Tuesday, February 09, 2010

14 Februari : Hari Apakah Itu Bagi Seorang Muslim?

courtesy of:: www.iLuvislam.com
Abu Saif *
editor : everjihad

Perayaan adalah sesuatu yang mengiringi fitrah kehidupan manusia. Ia adalah hari manusia memecahkan rutin kehidupan dengan melakukan sesuatu yang dikhususkan pada hari berkenaan dengan tujuan yang pelbagai. Kerana itulah, setiap bangsa manusia mempunyai perayaan mereka yang tersendiri. Ia disambut dengan pelbagai cara, dengan sebab, “˜sempena”™ dan matlamat yang berbeza-beza.

Islam sebagai cara hidup fitrah yang telah Allah sempurnakan ciri-ciri dan kemampuannya, turut menggariskan perayaan bagi umatnya. Sebagai umat Islam, perayaan turut menjadi salah satu cabang hidup yang mesti kita tempuhi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.


Hadith Abu Daud yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A secara jelas menegaskan bahawa Allah SWT telah memperuntukkan bagi umat Islam dua perayaan bagi menggantikan segala bentuk keraian yang diwarisi dari zaman jahiliah dan sumber yang tidak Islam. Dua perayaan berkenaan adalah Aidilfitri dan Aidiladha. Inilah dua hari yang bukan sahaja menjadi hari perayaan, bahkan Allah SWT menuntut kita agar tidak alpa dari me”raya”kannya. Puasa yang menjadi ibadah yang dipuji Allah, diharamkan pada dua hari berkenaan supaya umat Islam menyambutnya dengan sempurna dan tidak berlebih-lebihan di dalam ibadah sehingga ia “˜disangka taqwa”. Akan tetapi, dengan pertemuan Islam bersama bangsa lain, dan nilai iman yang corot, umat Islam mula meniru amalan yang tiada kena mengena dengan agamanya. Apatah lagi di dalam keadaan mereka yang bermastautin di negara bukan Muslim.



Di suatu ketika, seorang sahabat Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang dahulunya seorang Nasrani, iaitu ‘Adi bin Hatim radhiyallaahu ‘anhu, bertanya kepada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Siapakah yang dimaksudkan dengan al-maghdhoob ‘alayhim (golongan yang dimurkai Allah) seperti yang tersebut di dalam surah al-Fatihah? Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab, “mereka itu adalah Yahudi”. Adi bertanya lagi: siapakah pula yang dimaksudkan sebagai al-dhaalloon (golongan yang sesat) itu? Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab, “mereka itu adalah Nasrani”. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad serta dinilaikan sebagai sahih.

Biar pun pada aqidah kepercayaan kaum Yahudi itu ada sesatnya, namun mereka lebih menonjol sebagai golongan yang banyak menimbulkan kerosakan yang mengundang murka Allah. Begitu juga dengan kaum Nasrani, walaupun terdapat juga perlakuan mereka yang merosakkan dan mencetuskan murka Allah, namun mereka lebih menonjol sebagai kaum yang mendatangkan kepercayaan yang sesat dan mengelirukan. Justeru Yahudi disimbolkan sebagai KAUM YANG DIMURKAI-NYA, manakala kaum Nasrani pula dilabelkan sebagai KAUM YANG SESAT.

Setiap hari, seorang Muslim bersolat dan membaca Surah al-Fatihah berulang-ulang kali. Pengulangan ini merupakan sebab mengapa surah al-Fatihah dinamakan juga sebagai al-Sab’u al-Mathaani yang bermaksud 7 ayat yang diulang-ulang. Pengulangan berlaku dalam kehidupan kita apabila ia merupakan sesuatu yang amat penting, teras dan dasar yang manusia tidak boleh hidup tanpanya. Kerana itu kita diajar, dipaksa malah mungkin dirotan agar mengulang-ulang hafalan kita terhadap sifir di dalam Matematik, kerana sifir itu adalah teras dan dasar ilmu pengetahuan yang kita sulit hidup tanpanya.

Di dalam surah al-Fatihah yang diulang-ulang sebanyak 17 kali sehari itu, kita berulang kali merayu kepada Allah Subhanahu wa Ta’aala agar mengekalkan diri di dalam petunjuk-Nya, hidup sebagai sebahagian daripada alladheena an’amta ‘alayhim (golongan yang Engkau kurniakan nikmat ke atas diri mereka). Golongan ini diterangkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala di dalam surah al-Nisaa’ ayat 69 sebagai:

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)” [al-Nisaa’ 4: 69]

Berusaha untuk menjadi kaum yang beroleh rahmat dan karunia nikmat dari Allah, tidak sempurna jika sekadar mengejar Islam, tanpa menolak dan menghindarkan diri daripada lawan Islam iaitu Jahilillah. Sebagaimana kita berulang kali memohon hidayah-Nya, kita juga berulangkali mengisytiharkan penolakan kita kepada cara hidup kaum yang dimurkai Allah dan cara hidup kaum yang sesat dan bingung kepercayaannya. Itulah intipati erti jati diri seorang Muslim. Tersendiri pada kepercayaan dan cara hidupnya. Istimewa dan unik mengatasi kaum yang bersalut murka dan dusta.

“Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya”
(Hadith riwayat al-Baihaqi dan dinilaikan sebagai sahih oleh al-Albani)

Ketinggian Islam itu bukanlah terletak pada nasab keturunan, bersikap hidung tinggi merasakan diri sebagai kaum pilihan Tuhan, tanpa sebarang nilai dan pengorbanan. Tingginya Islam adalah pada keluhuran prinsipnya dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya, serta hubungan manusia sesama manusia. Islam menjelaskan dengan terang dan nyata akan erti hablun Minallaah, Islam menghuraikan Aqidah dengan luhur dan jelas sandaran. Islam juga memuliakan manusia dengan meninggikan keistimewaan manusia iaitu pada akal fikirannya. Justeru tidak tahyul dan pemaksaan kepercayaan kepada kita dalam melengkapkan diri sebagai seorang Muslim. Semuanya jelas dan luhur, serta mampu dipercayai oleh seorang manusia dan upaya dirinya.

