Wednesday, October 29, 2008

yang ingin diperkatakan..

Bismillahir rahman nir rahim..

Salam kemuliaan buat rakan-rakan. Salam perjuangan dan juga salam muhibbah.

Berdirinya saya di sini..erks,silap.buat pidato plak. ceehhh..nda main la mo formal2 nie.sgtla bkn diriku~

so,apa yg ingin sy perkatakn dlm entri kali ini? 2 perkara ja..n since sy tau sy mmg suka sgt menulis dgn point-form.. ermm..truskan membaca ja la.heheh!

1) Kerjasama antara ahli dalam sesuatu organisasi itu suatu kemestian
Yes,indeed!! "Kerjasama" adalah elemen yg lgsg tdk blh hilang @ tdk-ada di dlm suatu organisasi atau kump. Biar sejauhmana pun perbezaan personaliti mahupun bangsa ahli2 dlm kump t'sbt, kerjasama perlu wujud (mahu atau tdk) supaya objektif dan kerja yg diingini dpt dicapai(atau dibuat). kalo kerjasama ini tdk penting,masakan akan ada pepatah yg menyatakan "Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh". Terus-terang sy nyatakan,sy paling tdk tahan bila mana dlm suatu kump yg sy anggotai itu,tdk ada kerjasama di antara ahli2 nya. biarpun kump kecil yg punya 2 org ahli saja pun, tanpa kerjasama,akan jd cam magnet yg sama kutub jgk kan.. masing2 pi arah yg berlainan. kerja yg mau dibuat mungkin siap..tp adakah sebagus hasil kerja yg dilakukan oleh kump yg bekerjasama?

2) Memimpin dalam kepimpinan
Seorg ketua dlm suatu kump atau organisasi yg memimpin seharusnya mempunyai daya kepimpinan yg tinggi. Bukan semua org mempunyai kewibawaan yg cukup utk memimpin, mempunyai daya kepimpinan yg tinggi sehingga org lain hormat akan kepimpinannya dan bukan semua org jg,walaupun punya kedua perkara yg tlh disebutkan; mempunyai peluang utk DIPILIH sbg pemimpin. jd,pd p'dpt sy..bilamana seseorg itu tlh diberi peluang utk memimpin, dia seharusnya cuba utk menjd seorg pemimpin sebaik yg mungkin. cuba utk berbincang dgn rakan2 seperjuangan,org atasan bawahan & termasuklah 'rakyat'2 yg dipimpinan. b'bincang utk m'getahui dgn lbh baik corak kepimpinan yg mana lbh sesuai utk diamalkan b'dasarkn keadaan semasa.

adeh.. maaflah,sy bukan jenis org yg pndai m'yusun ayat2.. lbh pndai b'ckp secara spontan..& sy juga sdg dlm proses m'tarbiyah diri sndr utk m'jd seseorg yg lbh baik dr pelbagai segi. InsyaAllah. doakan sy.

Wednesday, October 22, 2008

adeh..deh..deh...

Bismillahirrahman nir rahim..

Salam kemuliaan buat semua sahabat handai yang sudi meluangkan masa utk membaca blog sy yg x seberapa ini..Syukran jazilan,sy ucapkn.

Apa2 pn,sda lama dri ini x m'update blog ini.hoho.. sibuk skit dgn assignments yg menunggu utk disiapkn,jg dgn amanah sbg pelajar,anak dan pemimpin(JAKMAS E).

Rasanya,ini baru saja mukadimah utk kesibukan yg bakal melanda. Sem dpn lg lah pasti akan sibuk dgn pelbagai aktiviti,mesyuarat dgn pelbagai pihak, assignments punya plbagai karenah dan mcm2 lg. insyaAllah,doakan sy berjaya~ =3

minggu ini adalah antara minggu2 yg plg sibuk pernah sy alami. huhu,dlm 1 minggu sja ada FINAL EXAM,MID-TERM EXAM,TEST,penghantaran assignment dan presentation. WAhhh... mcm2 ada! InsyaAllah..sy blh tempuhinya. InsyaAllah.. dan Alhamdulillah,hari ini suda masuk hari Rabu dan mslh2 yg dtg suda ada penyelesaian(walaupun sedikit).

