Showing posts with label poem. Show all posts
Showing posts with label poem. Show all posts

Wednesday, February 03, 2010

Doubt and Trust


Most of the times
It feels as if it's much more easier
To doubt a person than to trust one

Once trust is built
It has brought the biggest hope and bond
between the persons involved

Mind you that trust is actually..
Ever so fragile that
Once broken, it'll be hard to ever be sealed again

Even if it was sealed and mend
The doubt will always be like the minute dust
Bit by bit plastering on the fragile trust
And the trust will never be the same anymore

~Rosdianah R~ 03 Feb 2010, 3:57pm
~*~*~Exactly done when the adhan (azan) was heard on air of College E ~*~*~

special note for the special someone: It may be hard for you,my dear. But we will always be by your side. Holding your trust ever so dearly and giving out all of our gathered trust to ALLAH the AL-MIGHTY.

p.s: The title the same title with my current favourite anime song, the 3rd Opening theme of D-Gray Man, Doubt and Trust by the band 'access'.

Thursday, April 16, 2009

sajakku yg tidak bertajuk... part 2

Wahai hati
Teguhkanlah iman sebagai benteng kekukuhanmu
Kawallah nafsu untuk kesejatheraan kerajaanmu
Istiqamahkanlah amalan kebajikanmu untuk menyucikanmu
Jauhkanlah diri yang kau jaga itu dari lumpur dosa

Duhai hati
Janganlah kau merasa gundah-gulana
Bila kau takut dikatakan orang bila melakukan amal
Sesungguhnya takutlah engkau
Bila menerima balasan jika melakukan dosa

Wahai diri..
Janganlah kau menyangka bahawa
Hidup sebagai orang lain itu lebih baik
Kerana ada hikmah dalam setiap
Gerak kehidupan yang kau alami sekarang

Duhai diri
Janganlah ingin kau menggantikan kawan-kawanmu
Dengan kawan-kawan orang lain
Selagi mereka itu mengingatkan padamu
Akan kebesaran dan keagungan cinta Illahi

Ingatlah wahai diri
Apa saja yang kau miliki kini
Apa saja yang kau hadapi dalam hidup
Siapa saja yang mendampingi dan bersama denganmu
Itu adalah ujian dari Allah semata-mata


r'Deana
21 RabiulAkhir 1430H
7:50PM

Wednesday, January 28, 2009

siapalah aku.. (untukmu Palestin)

Terfikir di benakku
apakah mungkin untuk aku..
melihat senyuman terukir
pada wajah mu yang putih suci
pada suatu hari kelak..

siapalah aku jika dibandingkan denganmu..
apalah sangat ujian yang menimpaku
jika dibandingkan dengan ujianNya padamu
jika aku berada di tempatmu kini
adakah bisa untukku bertahan

betapa aku sentiasa berasa senang dan leka
di dunia fana yang sementara ini
kealpaan dan kelalaian diri
tanpa sedar terus menghanyutkan aku
melupakan aku balasan akhirat nanti

oh,saudaraku..
andai aku diletakkan di tempatmu
mungkin aku tidak bisa menahan bebannya
keperitan dan seksaan neraka dunia
terus-menerus tanpa belas kasihan

Ya Allah,ya Rabbi..
kasihanilah dan lindungilah saudaraku
Saudara seIslam ku di Palestin
Kau tempatkanlah mereka di tempat mulia
Semulia matinya mereka sebagai syuhada

.........................................................................................................................................................................
p.s: puisi ini dikarang tanpa di'edit'.. maaflah,diri ini kurang berbakat seperti teman2 lain. ini sajalah yang seadanya... :)

Monday, November 17, 2008

sajakku yg tidak bertajuk...

Bismillahirrahman nir rahim..

aku selalu rasa yang aku keseorangan
tapi hakikatnya..
Kau sentiasa bersamaku

Aku selalu rasa tiada orang yang memahamiku
tapi aku tidak sedar
Kau sentiasa memahami lagi mengetahui segalanya

Aku selalu rasa tiada orang yang memperdulikan aku
tapi aku yang sebenarnya tidak tahu
Kau sentiasa memperdulikan aku

Ya Allah ya Rabbi
Di mana pun jua aku berada
Kau sentiasa bersamaku
Cuma aku sendiri yang jahil
Selalu saja aku tersesat…
Menuju jalan yang aku sendiri pasti