Itulah Islam.

Bukan sahaja memurnikan jalan berTuhan dalam kehidupan, Islam juga mengatur hubungan manusia sesama manusia dengan sebaiknya. Islam menganjurkan perbuatan baik dan perkongsian manfaat sesama manusia, memuliakan keadilan, mengharam serta memerangi kezaliman dan penindasan.

Itulah Islam.

Kemuliaan yang bukan sebagai sebuah hadiah pemberian, tapi ganjaran atas mujahadah dan pengorbanan kita mencari kemuliaan itu. “Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya” (Hadith riwayat al-Baihaqi dan dinilaikan sebagai sahih oleh al-Albani)

Ketinggian Islam itu bukanlah terletak pada nasab keturunan, bersikap hidung tinggi merasakan diri sebagai kaum pilihan Tuhan, tanpa sebarang nilai dan pengorbanan. Tingginya Islam adalah pada keluhuran prinsipnya dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya, serta hubungan manusia sesama manusia. Islam menjelaskan dengan terang dan nyata akan erti hablun Minallaah, Islam menghuraikan Aqidah dengan luhur dan jelas sandaran. Islam juga memuliakan manusia dengan meninggikan keistimewaan manusia iaitu pada akal fikirannya. Justeru tidak tahyul dan pemaksaan kepercayaan kepada kita dalam melengkapkan diri sebagai seorang Muslim. Semuanya jelas dan luhur, serta mampu dipercayai oleh seorang manusia dan upaya dirinya.

Itulah Islam.

Bukan sahaja memurnikan jalan berTuhan dalam kehidupan, Islam juga mengatur hubungan manusia sesama manusia dengan sebaiknya. Islam menganjurkan perbuatan baik dan perkongsian manfaat sesama manusia, memuliakan keadilan, mengharam serta memerangi kezaliman dan penindasan.

Itulah Islam!

Kemuliaan yang bukan sekadar sebagai sebuah hadiah pemberiaan, tapi ganjaran atas mujahadah dan pengorbanan kita mencari kemuliaan itu. Perayaan-perayaan bukan Islam seperti Hari Krismas dan Hallowen saling mengunjungi, bukan sahaja dengan sebutan-sebutan mulut malah turut hadir bersama jualan murah di kedai-kedai, promosi besar-besaran di media dan hiasan-hiasan di sepanjang jalan. Semua itu sudah tentu menjadi perang psikologi, sehinggakan mereka yang tidak turut serta, boleh terasa janggal, dicemuh sebagai “anti sosial” atau apa-apa label yang kurang menyelesakan. Tidak lama lagi, Hari Valentine pula muncul. Anak-anak muda, malah mungkin juga yang sudah “out of season” sedang menanti apakah surprise yang bakal disediakan oleh insan tersayang, menjelang 14- Februari akan datang. Apa kata, 14 Februari ini kita sediakan surprise yang paling bermanfaat, iaitu penjelasan berikut:

Di dalam sepotong Hadith yang terdapat di dalam Sunan Abi Dawood, Rasulullah SAW telah bersabda,

“Barangsiapa yang meniru atau berkumpul meramaikan sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka”

Menjelang 14 Februari, kaum Nasrani dan masyarakat Barat sibuk meraikan Hari Valentine. Hari Kekasih yang disandarkan secara sejarahnya kepada Valentine of Rome, peristiwa mengenang Saint Valentine yang dikebumikan di Via Flaminia sekitar tahun 269M. Hari Valentine yang mengalami pelbagai penafsiran di sepanjang sejarah Eropah Moden akhirnya menjadi hari memuja kekasih, tidak terhad hanya kepada nilai, cara hidup dan kaum Nasrani di Barat, malah akhirnya menyerap sebagai budaya kaum Asia. Malang sekali, ritual yang tidak punya sebarang kaitan dengan kita sebagai kaum Muslimin, sedikit demi sedikit terserap sebagai budaya dan amalan anak-anak muda kita. Perlu ditegaskan, seorang suami berkewajipan menghargai sang isteri, begitu juga seorang isteri terhadap suaminya. Ia adalah sebesar-besar ajaran Islam. Namun penghargaan yang ingin diberi, telah ada caranya menurut ajaran Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Tidak seharusnya kita mengambil ritual kaum lain, apatah lagi dosa di atas dosa, tatkala penghargaan itu adalah pada sebuah perhubungan di luar akad perkahwinan!

Para kekasih dan teman akrab, pada hari itu, akan saling menjadi musuh di antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa” [al-Dzukhruf 43: 67]

Para kekasih yang berkasih dalam belenggu dosa, kasihnya hanya hiasan nafsu di dunia. Di akhirat kelak, tatkala para kekasih ini berdepan dengan keputusan Allah ke atas mereka, setiap seorang akan bermusuhan dengan orang yang pernah dikasihinya, kerana masing-masing mahu menyelamatkan diri. Hanya yang bertaqwa sahaja beroleh jemputan berikut:

Mereka – yang bertaqwa – itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): “Wahai hamba-hamba-Ku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita”.(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,


(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan” [al-Dzukhruf 43 : 68-4-70]

Jika mahu membalas cinta, balaslah dengan cara yang menyampaikan dua kekasih itu ke syurga. Bukan cinta berbalas dosa.Bukanlah soal bunga ros atau sekeping kad itu yang menjadi persoalan, tetapi kemusnahan jati diri sebagai seorang Muslim, dan sikap terhegeh-hegeh meniru segala yang datang daripada Barat itulah yang menjadi persoalannya.