buat masa skrg,sy kena siapkn 1 laman web di mariniaga.com utk assignment Technopreneurship. Ya Rabbi... punya m'cbr assignment ni. kump sy last minute bru dpt company/kedai yg di-accept oleh lecturer (Alhamdulillah!!!) & skrg sdg bertungkus-lumus utk m'yiapkn laman web & analisis repot mengenai company/kedai tersebut.wah wah wah... bersyukur jugak kami krn dpt bekerjasama dgn org yg baik,peramah dan sanggup menolong kami dlm membuat tugasan ini. Namun sesungguhnya, itu semua adalah dr Allah SWT.

oklah...nanti ada kelas jam 11. kena turun bandar lg utk uruskn assignment technopreneurship ni.. besok ada MID TERM la plak.. T.T doakan sy!

Thursday, October 09, 2008

Perginya seorg sahabiah..eratnya ukhwah kerana Allah..

Bismillahir rahman nir rahim..

dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang.

Ku sedekahkan Al-Fatihah buat seorg sahabiah yg baru saja ku kenali...

Tidak terjangkau di fikiran bahawa antara entri blog yg pertama utk blog sy yg ini adalah suatu kesedihan. Namun, kita kenalah sentiasa beringat akan kalimah "La Hawla wala quwatta illah billah", tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Ya Rabb.. Kau cucurilah rahmat ke atas Siti Aisyah Bakri, sahabiah yang baru saja ingin ku kenali dengan lebih rapat.
Secara jujurnya sy selalu bertembung dgn arwah di dalam dan luar surau (di dalam Kg. E sendiri). Baru saja bulan Ramadhan yg lalu,bila diri ini mula menggerakkan diri untuk beribadat kpd Allah dgn lbh baik dr bln2 Ramadhan yg lalu.. sy berkesempatan untuk berinteraksi dgnnya dgn lbh dekat. Walaupun tidak lama mengenalinya seperti rakan muslimat yg lain,tp pemergiannya ttp terkesan di hati. tdk dpt juga menahan sebak di dada bila sampai ke Jabatan Forensik,HQE utk memberikan penghormatan terakhir buat arwah..

Pada pagi Isnin sblm mendapat SMS dr seorg shbt mengenai pemergian Aisyah, sy bermimpi seorg rakan yg memakai baju putih. Bila sudah bercakap2 dgnnya barulah sy mengetahui barulah dia(rakan yg memakai baju putih itu) sebenarnya sudah meninggal. tapi entah mengapa sy semcm reda dgn 'berita' tersebut kerana sepanjang bercerita dgnnya,dia sgt lemah lembut. bila terbangun dr tidur, tgn sy dgn tdk disedari mengigil. ingin saja sy menelefon seorg shbt rapat sy & 'mengadu' pdnya tapi sy pendamkan sja dan cuba utk tidur semula. Sy terbangun semula bila mendapati SMS mengenai pemergian arwah, dan tanpa dpt menahan kesedihan sy terus menghubungi shbt rapat sy yg juga mengenali arwah (rasanya dia mengenali arwah lbh awal dr sy sendiri) dan memberitahu mengenai berita tersebut.

Sehingga skrg sy masih lg terasa sebak stp kali terbaca artikel dr shbt sahabiah mengenai arwah esp. dr blog yg dibuat khas utk arwah.
dari sinilah sy dpt melihat betapa eratnya ukhwah org2 yg bertemu dan berpisah kerana Allah azza wa jalla. biarpun kami (yg dipanggil sbg budak2 surau di hostel) menerima beberapa rintangan dlm memperjuangkan syiar Islam, namun kekuatan silaturrahim dan ukhwah di antara sahabat sahabiah ini mmg x blh dipertikaikan. Sesungguhnya Allah menjaga org2 yg berkasih syg krnNya. sy sendiri yg sy akui baru sy berkenalan rapat dgn sahabat sahabiah ini dpt merasakan kasih syg di antara shbt2.
sbb itu sy agak terkilan juga bila tdk punya byk kesempatan utk berkenalan dgn arwah dgn lbh lanjut.

nampaknya bateri laptop tdk mengizinkan sy utk meneruskn entri ini buat masa skrg. insyaAllah, sy akan cuba updatekn lg blog ini dgn lbh baik...InsyaAllah..