Namun, Kau lah jua yang Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Bila aku berdoa setiap hari
“Ih dinash shi ro tol mustaqim”
Kau tunjukkan aku jalan yang benar dan lurus
Yakni agama Islam yang syumul
Yang dibawakan manusia agung, Muhammad SAW

Kau sentiasa bersamaku
Kerna Kau sememangnya sentiasa
bersama dengan hamba-hambaMu
Kau sentiasa memahami dan mengetahui segala-galanya
Kerna Kaulah Maha Mengetahui
dan Maha Pencipta segala-galanya
Kau sentiasa memperdulikan aku
Dengan memberikan aku ujian-ujianMu
kerna itulah tanda kasihMu

Ya Allah…
ampunilah segala dosaku..
ampunilah kecuaianku..ampunilah kelemahanku..
Berikanlah aku kekuatan
Untuk terus berjihad.. di dunia yang sementara ini..
Untuk menuju ke akhiratMu dengan keredhaanMu

AMIN…

Saturday, August 02, 2008

Ya Rabb... ayat-ayat cinta itu...

Bismillahir rahman nir rahim..

"Teladan org2 yg bercinta adalah Baginda Nabi. Cinta sejati adalah cintanya sepasang pengantin yang telah diredhai Tuhan dan didoakan seratus ribu malaikat penghuni langit. Tidak ada perpaduan kasih lebih indah dari pernikahan, demikian sabda Baginda Nabi" "Jika cinta keduanya tidak berlandaskan ketaqwaan kpd Allah maka keduanya akan saling bermusuhan kelak di akhirat. Apalagi jika cinta keduanya justeru menyebabkan terjadinya maksiat baik kecil mahupun besar. Tentu kelak mereka berdua akan bertengkar di akhirat. Seseorang yang sangat mencintai kekasihnya sering melakukan apa saja demi kekasihnya. Tak peduli pada apa pun juga. Terkadang juga tidak peduli pada pertimbangan dosa atau tidak dosa" petikan dari novel best seller 'AYAT-AYAT CINTA' (Habiburrahman El-Shirazy)...

Membaca sedutan di atas seperti peringatan Allah SWT kpd aku. Suatu peringatan yg aku rasa sedikit sebyk dpt bantu masalah hati yg m'buatkan aku sedikit bingung.
Skrg aku rasa spt semcm lega juga. aku tau skrg yg aku mesti tegas dgn diri aku sndiri.biar apa pun yg t'jd pas ni,aku mesti istiqamah. Apa yg aku nak buat mengenai masalah hati aku ni skrg..yg blh aku buat ialah.. x perlu fikirkan sgt ttg fahri aku tu,jaga batas antara kami & plg penting...jgn harapkan sgt psl dia. kalo dia utk aku,insyaAllah..then dia utk aku. kalo x,pasti ada yg lbh baik..wallahu ahlam.
Spt yg aku pernah titpkan dlm entri lepas..baik lg aku perbaiki diri dulu.

huh...busy skit skrg nie.. insyaAllah,nanti aku akan uploadkan artikel yg aku try tulis. kena minta tlg akhi Hyrul An-an utk m'edit lah nie..hehe.

Thursday, July 10, 2008

yet..another randomness.. I suppose?

Bismillah..

here is an Islamic poem I made during the holidays... :) its in BM though~

Jasad manusia bagaikan suatu dataran luas yang punya tanah yang subur.

Hati itu tempatnya benih keimanan ditanamkan.

Dan seperti benih-benih yang lainnya, benih keimanan ini juga perlu zat galian.
Akal fikiran manusia itulah yang menjadi zat-zat galian yang terus-menerus membantu tumbesaran benih itu.

Ibadah-ibadah wajib ibarat air yang menyirami jasad supaya benih keimanan itu dapat terus tumbuh dengan suburnya.

Ibadah sunat dan amalan ‘amal makruf nahi mungkar’ dalam kehidupan seharian pula bagaikan sinaran matahari yang menyinari tumbuhan di siang hari.

Jika setiap itu menjadi benih keimanan ini setiap hari dengan istiqamahnya, insya-Allah pasti benih yang sekecil zarah pun boleh tumbuh menjadi sebuah pokok punya akar yang mencengkam kuat pada tempat tanamannya (diri manusia itu sendiri).

Begitulah hakikat kehidupan manusia di dunia yang Allah pinjamkan ini sebelum tibanya Hari Kiamat dan Hari Pembangkitan.
Namun, sayang sekali tidak ramai yang menyedari.


Hasil nukilan;
Rosdianah Ramli
Related Posts with Thumbnails