Syaikhul Islam Ibnu Taymiah menulis di dalam kitabnya Iqtidha al-Sirat al-Mustaqeem (jilid 1, muka surat 470) menyebut, “Terdapat beberapa noktah penting yang mesti diberi perhatian apabila kita membincangkan tentang perayaan dan hari kebesaran golongan bukan Islam. Pertama; perayaan, hari kebesaran dan amalan adalah peraturan, undang-undang dan cara hidup dalam konteks yang luas. Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran, “Bagi setiap umat itu telah Kami jadikan bagi mereka amalan yang mereka ikuti.” (Al-Hajj: 67) .

Tiada bezanya menyertai mereka di dalam perayaan dengan meyertai mereka di dalam amalan-amalan mereka yang lain. Bersetuju dengan perayaan mereka, adalah merupakan persetujuan ke atas perkara kufur. Bersetuju dengan mana-mana aspek kecil kepercayaan mereka adalah sama dengan kepercayaan terhadap cabang kufur. Malah, hari kebesaran (Holiday) dan perayaan salah satu kaedah utama yang membezakan adat dan undang-undang di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Ia juga merupakan amalan yang paling menonjol bagi satu-satu bangsa. Redha dan bersetuju dengan perayaan itu adalah persetujuan terhadap perbuatan kufur paling khusus yang menjadi simbol bagi amalan dan cara hidup mereka. Tidak syak lagi, persetujuan seperti itu atau meletakkan diri pada ikutan terhadap situasi sedemikian rupa, hanya merebakkan kekufuran.”

Ini merupakan sedutan daripada kenyataan Syaikhul Islam Ibnu Taymiah yang cuba untuk memahamkan kita bahawa pesta-pesta dan sempena yang terhadap di sekeliling kita ini adalah simbol kepada cara hidup golongan bukan Islam. Tidak timbul soal sekadar hendak berseronok atau belajar bersosial, jika yang dilakukan itu adalah cabang redha kepada kufur yang hanya menatijahkan kemurkaan Allah SWT.

Lanjutan hal tersebut, para Ulama juga telah menegaskan bahawa perbuatan menyampaikan tahniah kepada golongan bukan Islam sempena hari kebesaran dan perayaan mereka, adalah sesuatu yang dilarang. Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Dhimma (jilid 1, muka surat 205) menulis, ” Memberikan tahniah pada perayaan-perayaan tertentu yang dikhususkan kepada bukan Muslim dengan menyebut “Blessed holiday for you” atau apa-apa yang semakna dengannya, adalah dianggap tidak harus, pada persetujuan para Ulama. Walaupun seseorang itu mengucapkan tahniah di dalam keadaan bersih daripada mana-mana aspek kufur, ia tetap dianggap terlarang kerana tahniah itu adalah ucapan kita ke atas dosa-dosa besar seperti minum arak, berzina dan lain-lain perbuatan keji yang menjadi intipati perayaan tersebut. Ramai di kalangan mereka yang tidak begitu menjaga agama melakukan perbuatan seperti ini (mengucapkan tahniah) di dalam keadaan mereka tidak mengetahui betapa besarnya kejahatan yang mereka lakukan. Barangsiapa yang mengucapkan tahniah kepada seseorang atas mana-mana dosa atau kekufuran yang dilakukannya, maka dia telah mendedahkan dirinya kepada siksaan dan kemurkaan Allah SWT.”

Ibnu al-Qayyim juga telah menyimpulkan di dalam satu bahagian kitabnya tentang pendapat para Ulama berkaitan dengan hal ini. (Ahkam Ahl al-Dhimma, jilid 2, muka surat 722). Antara yang disebut, “Adalah tidak dibenarkan bagi para Muslim membantu golongan bukan Islam di dalam sambutan perayaan-perayaan mereka atau menghadiri majlis-majlis mereka berdasarkan kepada persetujuan para Ulama. Para ahli Fiqh yang mengikut keempat-empat mazhab yang muktabar itu juga telah menegaskan secara terang dan nyata di dalam kitab-kitab mereka. Abu al-Qasim al-Tabari menulis, “Adalah tidak dibenarkan bagi para Muslim menghadiri pesta dan hari kebesaran golongan bukan Islam kerana ia adalah dari jenis kebatilan yang keji. Jika golongan yang baik bercampur gaul dengan golongan yang jahat tanpa sebarang usaha untuk menghentikan apa yang dilakukan oleh golongan yang jahat itu, maka jadilah mereka sebahagian daripada mereka yang merestui kekufuran dan berada di bawah pengaruhnya. Dan sesungguhnya kita takut terjatuh ke dalam kemurkaan Allah disebabkan oleh keramaian mereka itu.”�

Sabda Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Setiap masa, suami tanyalah kepada isteri dan isteri tanyalah kepada suami, di manakah anak-anak kita. Jangan tidak lekatnya mereka di rumah itu, rupa-rupanya mereka sedang berbondong-bondong masuk ke lubang biawak Yahudi dan biawak Nasrani.

Ibn al-Qayyim juga menyatakan bahawa Ibn Al-Qasim tidak menyukai orang Islam memberikan hadiah kepada orang Kristian semasa perayaan mereka. Beliau menganggap perbuatan ini sebagai memberikan penghormatan kepada perayaan itu, dan membantu orang Kristian berkenaan berkekalan di dalam kekufurannya.

Al-Baihaqi yang merupakan ahli Hadith bermazhab Syafie, meriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa Abdullah ibn Umar R.A. menyebut “Barangsiapa yang tinggal di tanah air bukan Islam dan sama-sama menyambut perayaan-perayaan mereka serta berkelakuan seperti mereka sehingga dia mati, maka dia akan dibangkitkan bersama golongan Kuffar berkenaan pada hari Kiamat.”




Sesungguhnya kenyataan-kenyataan para Ulama ini menjadi amaran kepada diri kita agar tidak sewenang-wenangnya menelan segala yang ditemui di sini. Ada sesetengah kehidupan yang mana terdapat di tengah-tengah manusia yang hidupnya adalah pesta, gembira, joli sana dan joli sini tanpa menunggu hari dan masa yang tertentu. Oleh itu hendaklah kita berusaha memelihara diri dan Iman agar tidak mudah terkesan dengan perang psikologi 24/7 ini. Artikel ini tidak bermaksud untuk membincangkan tentang asal usul perayaan Valentine kerana kita boleh memperolehinya secara meluas menerusi internet.