Salamun alaik buat semua.. Barakallahu fik~

Friday, October 03, 2008

Post yang tak terpublished...huhu..

Bismillahir rahman nir rahim..

Assalamualaikum w.b.t..

da lama sy x updatekn blog nie.. agak mls skit lbh2 lg byk perkara yg berlaku bru2 ni..
sy pilih tajuk "Sedihnya.." bersbb. mulanya mmg mls nak posting tapi tergerak jg hati & jari2 sy untuk posting mlm ni.

straight to the point. kenapa SEDIH? ni sbbnya..

1) Pemergian Ramadhan al-Mubarak
:: spt yg tlh diumumkan td,bln Syawal akan bermula hari rabu ni..bersamaan dgn 1 okt. dan semestinya bln Ramadhan pula akan menemui pengakhirannya yakni 30hb Ramadhan pd 30 sept. scrf peribadi,sy sgt sygkn bln ramadhan krn pd bln yg mulia inilah sy byk menerima tarbiyah untuk mengubah diri ini & sekaligus cuba mendekatikan diri pd Allah azza wa jalla. Ingin sy kongsikn pd rakan2.. pd bln ramadhan yg lalu lah,sy berjaya keluar dr kepompong kejahilan yg mana sy 'berjaya' mempelajari cara2 solat yg btl n jg 'berjaya' solat spt org lain. sblm ini,sblm masuk uni..sy xpenah solat,ada tp sekadar asal ada(atau ikut2 org tp x dgn btl) sbbnya sy mmg x pndai solat.tp Alhamdulillah,dgn hidayahNYA..hati sy terbuka utk bljr dgn lbh baik ttg agama Allah ini. utk ramadhan thn ini,Alhamdulillah..sy sda ikut solat terawih scr berjemaah & sblm ramadhan lg sy sudah punya byk sahabat2 yg sedia membantu & membimbing sy. InsyaAllah,doakan sy istiqomah terus. :) byk lg yg ingin sy ceritakn kalo bab2 psl pengalaman sy mula berubah ni.. insyaAllah,kalo ada kesempatan,lain kalilah ya..hehe

2) Sedihnya melihat gelagat remaja2 Islam skrg..
:: SEDIH sgt2!! terutamanya bila fenomena ini berlaku di kalangan kwn2 sy sendr. fenomena apa yg sy mksud adalah fenomena remaja Islam yg spt bkn remaja Islam lg. mcmana tu? cthnya; yg berpakaian tdk lg mengikut syariat(yelah,kalo x pakai tudung pun,berpakaian scr sopan kan..) lg x menutup aurat,pergaulan bebas lelaki perempuan, minum minuman keras(pas tu bangga plak ckp dia mabuk..huhu) dan byk lg kot. Allahu ahlam. Sy bkn suka2 mau menyatakan cth2 tersebut tp itulah yg berlaku pd beberapa org kwn sy sendr. Mau menegur tp ada yg bila dibagi salam pun buat2 x dgr,apatah kalo dibawa berbicara. mmg sedih. lbh sedih bila jarak sy dgn kwn2 sy tu xlg mcm dulu(jarak bertambah),sukar sy nak 'capai' mrk.. blh jd ini adalah tanda2 kiamat. al-maklumlah kita mmg umat akhir zaman kn. jd apa yg blh sy perkatakan di sini buat sahabat2 sekalian,moga kita ambil iktibar dr fenomena ini & teruslah istiqomah utk beribadah & berdoa pd Allah. Mohon dijauhkan perkara2 sebegitu. InsyaAllah.

Rasanya itu sajalah untuk kali ini. post ini sepatutnya dipostkan pd 11.30mlm, 29hb sept. tp tetiba plak wireless connection sy tercut-off.huhu.xpe lah,yg penting skrg ianya da pun dipostkn jugak kan...

insyaAllah,lain kali akan sy cuba titipkan perkara2 menarik yg berlaku pd diri sy yg ingin sy kongsikan bersama kwn2. itupun kalo ada kesempatan dan kerajinan XD

Salam Aidilfitri buat semua!!

p.s: yeay..besok Open House.. jemput dtg kwn2 yg dekat yer..!!
Related Posts with Thumbnails