Sunday, June 28, 2009

Tempias berita Micheal Jackson

"Heal The World"

There's A Place In
Your Heart
And I Know That It Is Love
And This Place Could
Be Much
Brighter Than Tomorrow
And If You Really Try
You'll Find There's No Need
To Cry
In This Place You'll Feel
There's No Hurt Or Sorrow

There Are Ways
To Get There
If You Care Enough
For The Living
Make A Little Space
Make A Better Place...

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me


If You Want To Know Why
There's A Love That
Cannot Lie
Love Is Strong
It Only Cares For
Joyful Giving
If We Try
We Shall See
In This Bliss
We Cannot Feel
Fear Or Dread
We Stop Existing And
Start Living

Then It Feels That Always
Love's Enough For
Us Growing
So Make A Better World
Make A Better World...

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

And The Dream We Were
Conceived In
Will Reveal A Joyful Face
And The World We
Once Believed In
Will Shine Again In Grace
Then Why Do We Keep
Strangling Life
Wound This Earth
Crucify Its Soul
Though It's Plain To See
This World Is Heavenly
Be God's Glow

We Could Fly So High
Let Our Spirits Never Die
In My Heart
I Feel You Are All
My Brothers
Create A World With
No Fear
Together We'll Cry
Happy Tears
See The Nations Turn
Their Swords
Into Plowshares

We Could Really Get There
If You Cared Enough
For The Living
Make A Little Space
To Make A Better Place...

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me

Deana's note: Mmm..selepas berita kematian MJ tersebar,rata-rata semua media memaparkan berita mengenai beliau. Bagi aku, semoga dia mati dalam Islam sebagai khabar angin yg mewar-warkan bhwanya MJ sudah masuk Islam sebelum ni. Aku sengaja letak lirik lagu ni kali ni sbb ak mmg da lama sudah lagu ni. Ia punya msg utk seluruh dunia,semua orang tanpa mengira bangsa dan agama.
tak tau nak cakap apa lagi..aku ni sibok je nak update sambil2 menunggu adik2 yg nak mendaftarkan diri ke kolej kediaman ni. advantage jugaklah utk org yg bertugas kat bhgn kaunter pendaftaran ni. ish ish ish...jgn contohi diriku yg tak bertauliah ni yer~~ (alvin sempat menjenguk kat blkg ak)

wasalam...

Saturday, June 13, 2009

Lada, Islam dan aku


Bismilahirrahman nir rahim..

Segala kesyukuran buat Tuhan Pencipta Alam, Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Besar..atas segala ni'mat iman dan Islam yang telah diberikan pada diri yang kerdil ini.
Selawat dan salam buat junjungan Rasul Teragung, Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat Baginda.
Bila saja aku membaca ayat-ayat dalam gambar di atas itu..terasa ada suatu 'tendangan' pada diri ini. "Benar..Benar... Aku YAKIN kepadaMU, ya Allah!!"

Hari ini, aku terlambat bangun. Dah bangun, ntah macamana aku boleh tertidur balik. Penat kot..atau sebab semalam aku sengaja menghadap laptop selagi ada line wireless hinggalah aku solat sunat sebelum tido. Benarlah kata orang, bila kita dekat dengan Allah (melalui solat), akan tenang hati kita. Itu yang berlaku pada aku.

Bingung? Lebih-lebih lagi dengan tajuk entri kali ni? Takpa.. nak tahu, baca terus je la.Heheh.

Lada
Dulu, jangan haraplah korang akan nampak aku makan lada, sos cili pun aku tak tahan. Tapi bila da start makan nasi ayam mak cik di rumah pangsa belakang sekolah sejak hujung Form 4, lada untuk nasi ayam dia tu taklah pedas sangat. Dan aku suka dan tak takut pedas pun bila makan nasi ayam dengan ladanya. Kawan2 pun jadi hairan.
Masuk universiti, kira oklah sebab aku dah boleh terima sos cili. Pegi restoran fast-food mahupun restoran biasa, boleh jer aku makan dengan sos cili. Dah tambah lagi, rupanya byk kwn2 yg rapat dgn aku ni "gila lada", x sah mkn kalo x pedas. Aku pun bila da cuba,kadang2 terikut juga makan pedas. Cumanya aku xlah gila pedas sgt cam dorg, sbb aku ttp kena control mkn lada disbbkn oleh gastrik aku.
the main point is.. aku kini dah biasa dgn lada. aku dah x takut dgn lada dan di rumah pn,kalau xda lada tp ada ayam goreng.. aku sndr sediakn lada sbb aku suka makan ayam goreng dgn lada.Heheh..