Akan tetapi maksud perbincangan kita di sini adalah untuk mengingatkan diri tentang jati diri kita sebagai Muslim. Integrasi antara kaum dan rakan taulan tidak menuntut diri kita untuk sampai terheret kepada kemurkaan Allah SWT. Bahkan golongan bukan Islam juga tidak berhasrat untuk memberikan apa-apa manfaat kepada kita menerusi perayaan mereka melainkan ia akan berakhir dengan kita dan mereka, sama-sama terjerumus ke lembah yang hina. Cuma kita sebagai orang Islam yang sangat sensitif dengan soal harga diri dan Iman, membiarkan diri terjebak ke perbuatan-perbuatan imitasi buta itu hanya mencerminkan dangkal intelektual kalau tidak mampu disebut sampai ke dangkal Islam.

Jika benar kita mahu membuktikan kasih sayang, maka buktikanlah ia menerusi cara Islam yang halal, indah, penuh barakah dan tiada kesan sampingan. Tanpa perlu menunggu 14 Februari, berkahwin adalah Sunnah Nabi SAW, yang jika kita serius ke arah itu, susunkanlah agenda hidup ke arahnya dengan baik. Usahlah dibazirkan wang untuk membeli bunga ros, kad-kad ucapan, atau candle light dinner di restoran-restoran mahal, kerana semua itu adalah keindahan yang menjadi pagar-pagar kemurkaan dan neraka Allah SWT. Kumpulkan wang dengan baik, beli buku yang mengajar cara hidup rumah tangga Islam dan laluilah 14 Februari ini seperti kita melalui hari-hari yang lain, iaitu dengan mengulangkaji pelajaran, menghadiri majlis-majlis ilmu, beribadah dan berlumba-lumba mengejar kebaikan.

Semoga Allah mengurniakan kebaikan untuk kita semua.
Wallahu A'lam bi As-Sawaab.


sumber asal

nota dari Deana: artikel ini dikongsi terus dari bhgn Artikel ILuvIslam.com. bukan tujuan copy & paste semata,tapi untuk berkongsi informasi yang ada kaitannya dunia kita kini dengan Islam,agama kita hingga ke akhirat. wallahu ahlam.

Read More......

Wednesday, February 03, 2010

Doubt and Trust


Most of the times
It feels as if it's much more easier
To doubt a person than to trust one

Once trust is built
It has brought the biggest hope and bond
between the persons involved

Mind you that trust is actually..
Ever so fragile that
Once broken, it'll be hard to ever be sealed again

Even if it was sealed and mend
The doubt will always be like the minute dust
Bit by bit plastering on the fragile trust
And the trust will never be the same anymore

~Rosdianah R~ 03 Feb 2010, 3:57pm
~*~*~Exactly done when the adhan (azan) was heard on air of College E ~*~*~

special note for the special someone: It may be hard for you,my dear. But we will always be by your side. Holding your trust ever so dearly and giving out all of our gathered trust to ALLAH the AL-MIGHTY.

p.s: The title the same title with my current favourite anime song, the 3rd Opening theme of D-Gray Man, Doubt and Trust by the band 'access'.

Read More......

Carta Organisasi JAKMAS E sesi 2009/2010

Bismillahirrahman nir rahim...


Assalamualaikum w.b.t buat semua sahabat yang sudi membaca entri-entri di blog ini.

Satu pesanan ringkas (SMS) aku terima pada pukul 2.22 pagi. Yes,indeed.. aku tidak tidur lagi..mungkin sebab time dok menunggu Aton pas zuhur kemarin sambil baca buku Kontrak, aku tertido hingga ke asar. huhu, speechless~ akhirnya tidak menjadi rancangan untuk ke Karamunsing untuk menghantar laptop aku yang rosak lagi tu. Last-last, aku minta jak kawan kepada kawan baik aku untuk tolong baiki.hehe~ at least kos lebih murah dan lebih terjamin keselamatan data-data dalam laptop tu.inshaAllah.

Aitss... bukan itu yang aku mo cerita kat sini!!! aku sebenarnya nak kongsi pada semua SMS yang aku terima dari Mr.Bomb, haha. Abg Bom ni mantan JAKMAS sebelum batch aku (dia sama batch dgn Olyn dan Hairul) dan skrg dah jadi Felo kt Kg. E ni plak.. aku pesan pada dia utk bgtau aku direct kalo dah tau organisasi pimpinan JAKMAS kali ni. SOOOooo.. mmg dia tunaikan janjinya dan SMSkn pd aku barisan JAKMAS yg baru. Inilah keputusannya..jeng jeng jeng:

YDP/KESELAMATAN & KEBAJIKAN-M.KHUBAIB ROSLI,
TYDP I/EKSAH-SHAHRUL HISHAM NGAH@RAMLI,
TYDP II/KEUSAHAWAN & KEPENGGUNAAN-TAIRA KHOO,
SETIAUSAHA/INFORMASI & PENERBITAN-IYLIA MOHAMAD,
BENDAHARI/KEBUDAYAAN & KESENIAN-NUR SHAHIRA RASHID,
AKADEMIK & KEPIMPINAN-SITI SYAZWANI ZULKUPLE,
KECERIAAN & PERKHIDMATAN-NURULNADIAH MAHDZIR,
HELWA-SALSABIELA JAMAL,
SUKAN & REKREASI-ABU SARI BAITULLAH.

