Saturday, July 25, 2009

sekalung penghargaan buat kamu semua...

Bismillahirrahman nir rahim..

Bagaikan butir2 kaca yang jatuh berkecai, jutaan kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Illahi atas segala2nya yg telah Dia berikan kpdku sehingga ke hari ini,saat ini. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan sahabat Baginda.

Minggu lalu, tepatnya pada hari Ahad lalu, Exco Publisiti dan Informasi JAKMAS kolej kediaman E, dengan segala limpah kurnia Allah SWT, berjaya melaksanakan program bersama kolej kediaman utk adik2 tahun 1 yg diberi nama EVENING@E.
Program satu hari (satu malam, to be exact) itu jugalah yang membuatkan diri aku yg kecoh ini terlantar demam di katil selama 2 malam. Alhamdulillah, dengan bantuan AJK-AJK yg cukup memahami dan berdedikasi.. dengan segala kudrat yg ada, kami dapat bersama2 mengharungi susah senang manis pahit melaksanakan program ini.

Seminggu kami bertungkus-lumus memastikan program ini berjalan lancar. Dari awal sem lalu, lebih2 lg waktu cuti, sudah aku berabis berdoa kepada Allah agar melancarkan urusan kami dlm program ini. Ditambah pula dgn faktor, inilah kali pertama aku menjadi pengarah program. Seram sejuk aku jadinya. Kerana bagi aku, setiap apa yg aku lakukan..terutamanya dlm bab2 kepimpinan, PASTI DAN PASTI akan disoal Allah di akhirat kelak. Makanya,aku menjadi takut akan setiap perbuatan dan pengucapan aku. Takut ada salah dan silap di mana2.

Surat kelulusan hanya dikeluarkan 3 hari sebelum program, bygkanlah betapa kami lgsg tdk dpt berbuat apa2 terutamanya apa2 yg berkaitan dgn urusan HEP yg perlu menunjukkan surat kelulusan program. Nasib baik dan syukur kerana ada juga yg blh kami laksanakan biarpun blm m'dpt surat kelulusan spt banner (tempah di luar dgn harga yg lbh murah),berurusan dgn pihak PA sistem etc.

Pada hari Jumaat, kanopi sudah mula dipasang. Alhamdulillah, berjaya juga 10 buah kanopi itu dipasang kerana pada petang itu, masa dekat2 Maghrib, angin bertiup kencang dan salah satu kanopi yg hndk dipasang itu hampir2 terbalik. Aduii...nervous aku.

Hari Sabtu, persiapan terakhir MT dan AJK unit masing2. Malamnya kami bermesyuarat dan semoga persiapan hari esoknya berjalan lancar.

Hari kejadian, hari Ahad..aku sengaja tiba awal di Anjung Perdana sebab bagi aku, seorang ketua hendaklah menunjukkan teladan yang sepatutnya pada anggotanya.tidak wajar bagi aku utk fashionable late sbg ketua.tiada masalah utk menunggu ahli lain.
Persiapan tempat diketuai oleh Christie (lbh manja dipanggil Kity) dan dibantu oleh bhgn2 lain. ALhamdulillah,pening2 batuk2 masih menguasai diri tapi still standing.hehe.
Dipendekkan cerita kepada program...di dalam tentatif aku sengaja meletakkan pelajar Muslim tiba awal dan solat berjemaah Maghrib dan Isya' di Surau Nur E-Man. Pengisian antara waktu Maghrib dan Isya' itu aku serahkan kepada EKSAH.aku beri kepercayaan pada sahabat2 dlm exco tersebut. utk pelajar non-muslim ada kuliah moralnya.

selepas isya', aku mula gemuruh..saat menunggu VVIP, abg sham, aku jadi sedikit gelabah. bru teringt kot yg aku kena bg ucapan pengarah. Ahhh...Ya Allah,kuatkn diriku ini~! Syukur Alhamdulillah kerana Allah sempat memberikan aku ilham utk memperbaiki teks ucapan yg telah disediakn dan sempat juga aku menyelitkan firman Allah dr surah al-hujurat.

Sepanjang program,Alhamdulillah..semuanya berjalan agak lancar kecuali aku yang nervous gila masa bagi ucapan dan pelajar yg agak bising semasa VVIP memberi amanat.adeh...budak2 la katakan. Timb. Pengarah aku yg merupakan bdk PALAPES pun nak naik berang da..huhuh..sabar la ya,Jo~
Apa pun di kesempatan ini..aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih bg semua AJK yg terlibat::

Johari Selamat - timbalan pengarah juga pengarah bhgn keselamatan. biarpun ko slalu gak buat aku tambah pening..tapi ketegasan ko bila buat keja,aku sgt hargai. ko yg semcm slalu blur jugak slalu hiburkan kami di peringkat MT.hehe

Nurin - setiausaha yg slalu kluar masuk blk aku sbb nak print surat2 program.hahah,trima kasih byk2. biarpun bru pertama kali jd s/u program, uve done a well done job! :) uve made me proud..hehe!

Shan - hohoh..bendahari program yg slalu diam sbb xda pa2 lg yg dia nak bentang time meeting. da hujung2 program ni baru bizi bendahari aku ni..terima kasih sbb tlg ya,shan.. nasib baik duit program ada lebih hasil 'ikat perut' ajk2 program ni..kalo x,mesti bising jdnya shan sbb over-budget..huhuh~

Haziq -pengarah bhgn protokol yg x habis2 dgn One Drop Perfume nya, Usher. gi interview AJK bwa botol kecik Usher nya..gi meeting pun dgn Usher dia tu...pas tu suka plak kenakan org..alahai..tp Alhamdulillah..mmg enjoy sbb unit Protokol semuanya friendly. xda kes unit protokol sombong dgn unit2 lain (sbb dgr2 dlm kebykan program kes mcm tu..allahu ahlam)

Hanafi - pengarah bhgn teknikal yg byk bantu aku sejak prgram Sesi Ramah Mesra JAKMAS @ E (SRMJ@E) lg... sbnrnya aku minta tlg dia crikn org..tp dia offer diri jugak utk bantu. ALHAMDULILLAH..mmg byk membantu~

Azizul - Adik aku sorg ni mmg setia jugaklah dgn aku..heheh. sbb dlm exco,dia satu2 sekretariat lelaki aku..dan dia juga timb. pengerusi exco. kali ini aku jdkan dia pengarah bhgn kreativiti yg bergabung dgn publisiti. suka duka aku m'uruskn program, dia byk juga tau sbb slalu jugak kongsi dgn dia dan 'abg long' kitorg. lgpn, masa SRMJ@E.. dialah pengarah.hahaha~ makasehlah sbb sng aku nak bg arahan utk buat keja kat ko,zizul~~ mmg adik yg baik~~ hohoho.

Eva - Pengarah bhgn Publisiti yg bergabung dgn bhgn kreativiti. Aku ambi eva sbb aku nampak komitmen dia semasa MSM dulu. suka sgt panggil aku 'Kak Ros' padahal seumur jak poooon...!! xD skrg x suda..hehe,da aku sound. xbesh lah dianggap tua~~ muda lg aku ni tau~ utk eva, terima kasih atas komitmen ko sbb time2 aku sakit ko antara MT yg slalu jugak dtg jenguk2 aku membawa segala kerja ke bilik aku kan..hahha! anyways, nice slideshows~!!

Kity - budak baru belajar ni..byk potensi dan byk lg yg dia blh belajar dlm berprogram. Makaseh sbb ko sanggup balik ke bilik di blok sebelah utk ambilkn ubat utk aku..huhuh,terharu~ skrg ni,kity plak yg sakit..moga cepat sembuh ya~~

Nita - Syukran krn sgt2 rajin dlm bhgn cenderahati dan sijil~ nita ni slalu jugak keluar masuk bilik aku utk menghabiskn ink printer. hahahah!!time aku demam pun, ko siok2 korek2 laptop aku utk menghilangkan keboringan ya sambil tunggu abis printing semua cop pasport tu..hahha!lantaklah... len kali akak da siap cerita terbaru,akak bg pd ko ya,nita~~

nadz hanis - tauke ni..selain pengarah bhgn makanan.. sibuk ke hulu ke hilir dgn segala mcm bisnes dia nie.heheh. nadz, syukran jazilan sbb byk bantu akak yer.. slalu gak bg support biarpun bhgn mkanan lmbr gerak sbb lmbt kuar surat kelulusan tu..huhu. maafkan daku.

kam - pengarah bhgn makanan jugak...kamceng la dgn si nad tu..utk kam juga, syukran jazilan. sgt seronok bekerja dgn kamu. esp time interview ajk~~ heheh.

buat ajk2 ku... ARIGATOU GOZAIMASU, TERIMA KASIH, THANK YOU, SEH SEH, KAMSAHAMNIDA, SYUKRAN JAZILAN... atas kerjasama dan komitmen anda~

buat adik2 ajk thn 1.. jdkanlah ini prgram pertama anda utk melangkah lebih jauh sbg pimpinan mahasiswa yg berjiwa masyarakat. insyaAllah..

p.s: line x ok...next entri akan dipostkn gmbr...insyaALlah.. kalo diizinkanNya..




No comments:

Related Posts with Thumbnails