Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
BismillahirRahman nir Rahim..
Alhamdulillah,sudah masuk 1 Muharram 1430H. Subhanallah~
Banyak sudah blog sahabat-sahabat yang sudah update dan mengeposkan entri berkaitan dengan 'Maal Hijrah'. Alhamdulillah,dengan senang hatinya aku membaca hampir semuanya (tidak pasti pula kalau ada yang tertinggal..asif). Semua yang sudah aku baca memberikan peringatan.. Alhamdulillah, memang berguna untuk diriku. Entri kali ini.. aku nda ada buat research cam sebelumnya (entri 'Hidayah o hidayah'). Aku lebih suka buat research dulu sebab aku takut kalau-kalau apa-apa yang dicatatkan tidak betul,kurang betul atau menyakitkan sesiapa (atas kesilapan penulisan aku). Oleh itu, entri kali ini lebih bersifat personal. Huhu,sudah namanya blog aku.. bukan mahu minta puji,sekadar mahu berkongsi dengan rakan-rakan. InsyaAllah.
Hijrah
Sudah hampir setahun (belum genap setahun lahh) aku ber'hijrah'. Ber'hijrah' secara dalaman. Cuba mencari jalan-jalan lurus,shiratul mustaqim menuju kepada cinta hakiki..kepada Allah SWT dan RasulNya,Nabi Muhammad SAW.Sampai sekarang aku masih merasakan dan masih lagi melalui onak duri dan pelbagai macam ujian dariNya. Iman pun turun naik kalah-kalah pasang surut air laut atau keadaan saham di Bursa Saham. *senyum* tapi itu lah keadaan yang mencorakkan aku sekarang. Walaupun masih ada lagi tersisa kejahilan pada zaman jahiliyyah aku sendiri,insyaAllah.. aku cuba kuatkan hati untuk terus ingin berhijrah kepadaNya. Dan buang segala kejahilan lalu..
Hijrah fizikal.. Alhamdulillah, dari segi pemakaian..aku kini memang sudah terbiasa dengan menutup aurat ketika di luar rumah. Pedulilah kalau ada sesiapa yang mahu merungut semasa mahu keluar dengan aku sebab aku 'pakai banyak aksesori' (handsocks & stokin). Pandangan Allah itu lebih penting dari pandangan manusia ciptaanNya.
Hijrah dalaman.. hijrah yang berterusan sehingga akhir waktu. Hijrah dalaman bagi diriku perlu istiqamah. Maksud aku dengan hijrah dalaman di sini adalah hijrah yang dilalui hati. Dulu,hati ini banyak disuapkan dengan keseronokan..amarah dilepaskan dan bila ada terkena tempiasnya,diri terasa megah; kuatlah konon. Nafsu pun adakalanya tidak terkawal.
Kini, hati ini sudah mula dididik untuk tunduk taat pada Tuhan yang Maha Satu. Hati ini disuapkan dengan realiti kehidupan, dengan ilmu agama untuk mengenal Islam sebaik-baiknya. Amarah dikawal sebaik mungkin. Nafsu juga dilawan sehabisnya. Adakalanya aku masih merasa tersungkur tapi sokongan para sahabat tetap menguatkan hati dan diri ini.
Azam
Aku ingin jadi seorang muslimah,seorang mukminah,wanita yang solehah.. biarpun aku masih belajar hingga kini.. insyaAllah,aku percaya kalau berusaha..kalau berjihad di jalanNya.. pasti aku dapat mencapai impian itu. Itulah azam tahun baru hijrah aku barangkali.. Ya,itulah yang aku mahu jadikan sebagai azam tahun baru aku kali ini.
Syukur
Kesyukuran tanpa putus-putus aku ucapkan pada Illahi kerana mengurniakan aku hidayah di saat aku makin 'hanyut'.. di samping itu juga,kehadiran sahabat-sahabat yang banyak membantu sangat-sangat memberi kesan pada diri ini samada luaran mahupun dalaman. Aku berdoa pada ALlah semoga Dia akan memberikan aku peluang untuk mengenali lebih banyak hamba-hambaNya yang dapat membantu dan menguatkan diriku untuk mencapai Syurga FirdausiNya di Akhirat kelak. Amin...
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Tahun lalu?
"Ya Allah,ya Rabbi... ampunilah segala dosa-dosaku pada tahun lalu.. ampuni segala kelemahan dan kesalahan diri ini. Lindungilah aku dari kemurkaan dan azab nerakaMU.."
Sungguh,pengalaman sememangnya guru yang mengajar kita erti kehidupan. Buat diri sendiri dan rakan-rakan.. marilah kita sama-sama berhijrah kepada Allah SWT & Rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment