementingkan keamanan,kesejatheraan dan kebaikan buat manusia secara keseluruhannya. Kita kena bagitau mereka yg tdk tau dan fahamkn kpd yg tdk faham. Semoga Allah beri kita kekuatan untuk membawa risalahNya yang agung ini. Kita adalah pewaris dakwah Nabi SAW. Rasulullah SAW telah menunjukkan pada kita melalui sirahnya, baginda blh mengharungi jln dakwah ini..maka, begitu juga kita sekiranya kita cthi dan ikut sunnah baginda. InsyaALlah.
wallahu ahlam bissowab.
harap maaf atas segala salah dan silap.
No comments:
Post a Comment