Thursday, October 09, 2008

Perginya seorg sahabiah..eratnya ukhwah kerana Allah..

Bismillahir rahman nir rahim..

dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang.

Ku sedekahkan Al-Fatihah buat seorg sahabiah yg baru saja ku kenali...

Tidak terjangkau di fikiran bahawa antara entri blog yg pertama utk blog sy yg ini adalah suatu kesedihan. Namun, kita kenalah sentiasa beringat akan kalimah "La Hawla wala quwatta illah billah", tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Ya Rabb.. Kau cucurilah rahmat ke atas Siti Aisyah Bakri, sahabiah yang baru saja ingin ku kenali dengan lebih rapat.
Secara jujurnya sy selalu bertembung dgn arwah di dalam dan luar surau (di dalam Kg. E sendiri). Baru saja bulan Ramadhan yg lalu,bila diri ini mula menggerakkan diri untuk beribadat kpd Allah dgn lbh baik dr bln2 Ramadhan yg lalu.. sy berkesempatan untuk berinteraksi dgnnya dgn lbh dekat. Walaupun tidak lama mengenalinya seperti rakan muslimat yg lain,tp pemergiannya ttp terkesan di hati. tdk dpt juga menahan sebak di dada bila sampai ke Jabatan Forensik,HQE utk memberikan penghormatan terakhir buat arwah..

Pada pagi Isnin sblm mendapat SMS dr seorg shbt mengenai pemergian Aisyah, sy bermimpi seorg rakan yg memakai baju putih. Bila sudah bercakap2 dgnnya barulah sy mengetahui barulah dia(rakan yg memakai baju putih itu) sebenarnya sudah meninggal. tapi entah mengapa sy semcm reda dgn 'berita' tersebut kerana sepanjang bercerita dgnnya,dia sgt lemah lembut. bila terbangun dr tidur, tgn sy dgn tdk disedari mengigil. ingin saja sy menelefon seorg shbt rapat sy & 'mengadu' pdnya tapi sy pendamkan sja dan cuba utk tidur semula. Sy terbangun semula bila mendapati SMS mengenai pemergian arwah, dan tanpa dpt menahan kesedihan sy terus menghubungi shbt rapat sy yg juga mengenali arwah (rasanya dia mengenali arwah lbh awal dr sy sendiri) dan memberitahu mengenai berita tersebut.

Sehingga skrg sy masih lg terasa sebak stp kali terbaca artikel dr shbt sahabiah mengenai arwah esp. dr blog yg dibuat khas utk arwah.
dari sinilah sy dpt melihat betapa eratnya ukhwah org2 yg bertemu dan berpisah kerana Allah azza wa jalla. biarpun kami (yg dipanggil sbg budak2 surau di hostel) menerima beberapa rintangan dlm memperjuangkan syiar Islam, namun kekuatan silaturrahim dan ukhwah di antara sahabat sahabiah ini mmg x blh dipertikaikan. Sesungguhnya Allah menjaga org2 yg berkasih syg krnNya. sy sendiri yg sy akui baru sy berkenalan rapat dgn sahabat sahabiah ini dpt merasakan kasih syg di antara shbt2.
sbb itu sy agak terkilan juga bila tdk punya byk kesempatan utk berkenalan dgn arwah dgn lbh lanjut.

nampaknya bateri laptop tdk mengizinkan sy utk meneruskn entri ini buat masa skrg. insyaAllah, sy akan cuba updatekn lg blog ini dgn lbh baik...InsyaAllah..

Salamun alaik buat semua.. Barakallahu fik~

No comments:

Related Posts with Thumbnails