Islam dan aku
Aku mmg dilahirkan sebagai Muslim. Tp yalah, blh dikatakan itu hnyalah agama aku dr sejak lahir. Spt yg pernah aku titipkan dlm entri "Hidayah o hidayah" sblm ni..bkn sedikit org yg mmg lahir sbg Islam taking Islam for granted. Islam itu hanya warisan.. bukannya ad-din atau cara hidup spt yg sepatutnya. Tgklah kini yg mana bkn sedikit jg org Islam yg lbh b'pndgan sekular (m'asingkn agama dr kehidupan) mahupun liberalisme (kebebasan agama).
Sejujurnya aku dulu tdk menitikberatkan sgt pegangan Islam dlm hidup aku. Kurang ajaran2 al-Quran yg aku aplikasikan dlm kehidupan spt yg sepatutnya. Cumanya aku mmg minat belajar Pendidikan Islam masa di sekolah menengah dulu, biarpun jawi aku tunggang-langgang.. baca Quran pun tak ok.
Alhamdulillah,masuk universiti.. dengan sedikit bantuan rakan2 di sekeliling aku,aku mula mengenal Islam yg sepatutnya. Tiada siapa paksa aku, tapi hati aku sendiri ini yang tergerak mahu belajar solat biarpn da tua bangka.dr belajar basic solat, aku cuba bljr wirid2 dan zikir2, jg doa2. sndr bengang sbb tak pndai sgt dlm bab2 nak wirid & doa pas solat (pdhal xpayah ssh2 p0n..).
lama-kelamaan..mgkn inilah yg dikatakan sbg HIDAYAH ALLAH.tanpa aku sndr sangka, hati aku terbuka utk bertudung. skrg dan insyaAllah,sampai bila2 pun aku nak istiqomah. Syukur juga kepada Allah, kerana kini, aku lebih mengenal Islam sbg ad-din. Aku rasa tiada masalah dan terbuka untuk m'aplikasi ajaran Quran dan Sunnah dlm kehidupan, setakat yg aku mampu dlm satu2 masa.
Mgkn kalau masa hati aku itu terbuka utk m'dekati Islam tapi aku ambil sambil lewa dan tdk memperdulikannya, mgkn aku tdk jd hamba Allah sbgmana aku skrg.

Kesinambungannya?

Jadinya, kes aku dgn lada dan aku dgn Islam hampir sama..yg mana bila aku mula utk menerimanya sedikit demi sedikit, selagi tdk memudaratkan diri aku sndr, aku semakin familiar dgn lada mahupun Islam. Tentu sekali semua itu perlu kepastian. Dan cara untuk memastikan adalah dengan ujian.
Dengan lada, utk memastikan betulkah aku sudah pandai makan lada..tentulah aku kena cuba makan makanan dengan lada ataupun yg pedas.Kalau aku orait jer bila makan, kira aku dah oklah dengan makanan pedas.
Dengan Islam juga sama.. Allah akan menguji hamba2Nya utk dinilai sejauhmana tingkat iman dan taqwa seseorg itu. Sptmana dlm firmannya

Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?(29:2)

Ujian Allah
Seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah Al-Ankabut itu, semua orang akan dihadapkan dgn ujianNya. Adakalanya kita tidak sedar pun apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita itu adalah ujianNya. cthnya, bila pergi shopping mall. banyak fesyen2 baju yg terbaru. kita pun tertarik dgn baju2 itu tapi masalahnya baju2 itu pula x tutup aurat. jd akankah kita tetap membelinya (samada utk dipakai atau disimpan) ataupun lupakan saja tarikan itu atas dasar iman? kalo dilupakan saja tarikan kecantikan baju2 itu walaupun tdk menutup aurat atas dasar iman, insyaAllah..sekurang2nya terbuktilah kita ini berusaha utk istiqomah dlm menutup aurat. tapi kalo dibeli juga dan dipakai..ternyata,kita tdk istiqomah utk menutup aurat sedangkan itu adalah suruhan Allah & ajaran al-Quran. Bagaimana pula kalo sekadar beli tapi tdk dipakai (hanya disimpan..sekadar utk puaskn hati)? Hah, itukan membazir namanya. Membazir itu amalan syaitan, kawan...huhu.tak baik tau..!
Bila ujian itu sgt ketara dan kesannya kpd kita juga sgt terasa, baru kita sedari yg kita sdg dihadapkan dgn ujian ALlah.
Semakin tinggi tingkat taqwa, semakin hebat ujian yang diberikan. Sebabnya semakin hebat ganjaran di sebalik ujian itu~! Wahh... bukankah kita semua yg beriman ini (InsyaAllah) inginkan syurga yg paling tinggi tingkatnya? Sama sbgaimana semakin tingginya nilai sebuah permata itu bila semakin tinggi nilai kualitinya.

