Saturday, March 28, 2009

Novel "Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha"

Bismillahirrahman nir rahim..

Syukur ke hadrat Illahi kerana diri yg kerdil ini diberi peluang sekali lagi untuk menggerakkan jari-jemari ini untuk menaipkan entri blog yg seterusnya. Alhamdulillahirrabbil a'lamin..
Juga, selawat dan salam kpd junjungan besar, Rasul tersayang Muhammad SAW serta keluarga an shbt Baginda.

Hari ini xda yg special sgt lah... tp spt yg pernah diperkatakan dlm entri seblm ini, Deana mo kongsi skit isi2 dlm novel "Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha". kiranya mcm sedikit review jugaklah..

Anyways, novel ini ditulis oleh seorg penulis novel dari Indonesia (bukan Kang Abik..hehe) iaitu Taufiqqurahman al-Azizy. Novel ni,best jugaklah... xdalah sampai tersgt best..TAPI ada juga bait2 kata dlm novel ini yg sgt2 terkesan bg aku sendiri. So, overall dari segi plot cerita ok..good and dari segi mutiara kata atau nasihat yg terkandung dlm ni,kira best jugak ar. tapi itu utk diriku sendiri... org lain,im not sure. bcoz.. lain org,lain citarasa kan...

So,meh..aku sharekan sedikit bait2 kata dlm novel ni yg bg aku cukup bermakna,Insya-Allah.

..seorang perempuan yang beragama Islam, dia harus menjaga adab, kesopanan, kecantikan dan juga keanggunannya.

Nilai seorang perempuan tidak terletak pada pada wajah yang cantik, bukan pula terletak pada harta dan kekayaannya. Nilai perempuan adalah terletak pada jiwanya yang menghambakan diri sepenuhnya pada Tuhan.
Semakin dia sujud dan setia kepada Tuhan dan agamanya,semakin tinggi nilainya, semakin luhur budinya, semakin baik akhlaknya malah semakin indah dan cantik dirinya.

Dalam kerinduan dan penghambaan diri kepada Tuhan. cinta bukanlah sesuatu yang aneh, hina dan rendah kedudukannya.

Cinta sejati bukanlah cinta yang membuat hati merasa geram. Cinta sejati umpama cinta sang kumbang yang terbang mengitari kelopak bunga melati.

Tidakkah kau terfikir bahawa jika kau sandarkan kehidupanmu pada asas-asas Islam,hidupmu akan bahagia?

Bagaimana kamu mampu menundukkan musuhmu, sedangkan kamu sendiri tidak mampu menundukkan hatimu?

..perkataanmu itu mencerminkan hatimu yang sebenar.

"Ketika nafsu sedang menguasai, sedangkan hati menepisnya, maka mengajak diri bermuhasabah diri adalah langkah yang sebaik-baiknya."

"Sentiasalah bersyukur kepada Allah, kerana siapa yang bersyukur itu sesungguhnya ia telah bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Anakku Yusuf, janganlah kamu mempersekutukan Allah, kerana ia adalah satu kezaliman yang besar."

Jadikanlah keadilan, kebenaran dan kejujuran sebagai pakaian jiwamu. Junjung tinggi cinta kepada-Nya.

Semakin kita bermohon kepada Allah, semakin dekat pertolonganNya kepada kita. Semakin kita mencintaiNya, semakin besar rasa cinta manusia kepada kita. Bila kita sentiasa mengingatiNya, maka sudah tentu si dia akan turut sama mengingati diri kita.

Zulaikha boleh mencintai siapa juga, tetapi Allah jualah yang memutuskan kepada siapa cintanya terikat.

Ikhlas adalah kata yang mudah untuk diucapkan tetapi sukar untuk diamalkan.

Pekerjaan yang mendatangkan malu itu adalah pekerjaan yang mengaibkan di mata Allah SWT. Semua pekerjaan adalah halal jika dilakukan dengan ikhlas dan tulus dan dilakukan semata-mata kerana Allah itu merupakan satu ibadah.

restu orang tua mampu menjadikan rumahtangga anak-anak itu bahagia.

itulah sedikit sebyk yg blh Deana kongsikan di blog yg xseberapa ini. Perlu diingatkan bahawa novel ini tidaklah menceritakan berkenaan dengan Nabi Yusuf a.s tetapi mengambil cerita Nabi Yusuf a.s itu sebagai asas untuk plot novel ini. Masa baca novel ni, ngam2 time baca tu ada 'masalah' skit..then bila nak muhasabah diri tu, dengan kuasa Allah,aku dipertemukan dengan kata2 yg memberi semangat spt di atas. Wallahu ahlam.. sesungguhnya semua itu hanyalah pada pengetahuan Allah yg Maha Esa.


baiklah..stop kat sini dulu.. aku rasa sgt pening dan nausea da skrg ni.padahal nak prepare buletin untuk hostel n prepare utk Civil Nite dinner mlm ni jugak...alahai.. ndak pa lah..insyaAllah,kesakitan yg dtg tu adalah kafarah dr Allah utk hambaNya yg kerdil ini...


Wallahu ahlam...

2 comments:

kyo_9 said...

wow.. buku yg menarik..
nk tanye skit.. kalo dibandingkan ngan 'ayat2 cinta' mane lagi best?

Deana said...

salam.

xtau lah plak.. sama best bg aku. ada punya kekuatan tersendiri~ hehehe

Related Posts with Thumbnails