Hmmm..apa pendapat aku? Khubaib sbg YDP...inshaAllah dia punya kepimpinan~ Iylia sbg S/U..inshaAllah juga boleh ganti aku..hehe. yg lain pun ok.. cuma aku sejujurnya tak faham..seriously, CAN'T UNDERSTAND IN ANY MATTERS/ANY ANGLES/ANY PARTS OF THE WORLD... amacam plak seseorang yg kurang familiar dgn kerja2 EKSAH (Exco Kerohanian dan Sahsiah) apatah lagi Unit Pengurusan Surau Nur E-man Kg.E blh dpt portfolio tu.. bukan nak prasangka buruk..cuma SHOCKED TAHAP GABAN NE.. ke sbb taknak Islam dijulang dalam kolej kediaman E ni?? Wallahu ahlam. aku bukan penghukum, sekadar pemerhati bebas. Dan aku jugua hairan kenapa EKSAH kali ni dlm Majlis Tertinggi (MT) pula? Tak apa lah... mungkin orang yang terpilih tu BOLEH MEMIKUL AMANAH TERSEBUT.inshaAllah~~ aku doakan all the best ya~~
Lagi satu.. aku pelik + kesian juga pada bahagian Bendahari.. dahlah pegang duit tu... pas tu pegang Exco kebudayaan dan kesenian pula yang sah-sah banyak program. Mmm.. pikir balik, senang nak kuarkan duit kot? Wallahu ahlam. Sebagai seseorang yang pernah berada dalam pimpinan JAKMAS, aku tau dan faham macamana gerak kerjanya.. BUT STILL, aku tak tau lah kalau-kalau generasi baru kali ni akan mengubah segalanya.

Pesanan aku yang entah keberapa kalinya untuk mereka (pimpinan baru JAKMAS E):
Amanah itu amatlah berat untuk dipikul. Boleh saja ianya mengheret kita ke neraka sekiranya di salahgunakan kerana saatnya kita jadi pemimpin, satu belah kaki sudah menjejak ke neraka. Maka, berhati-hatilah..berwaspadalah.. sentiasalah istighfar dan memohon keampunan Allah serta memohon dipermudahkan urusan dan mendapat keredaanNya.

Wallahu ahlam bissowab.. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui hikamah segala kejadian.
Selamat bekerja 'adik-adik' JAKMAS ku~!!

Read More......

hmm...

salam buat semua..


kali ini tiada apa-apa sangat yang ingin ku titipkan di sini.

baru-baru ni kurang sihat.. selesema dan sedikit batuk2. doakan cpt sembuh yer..

skrg ni pn agak bingung2 dgn tmpt LI.. sda dpt tmpt di JB.. masalah tmpt tinggal ok, cuma transport la plak. adey..sabar je lah~ mgkn ada tmpt yg lbh baik dan dpt dktkn diri pd Allah lah tu kot..inshaAllah.

anyways...inshaAllah pas ni aku nak tukar plak layout blog ni.. so,jan heran kalo tukar2 jak layout blog ni tetiba.hehe~

skrg ni tgh guna laptop Aton, adik sebilik aku (un-official roomate.hehe). Wireless kat kg.E ni sudah tiada sbb Cyber Cafe pun sudah berhenti beroperasi. nasib baik ada kecenderungan beli broadband time cuti yang lalu. anak bertuah.. pas beli modem n bayar bil utk bln pertama.. bil2 utk bln yg kedua sampai yg latest bapa juga yg tlg byrkn. makasyeh,Bapa~! (muahx! moga diberikan rahmat oleh Allah.amin~)
laptop aku broken lagi..sabar je lah.. skrg hrp kwn dpt baiki. biar di downgrade gi windows XP pn aku da x kesah da.. yg penting.. assignments siap.. proposal yg nak bg n bentang kat pengetua, Dr. Andika pun siap.

mlm ni, pembentukan jakmas sesi baru akan dibuat. moga2 lebih baik dr barisan pimpinan semasa batch aku dulu. inshaAllah..

bah,k lah.. sampai sini dlu.. xdpt mo membebel lebih2.. ada keja lg mo buat... preparation utk mcm2 hal!!!

wallahu ahlam

Read More......

Wednesday, December 23, 2009

special~

Bismillahirrahman nir rahim.

Salam tahun baru..salam maal hijrah buat semua sahabat. Maaflah..sudah lama aku tidak menaip dalam blog ini.

Anyways, untuk entri kali ini..aku ingin perkenalkan blog aku yang entah keberapa sudah..(sebab sejak dari tingkatan 4..ada beberapa blog aku share dengan kawan-kawan mahupun blog aku sendiri).

Blog yang baru ini aku khaskan untuk review. Review pertama adalah sebuah buku. So, I'll be gladly invite you,my friend to check out my blog : Deana's Words.

Dozou yuroshiku,minna-san~

Read More......

Thursday, December 10, 2009

Cuti-cuti di rumah~

Salam buat semua para pembaca blog usang ku ini. Ku mulakan entri kali ini dengan lafaz "Bismillahirrahman nir rahim".

Alhamdulillah,setelah sudah lama tidak mengerakkan jari-jemari aku untuk menge-post entri dalam blog ini.. hari ini,ada juga menari-nari jari aku pada keyboard laptop aku untuk menaip.

Kalau masa mula-mula blogging dulu,masa seawal aku form 4- form 5.. mmg agak banyak post aku. Itupun,posting time boring. Isinya plak,sah-sah menampakkan aku tengah kebosanan saat itu.Maksudnya; isi entri dulu tu tiada banyak isi yang berfaedah sangat...huhu.
Tapi kali ini,sebolehnya aku mahu posting entri-entri yang lebih bermanfaat pada diri aku sendiri dan juga pembaca yang melawat blog aku.Huhu,yelah..kalau takat merapu,semua boleh buat kan..

Baaaahhhh!! Start mau merapu sudah ni. Huhu.

Anyways,tiada banyak sangat yang aku mau masukkan dalam entri kali ni. Cuma sekadar perkongsian dengan sahabat-sahabat saja.

