Saturday, July 04, 2009

Memori MSM..permulaan sesi baru(lagi)..

Bismillahirrahman nir rahim...

Syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnia yg telah Dia berikan kepada diriku yang kerdil ini..juga junjungan kepada Rasul Teragung, Muhammad SAW serta para sahabat dan keluarga Baginda.

Seusainya Minggu Suai Mesra (MSM) yakni suatu program orientasi utk pelajar baru di kampus ku,membuahkan suatu kerinduan kepada sahabat2 yg sama2 berjuang dan bersengkang mata utk memastikan kelancaran tugas/kerja di unit msg2.

Aku sndr selaku salah seorg Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) kolej kediaman E termasuk dalam Unit Penginapan. Scr spesifiknya di Kolej Kediaman E itu sendiri lah..

INDUKSI PSM
Bermula dgn kursus induksi utk Pembimbing Suai Mesra (PSM) pada 19 Julai, ahli JAKMAS kolej-kolej kediaman juga YDP Persatuan Mahasiswa (PM) Sekolah menjadi fasilitator. Huhu, memula tu mmg aku blur..sbb inilah first time aku ikut MSM..trus jadi fasi,ging..Subhanallah..
Memori yg paling tdk dpt aku lupakan adalah semasa perkenalan bersama sahabat2 perjuangan dari kampus antarabangsa Labuan (KAL). Hari pertama pertemuan itu penuh dgn tembok2 pemisahan juga jurang yg membezakan pelajar kampus induk dan KAL. Tapi Alhamdulillah, dgn sikap professional rakan2 dr KAL semasa post-mortem..barulah kami sedar akan tembok dan jurang yg wujud itu. Syukur kerana masuk hari kedua, tembok berjaya diruntuhkan.. jurang juga berjaya dirapatkan.
Utk diri aku sndr, aku m'jd fasi kpd kump. 9 bersama dgn 2 org rakan dr KAL..iaitu Jasmin (lelaki tau..!) dan Rafi.
Apa yg aku pelajari di sini ialah,kita hendaklah saling kenal-mengenali sesama manusia tidak kira asal,tempat belajar mahupun agama yg berbeza.
Firman Allah,
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujurat: 13)

Dalam ayat di atas dinyatakan bahawasanya kita hidup di dunia ini sememangnya diciptakan berbeza2. yg membezakn sebenar2nya hanya takwa. dlm konteks kehidupan seharian,kita sbg mahasiswa cthnya, hendaklah sentiasa terbuka utk memulakan perkenalan dan persahabatan dgn rakan2 yg berlainan sekolah(fakulti) mahupun kampus tanpa mengira bangsa,agama dan latar belakang. Tetapi TETAP MENGIKUT BATASAN SYARIAT, bukannya dgn pergaulan bebas. terutamanya antara perempuan dan lelaki.

Bermulanya MSM
Setelah tamat induksi PSM tersebut, masing2 dimasukkan ke unit2 tertentu. JAKMAS KAL digabung bersama JAKMAS E. Tentu sekali kerana semua pelajar baru yg akan bergerak ke Labuan akan ditempatkan di Kolej E terlebih dahulu. Bermulanya dari kerja sebagai satu unit di bawah 2 YDP (YDP E dan YDP Alpha,KAL)..kami berusaha utk bekerjasama as a family.
Pada waktu inilah kami,pelajar induk benar2 mula rapat dgn pelajar KAL. Utk diri aku sndr, byk yg aku belajar dari mereka. Antara yg utama adalah sikap matang dan professionalisme ahli JAKMAS KAL terutamanya Alpha semasa sesi post-mortem. 'Tembak-menembak' mahupun 'bertegang urat' adalah perkara biasa semasa post-mortem. Tapi yg paling penting, itu hanyalah semasa post-mortem..tamat mesyuarat post-mortem, semua saling maaf-bermaafan andai ada salah silap dan no hard feeling selepas itu. Kiranya spt dlm post-mortem itulah kita blh menegur sesiapa yg salah dan sama2 m'ambil iktibar utk penambahbaikan.

Byk perkongsian hidup jg yg aku dpt dari rakan2 yg bru aku kenali melalui program ini. Ada yg punya masalah study,keluarga,cinta etc etc..huhu. Aku dan 2 sahabiah perjuangan JAKMAS aku, Dayah & Yun menerima semuanya dgn berlapang dada. Kami bersyukur juga kerana walaupun kami pernah dan selalu jugak dicop 'budak surau' krn bertudung labuh, rakan2 yg baru kami kenali ini biarpun bukan Islam, senang berkawan dgn kami. Dan kepada yg berkongsi dgn kami itu, kami cuba sedaya upaya (yg termampu) utk membantu dan memberikan nasihat. Sedikit sebnyk blh juga kami berdakwah secara lembut.

Mungkin inilah yg ingin diterapkan melalui isi-isi surah di dalam Al-Quran yg bermaksud;
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr: 1-3)

Muhasabah diri sepanjang masa

Sebagai insan biasa, tidak dinafikan aku boleh tergelincir dari jalan lurus menuju ke Syurga Firdausi yg menjadi idaman org2 yg beriman. Boleh jadi kita akan tergelincir jauh..ataupun sikit saja. Pentingnya muhasabah diri setiap hari, setiap masa sebaiknya.

Mungkin tanpa aku sedari sepjg program ini,ada juga aku membuat silap ataupun apa2 yg m'dtgkn kemurkaan Allah..semoga aku diampunkan dari dosa2 itu..Mungkin juga sekiranya ada masa aku m'jd lalai..moga2 kelalaian itu tidak melekat di hati yg kecil ruangnya. Cukuplah istiqomah dgn amal yg tdk seberapa asal itulah yg valid di akhirat kelak.

Result dan Semester baru

Dari bermulanya induksi hinggalah MSM, kami yg senior2 ni tdk pernah putus asa utk menanti dgn setia keputusan peperiksaan akhir sem lalu. Utk diri aku sndr, tentunya aku mengharapkan yg lbh baik dari sem 3 (2 sem yg lalu),lbh2 lg dgn permasalahan/ujian yg dtg bru2 ini.
Syukur Alhamdulillah, pointer aku utk sem 4 lalu lbh baik dari sem 3(pointer sem 3 plg teruk). Bersyukur sgt2 kerana dgn rahmat ALlah, pointer ku berjaya dinaikkan ke angka 3 semula.

Kini,bermulanya suatu sesi yang baru..semester yg baru... semoga aku dan semua sahabat2 sekalian tetap istiqomah dlm mencari rahmat dan kasih syg ALlah di dunia ini utk di akhirat kelak. Bg diri aku sndr, sem bru ini bermakna adanya program yg akan dilaksanakan di bawah Exco aku, Exco Publisiti dan Informasi juga aku sbg Pengarah Program. Alhamdulillah kerana setelah menanti beberapa bln,akhirnya proposal berjaya diproceed utk kelulusan. Itupun sudah suntuk masa yg tinggal..aku berdoa kepada Allah akan dipermudahkanlah segala urusan2 ku.

Cukuplah dulu untuk kali ini... mohon maaf andai entri berserabut sket.. kepala aku masih mengantuk sebenarnya tapi entah kenapa aku susah mau tidur.sudah terlelap tapi sudah masuk subuh. Mau tdk mau,kenalah bangun utk solat Subuh. Takut juga kalo tido pas solat dan baca doa mathurat,alamatnya tghari bru terbangun.. mm..xleh xleh..hari ini bertugas utk pendaftaran masuk kolej.huhu. Wasalam..


Related Posts with Thumbnails