Bulatkan tekad
Semalam, aku sendiri juga menghadapi ujian yang bagi aku agak berat untuk aku lalui. Tapi sebagai org yg beriman kpd kitab Allah yakni AL-Quran,aku yakin dgn firman Allah dalam surah al-Baqarah;

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".(2:286)

Disebutkan dalam ayat 286 ini bahawasanya ALlah tdk membebankan seseorg melainkan dgn kesanggupannya.
Teringat aku pada suatu malam tika aku ber-chat dgn Selvi. Biarpun dia bukan seorg Muslim tapi dia faham akan prinsip aku terhadap Islam dan dia tetap menyokong aku. Dialah org yg m'ingtkan kpd diri aku utk tdk berputus asa biar sebyk mana pun ujian yg aku hadapi. Kata2nya yg aku ingt ialah, "U believe in ALlah,ryt? So,trust Allah and surely He'll be there for you..". SOmething macam tu lah yg dia taip. not the exact words,but at least dats wat it means.hehe.
My point is... biar apa ujian yg Allah bg kita, kita kenalah cari HIKMAH di sebalik ujian itu. Bagaimana nak cari? dgn USAHA,TAWAKAL dan DOA.
Dlm ayat 286 surah Al-Baqarah ini, kunci utk m'hadapi ujian yg diberikan kpd kita adlah dgn kesanggupan kita utk b'usaha m'cari jln penyelesaian yg sebaik2nya, berdoa kpd Allah dan bertawakal.
Bukan mudah utk aku hadapi ujian itu bilamana aku berhadapan dgn ahli keluarga aku sendiri yg tdk faham akan prinsip Islam yg sebenar,yg berlandasan al-Quran. Tidak payah lebih2, asas saja sudah cukup.. tdk perlulah sampai tahap sufi.. Mungkin ada silap dari pihak aku juga,Allahu ahlam.. mungkin perubahan aku dilihat 'agresif' mahupun 'extreme' oleh mereka. Silap aku juga mgkn sbb bg sesetgh org,perubahan aku itu "terlalu pantas".. tapi bila aku fikir untuk DIRI SENDIRI pula, aku mmg dah sedia utk berubah. Aku sendiri takut kalo aku tdk grab hidayah yg Allah bg aku ni,aku akan kehilangannya. cuma, moderation (kesederhanaan) terhadap org lain tu kena ada juga especially ahli keluarga aku sendiri yg kurang faham.
Jadi,kiranya aku kena juga usaha untuk cari jalan penyelesaian yang sebaik-baik... aku tetap kena bersangka baik dgn semua ahli kluarga aku,kena doakan mereka juga utk diri sendiri agar hidayah ini tetap terus menemani diriku sampai akhir hayat. usaha yg lain jg,bila ada peluang..aku cuba ckp dgn mana2 ahli kluarga aku agar dorg lbh fhm. yg pnting kena lbh slow down skit lah..
itulah sedikit sebanyak yg blh aku kongsikan dgn rakan2 semua. bukan mau memuji diri sndr mahupun meminta simpati,TIDAK, sekadar berkongsi dgn rakan2 semua dan agar kita sama2 blh ambil ikhtibar dlm kehidupan yg singkat ini. maaf andai byk yg aku perkatakan kali ni tunggang-langgang...byk sgt gangguan sbb anak2 buah aku sibuk memenuhi bilik aku dan menjadikannya mcm cyber cafe sbb semua pun sibuk nak main komputer desktop.alahai...
apa-apa pun, WALLAHU AHLAM...

Menanti....Ketika Cinta Bertasbih

Bismillahirrahman nir rahim..

