Tuesday, December 30, 2008

Salju Sakinah *edited*


Bismillahirrahman nir rahim..

Alhamdulillah.. 2-3 hari yang lalu,aku berjaya juga habiskan membaca novel Salju Sakinah. Sebuah novel yang sudah lama aku kepingin mahu baca.dari pertengahan tahun ni lagi,tapi pada minggu lalu..semasa berkesempatan ber'hang out' dengan 3 orang kawan baik aku(since sekolah menengah) di City Mall menemukan aku dengan novel yang aku cari-cari ni di kedai buku Popular.


2 hari aku perlukan untuk membaca novel ni.
Hari 1- beli waktu paginya..malam mula membaca.
Hari 2- baca dari awal pagi..abang long datang dengan anak-anak,dijenguk sekejap..then baca novel lagi..sampai malam,Alhamdulillah..siap juga aku baca novel ni.

Komen aku mengenai novel ni..(walaupun aku tidaklah pandai sangat mengulas pasal buku ni..) memang seronok membaca. "Geram" pun ada setiap kali sampai penghujung bab. Sebabnya mesti ada unsur suspen. Adedeh..terkena aku. Mungkin faktor bahawasanya sebelum novel ini diterbitkan,ianya disiarkan secara mingguan di Utusan Malaysia pada Isnin hingga Rabu sepanjang tahun 2005. Jadi,aku faham jugalah what's with the suspense scenes tu.Heheh.
Sejujurnya,biarpun "geram" tapi aku sangat sukakan novel ni.Sama seperti sukanya aku pada novel Ayat-ayat Cinta nukilan Habiburrahman El-Shirazy. Sememangnya novel yang boleh digenrekan sebagai 'novel Islami'.
Antara mesej yang dibawakan adalah sabar dan reda atas ketentuan Illahi,atas takdir yang sudah menimpa diri dalam kehidupan seharian. Melalui watak Sumayyah (watak utama),aku belajar erti sabar dalam pelbagai keadaan. Dan implikasi bila kita senang saja nak lepas geram ikut emosi (babak Sumayyah pertama kali bertemu dengan Naufal pada waktu malam - Sumayyah bengang kerana dinasihati oleh Naufal tentang keberadaannya di luar pada waktu malam). Kata-kata lepas geram Sumayyah sebelum menaiki coaster kepada Naufal ternyata dibalas dengan pertolongan ikhlas dari Naufal selepas itu. Watak Salbiah,kakak ngah Sumayyah selepas kematian tunangnya pula menunjukkan sifat muslimah yang reda dengan takdir. Semoga aku dapat menjadi muslimah yang sedemikian rupa seperti Salbiah mahupun Sumayyah. Amin.
Isu-isu semasa juga diselitkan bersama dalam cerita ini. Ini termasuklah fenomena kurangnya "didikan agama"secara formal mahupun tidak formal di kalangan masyarakat Islam itu sendiri. Seperti yang pernah aku titip dalam entri 'Hidayah o hidayah' mengenai kita,orang yang sememangnya dilahirkan sebagai Muslim.. kita adakalanya take Islam for granted. Cukup berpuas hati bilamana secara tradisi dan naturalnya kita memang sudah sedia Islam tanpa mahu berusaha untuk menambah ilmu Islam dan mencari hidayah Allah supaya kekal dalam roh kita.Majlis ilmu juga kurang di kawasan-kawasan perumahan,contohnya. Di kawasan perumahan tempat aku tinggal sekalipun..walaupun pekan punya surau, sukar untuk mendengar azan di kawasan perumahan tu.Padahal bukan satu saja kawasan perumahan di pekan ni.Adede.. paling selalu aku boleh dengar adalah azan maghrib bila aku di kawasan belakang rumah (tempat cuci baju). Sebab itu jugalah aku sukar untuk solat awal waktu di rumah, aku harapkan software Waktu Solat dalam laptop dengan desktop saja.Alhamdulillah..nasib baik ada benda ni..
Wops...back to topic!!! *ehem*
Juga mesej bahawasanya '
kematian itu pasti'. Mesej ini disampaikan melalui watak Abah (bapa Sumayyah) yang tanpa disangka-sangka meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya walhal baru saja Sumayyah berceloteh dengannya melalui telefon sebelum Sumayyah pulang ke tanahair.
Kasih sayang antara keluarga terutamanya dari seorang ibu juga dipaparkan dalam novel ini. Sudah menjadi naluri seorang ibu, biar betapa sakit pun hatinya diperlakukan oleh anaknya samada melalui perkataan atau perbuatan, pasti tidak terluntur kasih sayang si ibu pada anaknya. Tidak mustahil untuk si ibu tetap memaafkan anak. Itulah sebabnya di dalam Islam sendiri,Rasulullah SAW bersabda; "Syurga itu di bawah telapak kaki ibu".
Secara keseluruhannya aku memang berpuas hati kerana memiliki novel ini. Tidak rugi membelinya. Banyak lagi pengajaran secara Islamik yang aku pelajari melalui novel ini. Sungguh,kita boleh berdakwah dengan novel dan menyampaikan contoh-contoh peribadi muslim/muslimah melalui cerita-cerita sebegini. Senang hadam.hehe. Itu sajalah rasanya untuk kali ini. Kakak aku sudah mau ambil balik Celcom Broadband dia.Huhu..

Wassalam..

p.s: Marilah kita sama-sama terus berdoa untuk saudara-saudara kita di Palestin. Moga Allah SWT terus tabahkan hati mereka dalam menghadapi musuh Zionis Yahudi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails