Bismillahirrahman nir rahim..
SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA SAHABAT HANDAI..
MOHON MAAF ATAS SEGALA SALAH DAN SILAP..
terima kasih banyak-banyak atas segala kiriman SMS raya dari kawan-kawan yang penuh bermakna. maaf seandainya diri penerima ini tidak dapat membalasnya (masalah teknikal sikit dengan handphone..)
"Betapa agungnya aturan Allah..
Di bulan Ramadhan kita memohon keampunan dariNya..
Di bulan Syawal pula kita saling bermaafan sesama insan..
Semoga kita terus istiqamah dalam amal ibadah
Dan semoga dipanjangkan umur untuk bertemu sekali lagi
Dengan Ramadhan al-Mubarak yang mulia.."
pesanan buat diri dan semua sahabat-sahabat (juga orang sudi membaca blog ini)..ingatlah saudara-saudara kita di negeri yang kurang bernasib baik,berpada-padalah tika berbelanja untuk menyambut raya. Hayati makna sebenar hari raya Aidilfitri ini dan niatkanlah segala amal kita hanya kerana Allah biar seremeh menziarahi jiran tetangga (yang sudah dianggap kebiasaan). Semoga kita dapat sama-sama mengaplikasikan Islam dalam kehidupan kita biarpun payah..sekurang-kurangnya dalam hati kita pun, kira ok lah sebagai permulaan :) insyAllah.
lagi satu... rapatkan saf...rapatkan saf.. bila solat berjemaah yer.. tetiba jak teringat nie sebab sedih masa tengok rancangan siaran langsung solat sunat aidilfitri tadi (biasalah, ABC = Allah bagi cuti so, tak solat lah alamatnya..), SAF PALING DEPAN sendiri tak rapat.yang ada sejadah, masing-masing dengan sejadah masing-masing. Sepatutnya.. biar yang depan tu V.I.P mana sekalipun, bila menghadap Allah yang lebih Maha Tinggi berbanding mana-mana V.I.P.. kita ini semua sama sahaja,HAMBA-NYA.Jadi, tidak perlulah sangat nak segan silu untuk rapat-rapat. Hehe, bila lagi dapat rapat dengan V.I.P kan.. hoho. Dah tersimpang pulak.
Baiklah..itu saja untuk kali ini.Alhamdulillah, dapat juga online kali ini dan ada juga idea untuk menaip sikit-sikit.
Yang baik itu dari Allah (Alhamdulillah..ada juga ilham spontan semasa tengah menaip) dan yang tidak baik itu dari aku sendiri. Hakikatnya, kedua-dua itu dari Allah SWT.
Wallahu ahlam.
Ikhlas dari Rosdianah (dan keluarga)