Wednesday, January 28, 2009

siapalah aku.. (untukmu Palestin)

Terfikir di benakku
apakah mungkin untuk aku..
melihat senyuman terukir
pada wajah mu yang putih suci
pada suatu hari kelak..

siapalah aku jika dibandingkan denganmu..
apalah sangat ujian yang menimpaku
jika dibandingkan dengan ujianNya padamu
jika aku berada di tempatmu kini
adakah bisa untukku bertahan

betapa aku sentiasa berasa senang dan leka
di dunia fana yang sementara ini
kealpaan dan kelalaian diri
tanpa sedar terus menghanyutkan aku
melupakan aku balasan akhirat nanti

oh,saudaraku..
andai aku diletakkan di tempatmu
mungkin aku tidak bisa menahan bebannya
keperitan dan seksaan neraka dunia
terus-menerus tanpa belas kasihan

Ya Allah,ya Rabbi..
kasihanilah dan lindungilah saudaraku
Saudara seIslam ku di Palestin
Kau tempatkanlah mereka di tempat mulia
Semulia matinya mereka sebagai syuhada

.........................................................................................................................................................................
p.s: puisi ini dikarang tanpa di'edit'.. maaflah,diri ini kurang berbakat seperti teman2 lain. ini sajalah yang seadanya... :)

2 comments:

h[i]k[A]R[i]© ☂[x]O[x]O☂ said...

juz nice.. ;)

Ibnurashidi said...

salam..

entri yang baik untuk difikirkan.
Apapun, jemputlah bertandang ke blog saya. Boleh bertukar2 pendapat.

Related Posts with Thumbnails