Tidak sabarnya menanti filem Indonesia yang diambil dari novel Habiburrahman El-Shirazy (penulis novel Ayat-Ayat Cinta) iaitu Ketika Cinta Bertasbih. Moga kali ini filem ini lebih baik garapannya mengikut idea asal dalam novel tersebut berbanding AAC. Pergh, macamlah pandai kritik filem aku ni.He,he,he.Bah,yalah..bila lagi kan.
Anyway, kali ini aku sharekan dulu lagu tema filem ini. Best juga lagu nyayian Melly Goeslaw dan Amee ni. Kalau boleh mau saja aku share sekali trailer filem ni, tapi wireless connection aku ni agak limited..Bersyukur sajalah sbb dpt online. :)

Ketika Cinta Bertasbih


Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Wednesday, June 10, 2009

New Template..Alhamdulillah!!

Bismillahirrahman nir rahim.
Syukur ke hadrat Illahi atas kesempatan yang telah Dia berikan kepada aku untuk mengubah template blog aku yang kian terbiar ni. Syukur sangat2 sbb akhirnya aku jumpa juga satu website/blog yang punya template islamic juga mengajar beberapa editing in html spt 'read more' yang sudah mula aku aplikasikan pada entri baru aku ini. Antara fav. colour aku (purple) dengan bunga ros(signifikannya kerana nama aku ROSdianah) untuk template baru..
aku akhirnya pilih bunga ros/mawar ni.Saja nak tukar angin dari template PUTIH ke HITAM. Dan aku juga suka hadis yang memang disertakan dengan template ni. Untuk rakan-rakan yg mau tukar template Islamik, aku sgt menganjurkan/rekemen korg gi link ni (Free Islamic Blogger Templates)
Aite..itu saja buat malam ni.. banyak lagi yang aku nak ubah pada blog ni..pembaikan..Insya-ALLAH.

Tuesday, June 09, 2009

Cuti Deana yang......... ntah lah..

Bismillahirrahman nir rahim..

Dengan segala rahmat dan kasih sayang Allah..kembali juga jari-jemari aku ini menari-nari di atas keyboard laptop kesayangan. Syukur Alhamdulillah juga kerana ada line wireless di kawasan perumahan ini. Tanpa line wireless tu, jangan kata nak update blog..mau online masuk blog sendiri pun hanya mimpi aja. huhu..

Apa pun, sebelum meneruskan nukilan entri kali ni.. selawat dan salam buat junjungan besar Rasul teragung, Nabi Muhammad SAW beserta keluarga dan para sahabatnya. :)

Cuti semester kali ini hampir sampai ke penghujungnya buat empunya blog..tidak lama lagi, aku dan beberapa rakan seperjuangan akan sama-sama berusaha dalam Minggu Suai Mesra iaitu program orientasi untuk pelajar Tahun 1 nanti. Waaaaaah..tentu akan penat tapi itu semua pasti akan jadi pengalaman yang dapat mematangkan lagi diri ini sekiranya diambil secara positif.
Oh,well.. anything would be good materials in teaching us more about life as we grow up and getting mature, as long as we take it from the positive point of view. Even bad experience can be a good teacher in reminding us not to repeat the same mistake(s), wouldn't it?

Anyway.. minggu pertama cuti semester ini (selepas tamatnya minggu peperiksaan akhir), semua pelajar HK01 Kejuruteraan Awam sesi 2007/2008 (batch aku lah tu..) diwajibkan mengikuti Survey Camp (Kem Ukur). Survey Camp ni sebenarnya salah satu subjek yang kami ambil semester 4 yang lalu. Lokasi pilihan lecturer kali ini adalah Membakut Lake Eco Training Centre (harap2 tak terbalik namanya ni..hehe ^^;; ) ataupun MLECT (macam ngam jer initial ni.hehe). Huahhh... tak sangka aku, banyak juga benda baru yang aku belajar untuk diri sendiri. Contohnya cabaran untuk seorang Muslimah dalam berdepan dengan isu menutup aurat walaupun di kalangan rakan-rakan sekelas, juga dalam menjaga maruah sebenar seorang Muslimah yang memegang prinsip Islam.
Dalam isu menutup aurat tu, memang ada cabarannya buat kami yang menutup aurat. Kerana bukan saja bahagian bilik-bilik pelajar perempuan sebaris dengan barisan bilik-bilik pelajar lelaki, tetapi juga tindakan beberapa pelajar yang suka hati dorang jak pergi masuk ke bahagian pelajar yang berlainan jantina. Bukan setakat lelaki masuk bahagian perempuan,ketuk pintu untuk panggil pelajar perempuan yang dorang cari. Tapi ada juga pelajar perempuan yang masuk ke dalam bilik pelajar lelaki. Bukan pelajar perempuan yang Muslim seperti aku saja yang tidak suka, ada juga rakan pelajar perempuan yang non-Muslim tidak suka. Alih-alih masa tukar baju, rakan sebilik buka pintu.. didapati ada pula pelajar lelaki berdiri di luar,depan pintu. Kan bahaya tu. Bila disuarakan kepada lecturer kitorang, dia pun terkejut juga sebab tidak menyangka pihak MLECT akan bagi bilik pelajar lelaki dan perempuan begitu dekat. Semoga selepas ini, pihak yang berwajib kenalah check betul-betul.
Bagi aku, inilah first time pergi camping sebagai Muslimah yang kena menjaga diri lebih-lebih lagi bab menutup aurat. Biasalah, kalau dulu.. gi PLKN pun masih free-hair,pakai seluar paras lutut pun tak kisah. Tapi sekarang, aku kenalah belajar cara Islam yang sebaik-baiknya. Bak kata kawan baik aku sebelum bertolak (bila aku minta pandangan tentang berapa banyak pakaian aku kena bawa.haha!), "..bukan apa, awak tu Muslimah. Kenalah jaga diri awak yang dikurniakan oleh Allah dengan baik-baik." Something macam tu lah yang dia cakap dalam SMS-nya. Jadinya, bila mau pergi tandas pun yang sebaris juga dengan bilik kitorang, memang kena tutup aurat juga. Alhamdulillah, aku bersyukur sebab inilah peluang untuk aku praktikkan apa yang aku telah pelajari dan cuba pegang sampai dunia akhirat, Insya-Allah.