Cuti semester 1 untuk sesi 2009/2010 kali ini agak pendek. Lebih kurang sebulan saja,tapi cukup bersyukurlah juga aku sebab sekurang-sekurangnya,ada jugak cuti untuk aku berada di rumah bersama keluarga.
Berada di rumah,tiadalah banyak sangat benda yang boleh aku lakukan. Tolong sana-sini, jaga budak-budak (anak-anak buah) , menghadap laptop/desktop dan menghafal/baca kerjarumah halaqah. So, sebab agak free di waktu malam..aku pun bawa dua orang anak buah aku (Aby dan Aiman) yang masih sekolah rendah dan bagi kelas kepada dorang. Huhu,takdelah macam kelas sangat pun, macam usrah pun ada.
Seronok juga bila dapat ajar budak-budak ini untuk lebih mengenal Islam dan Allah dengan lebih dekat. Maklumlah,seperti pernah aku titipkan dalam entri blog aku yang sebelum-sebelum ni..yang berkaitan dengan LADA tu, perubahan ataupun hijrah aku untuk dekat dengan Islam kurang diterima oleh keluarga. Mungkin faktor "shock" sebab rata-rata Muslim di Sabah ini kurang Islam-nya berbanding Muslim di Semenanjung Malaysia. (NOTE: INI BUKAN KES BUKA PEKUNG DI DADA). Tapi of course, it totally doesn't refer to the WHOLE Muslim Sabahans. There are Muslim Sabahans that are really practicising the religion, Islam as their way of life in the rightful way.
Aku tahu, aku belum cukup bagusnya lagi berbanding sahabat-sahabat lain yang mungkin sudah boleh punya usrah sendiri,memberi tazkirah dan lain-lain. Tapi aku tetap tidak boleh menjadikan semua itu alasan untuk aku tidak berdakwah sedangkan Nabi menyeru kita,umat Islam di akhir zaman ini untuk menyampaikan walaupun satu ayat.
Setakat ini,baru ajar mengenai wudhu' dan semalam,sepertimana di sekolah,di rumah juga aku bagi budak-budak tu ujian penilaian berdasarkan tahap dorang lah. 
Selain mengajar, aku bagi sedikit tazkirah/peringatan juga dan adakalanya cerita-cerita dan analogi yang boleh membuatkan mereka lebih faham. Sudah namanya budak-budak, bila buat ujian semalam, tak habis-habis dorang bertanya kalau ada hadiah ka tidak. =.=;; Tapi,takpalah..bak kata seorang sahabat baik aku, itu methodology dakwah juga.
Well, it's nothing much but it's much better than nothing at all. Sekurang-kurangnya tiadalah aku bermalas-malasan sambil menternak lemak saja di rumah. :)

Rasanya itu saja buat kali ini. Masa untuk riadah pula selepas ini. Doakan diri ini dan anak-anak kecil yang aku bawa untuk dekat pada Islam itu terus dan terus istiqamah dalam mencari keredhaan Allah swt.

Read More......

Monday, November 02, 2009

Pelajar ajuk cara 'bersolat jemaah' dalam gereja
KUCHING: Sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak, merakamkan perbuatan mereka meniru cara umat Islam bersolat jemaah termasuk melaungkan azan di dalam sebuah gereja dan dipaparkan dalam laman web You Tube.

Dalam rakaman dua minit 13 saat itu, sekurang-kurangnya lapan remaja termasuk dua perempuan berusia 12 hingga 15 tahun dilihat ketawa dan menjerit ketika empat rakan mereka melakukan 'solat jemaah'.

Empat remaja lelaki kelihatan berdiri di ruang hadapan gereja atau altar sambil meniru cara solat jemaah dengan seorang daripada mereka melakonkan watak imam.

Ketika itu, laungan seperti azan jelas kedengaran dipercayai dilakukan rakan lain, manakala kumpulan remaja berkenaan �bersolat� dengan mengangkat takbir beberapa kali, sujud, duduk antara dua sujud sebelum duduk tahyat akhir.

Kumpulan remaja yang melakonkan watak jemaah turut berbaring beberapa kali dan menggayakan tarian 'shufle' serta berguling. Seorang daripada remaja berkenaan turut dilihat mengajuk cara pondan bersolat sebelum remaja yang merakam berkata "ada pondan ke dalam masjid".

Mereka memakai pakaian baju T dan seluar jeans dengan seorang daripada mereka memakai baju sekolah yang tertera nama dan logo Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Augustine, Betong.

Perbuatan dipercayai dilakukan di sebuah gereja sekitar Betong, kira-kira 350 kilometer dari sini dengan tiada individu dewasa kelihatan berada dalam rumah ibadat berkenaan.

Pada penghujung rakaman, seorang remaja lelaki turut berkata "no more muslim, muslim is ajaran sesat". Rakaman berkenaan dihantar ke sebuah laman web oleh seorang penghantar bernama 'Harisha2012' pada 20 Oktober lalu.

Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata perbuatan itu dilakukan sekumpulan pelajar nakal dan meminta umat Islam tidak cepat melatah.

Katanya, Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) sudah dimaklumkan mengenai perbuatan kumpulan remaja berkenaan dengan siasatan dilakukan beberapa pegawai Jais.


"Sebagai umat Islam, memang kita tidak gembira, namun saya harap ia tidak menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini. Ia dilakukan sekumpulan kecil budak nakal dan ia tidak mencerminkan keadaan sebenar hubungan kaum dan agama yang sememangnya baik sejak dulu lagi," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk merujuknya kepada pemimpin di kawasan berkenaan bagi memastikan ia tidak berulang.

"Setakat ini tiada laporan rasmi dibuat mana-mana pihak, namun saya akan meminta pegawai Jais membuat laporan agar siasatan lebih terperinci dilakukan," katanya.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang, berkata pihaknya sudah memaklumkan kejadian kepada polis dengan tindakan tegas akan diambil terhadap kumpulan pelajar berkenaan.
Sumber: Berita Harian (2 November 2009)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Dianah:

Memetik komentar dari Menteri Muda di Pejabat Perdana Menteri (spt dlm artikel di atas);

Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata perbuatan itu dilakukan sekumpulan pelajar nakal dan meminta umat Islam tidak cepat melatah.

