Shah Rukh Khan terima Datuk 6 Dis.
MELAKA 24 Nov. - Pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan bersetuju datang ke Melaka pada 6 Disember ini untuk menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Omar Kaseh berkata, Shah Rukh Khan akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 7.30 pagi dan akan berada di Melaka selama sehari.
Istiadat penganugerahan darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, pada 10 pagi, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 hari lahir Mohd. Khalil pada 11 Oktober lepas.
Omar berkata, bahawa pada majlis istiadat penganugerahan itu, Shah Rukh Khan akan berpakaian baju Melayu serba hitam dan bersongkok, satu-satunya artis Bollywood yang diberi penghormatan memakai busana baju kebangsaan yang pasti akan ditonton seluruh dunia.
Katanya, artis itu dijadual melawat Menara Taming Sari pada 2.10 petang, menaiki beca ke jam besar melalui Jalan Quayside (2.25 petang), Eye On Malaysia (2.50 petang), Pentas Jonker Walk (3.25 petang), menaiki bot dari Padang Nyiru ke Eye On Melaka (3.45 petang), Kampung Morten (4.10 petang) dan bertemu peminat di konsert Jom Ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (4.45 petang) dan terbang balik ke Mumbai pada 8 malam, hari sama.
sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm
Sedikit dari Deana..:
Bismillahirrahman nir rahim.
just as i sed in d subject: I SERIOUSLY CAN'T GET IT (at all). why shud he'd be given d title of "Datuk" while here in our own country..we got some more deserving ppl. adehh.. zenzen wakarimasen~ *geleng kepala*
kalo nak tgk dr sudut agama pun (sblm tu nak mintak maaf sgt2 kalo ada salah silap sy), Shah Rukh Khan(SRK) ni agak memalukan org Islam sendiri.Bukan nak ckp buruk pasal sepa2 tapi spt yg kita maklum,SRK ni org Islam tp dia tlh berkhawin dgn isterinya yg b'agama Hindu dan isterinya lgsg x convert pun pi Islam. adedeh.. apa nak jd dgn dunia skrg.
lg satu, SRK ni bukannya rakyat Msia.lainlah kalo kes cam Datuk Michelle Yeoh sbb walaupun jarang (n mgkn tidak) tinggal di Msia suda..dia ttp kelahiran Msia. aiyoyo...
dgr kata,p'anugerahan ini adalah krn SRK tlh m'bntu mempromosikn Melaka.huhu,kalo cam tu.. adik Amrah (x-hausmet sy yg da g Mesir utk smbung stadi) pn layak dpt gelaran tu sbb masa memula knl dgn dia pn,dia slalu ajak g Melaka n bgtau ttg Melaka kt sy. aisehmen..
knapalah budaya hedonisme (hiburan) semakin diagung2kn kini.. bg sy,baek lg bg gelaran Datuk tu pd mahasiswa Msia d dlm ataupun luar negara yg tlh berjaya mengharumkn nama Msia di persada global.blh jd 1 suntikan bg mahasiswa/i yg lain.heheh,saja ja tu.
mm...dah lah,malas nak komen lbh2. ada plak jd posting "ikut emosi" (mm,beberapa hari ni kena komen oleh kwn baik sy psl ikut emosi jer.huhu~ maaf ler,x sengaja).hehe.
p.s: maafkan kelemahan diri ini jika ada salah silap!!!
No comments:
Post a Comment