Itu cerita awal-awal cuti yang lalu... Kini, aku di rumah saja. Sedih juga mengenangkan sahabat-sahabat yang sibuk dengan pelbagai program di luar sana. Aku? Dengan program buatan sendiri lah.. program baca novel Islamik. Itupun kira-kira 2 minggu yang lalu,rasanya. Huhu..

Pada suatu Jumaat yang damai.. aku keluar dengan salah seorang kawan baik aku,iaitu Selvi. Cerita skit pasal dia ni (rasanya tak pernah lagi cerita pasal dia.hehe, lagipun aku boring sekarang..).. kami berkawan sejak taska lagi. Sejak umur 4-5 tahun macam tu lah. Sampai sekarang. Tapi dulu aku ni, jajal (bahasa orang sabah: nakal). tambah lagi, tomboy. oh-ho.. biasalah bila kat sekolah ada seorang dua saja pelajar India,ada juga diskriminasi antara kitorang yang budak-budak ni. Ish ish..tak patut betullah. Aku ni pun,apa kurang.. selalu juga buli si Selvi (kami masuk kelas yang sama kembali semasa darjah 4 hinggalah Form 5). Nasib baik lah dia ni penyabar. Allah itu Maha Adil, mungkin Allah memang nak aku 'taste my own medicine' lah, bilamana aku ditakdirkan berkawan baik dan ber-geng juga dengan Selvi ni. Hehe. Masih banyak kali juga aku buli dia sampai Form 5,kadang-kadang benda remeh-temeh pun kami berdebat macam dalam persidangan PBB yang melibatkan isu global. Nyaha! Tapi tulah, Allah lebih Maha Mengetahui.. sekarang ni,biar prinsip kami lain-lain.. tapi Selvi juga kawan baik aku yang agak memahami aku banding orang lain.
So,balik ke cerita pasal hari Jumaat tu.. sengaja aku bawa duit poket lebih dengan SATU tujuan.. beli novel Islamik. Memang "Islamic Novel Shopping Spree" betul aku pada hari tu. Sampai 5-6 buah novel juga yang aku beli hari tu. Antaranya Tautan Hati, Matahari di Bawah Gilli, Hidayah Cinta, etc (aku lupa daaah...). 2 tajuk pertama yang aku sebut tu belum dibaca habis lagi.. hehe. Sebab berhabis aku baca 2-3 novel straight pas dah beli tu. Nanti aku bagi review lah buku-buku yang aku dah baca tu. Alhamdulillah, library kecil aku pun dah hampir penuh terisi dan yang pasti aku mestilah pastikan semua buku-buku tu dibaca habis,walau sekali.

Dahlah.. sudah berkulat rasanya entri ni sebab sudah ditaip pun,masih tidak di-post. ada masalah sikit.. (selalu jak ada masalah kalau dengan aku.hihi)

Ada cerita yang aku nak kongsi tapi mungkin entri yang seterusnya lah ya~~
Related Posts with Thumbnails