"Sebagai umat Islam, memang kita tidak gembira, namun saya harap ia tidak menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini. Ia dilakukan sekumpulan kecil budak nakal dan ia tidak mencerminkan keadaan sebenar hubungan kaum dan agama yang sememangnya baik sejak dulu lagi," katanya ketika dihubungi semalam.


Bagi Dianah, umat Islam harus tetap sensitiviti mengenai hal sebegini. Ya Allah, ampunilah kelemahan kami. Biarpun nampak remeh hanya kerana menganggap perbuatan ini hanyalah perbuatan nakal sekumpulan pelajar. Kita harus ingat bahawasanya apa-apa saja yang berlaku itu bermula dari hal-hal yang kecil. Even untuk suatu kejayaan sekalipun, apatah lagi penghinaan terhadap agama Islam kita ini.
Kalau yang "kecil" ini pun boleh saja menghina Islam..apatah lagi yang "besar" atau "dewasa"?? Tentu lebih teruk penghinaannya.
Kita tidak blh sambil lewa dalam menangani masalah sebegini.. kerana blh dikatakan cara sebegini adalah cara menentang & memerangi Islam scr halus.

Moga kita sentiasa dlm lindungan rahmat dan hidayah ALlah.

Still..kita mmg tdk blh cpt melatah. Dgn sensitiviti sbg umat Islam, kita blh ambi kejadian sbg iktibar juga cabaran kita sbg dai'e. Boleh jadi budak-budak yang melakukan perbuatan di atas tidak faham Islam, ataupun langsung tidak tahu apa2 ttg Islam. Maka, menjadi tugas kita utk lbh peka n sebarkan Islam yang sebenar2nya.. Islam yang mementingkan keamanan,kesejatheraan dan kebaikan buat manusia secara keseluruhannya. Kita kena bagitau mereka yg tdk tau dan fahamkn kpd yg tdk faham. Semoga Allah beri kita kekuatan untuk membawa risalahNya yang agung ini. Kita adalah pewaris dakwah Nabi SAW. Rasulullah SAW telah menunjukkan pada kita melalui sirahnya, baginda blh mengharungi jln dakwah ini..maka, begitu juga kita sekiranya kita cthi dan ikut sunnah baginda. InsyaALlah.

wallahu ahlam bissowab.

harap maaf atas segala salah dan silap.


Read More......

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri


Bismillahirrahman nir rahim..

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA SAHABAT HANDAI..

MOHON MAAF ATAS SEGALA SALAH DAN SILAP..

terima kasih banyak-banyak atas segala kiriman SMS raya dari kawan-kawan yang penuh bermakna. maaf seandainya diri penerima ini tidak dapat membalasnya (masalah teknikal sikit dengan handphone..)

"Betapa agungnya aturan Allah..
Di bulan Ramadhan kita memohon keampunan dariNya..
Di bulan Syawal pula kita saling bermaafan sesama insan..
Semoga kita terus istiqamah dalam amal ibadah
Dan semoga dipanjangkan umur untuk bertemu sekali lagi
Dengan Ramadhan al-Mubarak yang mulia.."

pesanan buat diri dan semua sahabat-sahabat (juga orang sudi membaca blog ini)..ingatlah saudara-saudara kita di negeri yang kurang bernasib baik,berpada-padalah tika berbelanja untuk menyambut raya. Hayati makna sebenar hari raya Aidilfitri ini dan niatkanlah segala amal kita hanya kerana Allah biar seremeh menziarahi jiran tetangga (yang sudah dianggap kebiasaan). Semoga kita dapat sama-sama mengaplikasikan Islam dalam kehidupan kita biarpun payah..sekurang-kurangnya dalam hati kita pun, kira ok lah sebagai permulaan :) insyAllah.
lagi satu... rapatkan saf...rapatkan saf.. bila solat berjemaah yer.. tetiba jak teringat nie sebab sedih masa tengok rancangan siaran langsung solat sunat aidilfitri tadi (biasalah, ABC = Allah bagi cuti so, tak solat lah alamatnya..), SAF PALING DEPAN sendiri tak rapat.yang ada sejadah, masing-masing dengan sejadah masing-masing. Sepatutnya.. biar yang depan tu V.I.P mana sekalipun, bila menghadap Allah yang lebih Maha Tinggi berbanding mana-mana V.I.P.. kita ini semua sama sahaja,HAMBA-NYA.Jadi, tidak perlulah sangat nak segan silu untuk rapat-rapat. Hehe, bila lagi dapat rapat dengan V.I.P kan.. hoho. Dah tersimpang pulak.
Baiklah..itu saja untuk kali ini.Alhamdulillah, dapat juga online kali ini dan ada juga idea untuk menaip sikit-sikit.

Yang baik itu dari Allah (Alhamdulillah..ada juga ilham spontan semasa tengah menaip) dan yang tidak baik itu dari aku sendiri. Hakikatnya, kedua-dua itu dari Allah SWT.
Wallahu ahlam.


Ikhlas dari Rosdianah (dan keluarga)


Read More......

Wednesday, August 19, 2009

Aku Sayang Danish!!

Bismillahirrahman nir rahim..
Assalamualaikum buat semua sahabat2 yg sudi membaca blog ini buat kesekian kalinya.

Alhamdulillah..akhirnya,tergerak juga jari jemari ini utk menaipkan entri blog kali ini. Bersyukur jugak la sbb ada line wireless di rumah ini. (Alhamdulillah, line wireless sini sedikit lebih baik dr wireless di kampus..huhu)

Pada 2hb Ogos (Ahad) yg lalu, aku sengaja balik utk meraikan ulang tahun kelahiran Mama (sebnrnya bday dia 3hb tapi diawalkan supaya aku dpt balik). Tanpa disangka aku mendapat satu khabar gembira dr ahli keluarga aku hari itu.
Setibanya aku di rumah, semuanya seperti biasa. Tapi bila aku da settle down, Bapa plak mcm soal siasat aku sbb nak tau pasal architectural plan yg aku minta tlg dia tnya pd kwn2 dia (utk assignment Reinforced Concrete Design aku).. barulah Mama tiba2 bgtau aku yg isteri abg ngah aku (Abg Justin), Kak Mah telah selamat melahirkan seorg rijal~ huhu, agak frustrated jugak Mama rasanya sbb skali lg cucunya lelaki. Tapi kami sekeluarga ttp bersyukur atas kelahiran Muhammad Danish bin Justin (yg bermaksud "Pengetahuan Yang Terpuji") tu..

Aku x berkesempatan utk melihat baby tu pada minggu tu sbb ada usrah pas asar, so bila da dkt asar mmg aku da bergegas utk blk kampus jugak lah..huhu. Tapi Alhamdulillah kerana pada Ahad yg seterusnya (9hb Ogos) aku berkesempatan jugak utk menjenguk anak buah aku tu. Huhu, comel sesgt~ MasyaAllah!!! Pada hari Ahad tu, aku kena bergegas ke beberapa tempat dalam satu hari..tapi tetap aku luangkan masa utk bersama & mendukung anak buah kecil aku tu. Tak blh miss lgsg!! hehe.

Pada 9hb Ogos tu, aku kena balik utk meraikan bday Bapa pula yg selang ngam2 seminggu pas bday Mama. Sama spt bday Mama yg diadakan sehari awl supaya kami semua dpt berkumpul, kali ini kak long aku sengaja bgtau Bapa yg aku xdpt pulang pulak. Buang tebiat la kakak aku tu..heheh. Aku plak sengaja jarang2 kol rumah (jgn buat mcm ni tau!!!) sbb takut jugak kalo tetiba Bapa atau Mama tanya kalo aku balik ke tdk. Payah aku mau jawab kalo aku ckp tdk.. matai kena timbak karang~ =.= baek jgn ambi risiko.hihihihi..

Selain meraikan bday Bapa, aku jugak ada usrah ptg tu dan jugak ada Family Day @ E anjuran rakan Exco Sukan & Exco Seni JAKMAS E. Pening kepala aku nak penuhi semua tu.. huhu. Antara tanggungjawab dlm pelbagai bidang~ Alhamdulillah, dgn adnya kreta ak yg digelar Kak Hazlin sbg dhif d
a' (bermaksud katak dlm bahasa Arab), aku berjaya juga meraikan bday Bapa, jenguk dan penuhi jemputan ke Family Day@ E tu dan menghadirkan diri ke usrah. ALHAMDULILLAH!!!!!

Tadi kan aku kata yg kehadiran aku utk raikan bday Bapa tu adalah surpise, maka aku kna ke rumah lama di Tg.Aru dulu utk ambi abg aku yg sorg lg, Abg Tommy dgn isteri n anak2 dia. Smbil tunggu dorg sekeluarga bersiap, sempat2 juga aku jenguk Danish yg tgh dibuai mimpi (Abg Justin n Abg Tommy aku tu tggl serumah). Anak2 Abg Tommy pn bukan main siok lg ikut2 aku main2 dgn Danish. Excited lah tu kot dorg tgk cousin dorg yg baru lahir. Heheh. Si Nazim (anak sulung Abg Tommy) asyik2 hairan napa dia xdpt pegang tgn Danish dgn lembut mcm aku.hahah. Mmglah sbb dia sndr pn xpndai kontrol sgt genggam tgn dia..bila dia pegang tgn Danish jer, kasar semcm jer. Alahai~ nasib baik x bangun baby yg tgh siok tido tu..


kesiokan si Danish ni melayan mimpi di siang hari..hehe

Pas dari rumah di Tg.Aru tu, kitorg gerak ke KK plak.. utk ke Rainforest Cafe. Kantoi la plak time Abg Justin bawa Bapa g sana tu..masa dorg cari parking, dorg nampak dhifda' diparking dpn mahkamah. aisehmen... lantaklah.. yg penting, Bapa n Mama tetap terkejut bila nampak aku. Hehehe. Makanan yg sudah siap2 diorder oleh kakak Jane, kak long aku tu sedap n terisi jugak perut aku yg da lapar masa tu.hehe~~ lepas selesai makan2 tu,ingatkan aku trus balik kampus pas hantar Abg Tommy n family. Tiba2 kena kol oleh Bapa n akhirnya singgah ke rumah di Tg.Aru jgklah aku~ hoho,ada lg chance utk 'kacau2' si Danish tu.
Sampai di rumah di Tg. Aru tu, barulah ada kek utk meraikn bday Bapa. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yg memegang semua hati hamba2Nya kerana buat sekian kalinya kami sekeluarga berkumpul bersama2. Aku rasa tambah seronok sbb kali ini sudah bertambah keluarga besar kami ini dgn kehadiran Danish.

bangun jugak si kecil ni akhirnya..

seronok dpt dukung baby~

Semoga Allah merahmati kelahiranmu di dunia ini, Muhammad Danish.
Ya Allah, ku pohon kepadaMu.. Kau peliharalah anak kecil ini, peliharalah dia dari kejahilan dan kebatilan dunia.. Kau berikanlah hidayahMu kepadanya.. Tetapkan dan teguhkanlah dia di jalanMu.. Kuatkanlah hatinya agar dapat menjadi rijal yang menegakkan kalimah tauhidMu di bumi ini. Amin!

p.s: hehe.. mcm aku plak yg dpt anak.. teruja sgt sbb da lama xda baby dlm family~ lgpn,ini baby pertama lahir pas aku mula dktkn diri dgn Islam. Semoga Allah bagi aku kesempatan utk beri
apa yg aku mampu utk dekatkn Danish kpd Allah. insyaAllah.

Read More......