Tuesday, June 09, 2009

Cuti Deana yang......... ntah lah..

Bismillahirrahman nir rahim..

Dengan segala rahmat dan kasih sayang Allah..kembali juga jari-jemari aku ini menari-nari di atas keyboard laptop kesayangan. Syukur Alhamdulillah juga kerana ada line wireless di kawasan perumahan ini. Tanpa line wireless tu, jangan kata nak update blog..mau online masuk blog sendiri pun hanya mimpi aja. huhu..

Apa pun, sebelum meneruskan nukilan entri kali ni.. selawat dan salam buat junjungan besar Rasul teragung, Nabi Muhammad SAW beserta keluarga dan para sahabatnya. :)

Cuti semester kali ini hampir sampai ke penghujungnya buat empunya blog..tidak lama lagi, aku dan beberapa rakan seperjuangan akan sama-sama berusaha dalam Minggu Suai Mesra iaitu program orientasi untuk pelajar Tahun 1 nanti. Waaaaaah..tentu akan penat tapi itu semua pasti akan jadi pengalaman yang dapat mematangkan lagi diri ini sekiranya diambil secara positif.
Oh,well.. anything would be good materials in teaching us more about life as we grow up and getting mature, as long as we take it from the positive point of view. Even bad experience can be a good teacher in reminding us not to repeat the same mistake(s), wouldn't it?

Anyway.. minggu pertama cuti semester ini (selepas tamatnya minggu peperiksaan akhir), semua pelajar HK01 Kejuruteraan Awam sesi 2007/2008 (batch aku lah tu..) diwajibkan mengikuti Survey Camp (Kem Ukur). Survey Camp ni sebenarnya salah satu subjek yang kami ambil semester 4 yang lalu. Lokasi pilihan lecturer kali ini adalah Membakut Lake Eco Training Centre (harap2 tak terbalik namanya ni..hehe ^^;; ) ataupun MLECT (macam ngam jer initial ni.hehe). Huahhh... tak sangka aku, banyak juga benda baru yang aku belajar untuk diri sendiri. Contohnya cabaran untuk seorang Muslimah dalam berdepan dengan isu menutup aurat walaupun di kalangan rakan-rakan sekelas, juga dalam menjaga maruah sebenar seorang Muslimah yang memegang prinsip Islam.
Dalam isu menutup aurat tu, memang ada cabarannya buat kami yang menutup aurat. Kerana bukan saja bahagian bilik-bilik pelajar perempuan sebaris dengan barisan bilik-bilik pelajar lelaki, tetapi juga tindakan beberapa pelajar yang suka hati dorang jak pergi masuk ke bahagian pelajar yang berlainan jantina. Bukan setakat lelaki masuk bahagian perempuan,ketuk pintu untuk panggil pelajar perempuan yang dorang cari. Tapi ada juga pelajar perempuan yang masuk ke dalam bilik pelajar lelaki. Bukan pelajar perempuan yang Muslim seperti aku saja yang tidak suka, ada juga rakan pelajar perempuan yang non-Muslim tidak suka. Alih-alih masa tukar baju, rakan sebilik buka pintu.. didapati ada pula pelajar lelaki berdiri di luar,depan pintu. Kan bahaya tu. Bila disuarakan kepada lecturer kitorang, dia pun terkejut juga sebab tidak menyangka pihak MLECT akan bagi bilik pelajar lelaki dan perempuan begitu dekat. Semoga selepas ini, pihak yang berwajib kenalah check betul-betul.
Bagi aku, inilah first time pergi camping sebagai Muslimah yang kena menjaga diri lebih-lebih lagi bab menutup aurat. Biasalah, kalau dulu.. gi PLKN pun masih free-hair,pakai seluar paras lutut pun tak kisah. Tapi sekarang, aku kenalah belajar cara Islam yang sebaik-baiknya. Bak kata kawan baik aku sebelum bertolak (bila aku minta pandangan tentang berapa banyak pakaian aku kena bawa.haha!), "..bukan apa, awak tu Muslimah. Kenalah jaga diri awak yang dikurniakan oleh Allah dengan baik-baik." Something macam tu lah yang dia cakap dalam SMS-nya. Jadinya, bila mau pergi tandas pun yang sebaris juga dengan bilik kitorang, memang kena tutup aurat juga. Alhamdulillah, aku bersyukur sebab inilah peluang untuk aku praktikkan apa yang aku telah pelajari dan cuba pegang sampai dunia akhirat, Insya-Allah.

Itu cerita awal-awal cuti yang lalu... Kini, aku di rumah saja. Sedih juga mengenangkan sahabat-sahabat yang sibuk dengan pelbagai program di luar sana. Aku? Dengan program buatan sendiri lah.. program baca novel Islamik. Itupun kira-kira 2 minggu yang lalu,rasanya. Huhu..

Pada suatu Jumaat yang damai.. aku keluar dengan salah seorang kawan baik aku,iaitu Selvi. Cerita skit pasal dia ni (rasanya tak pernah lagi cerita pasal dia.hehe, lagipun aku boring sekarang..).. kami berkawan sejak taska lagi. Sejak umur 4-5 tahun macam tu lah. Sampai sekarang. Tapi dulu aku ni, jajal (bahasa orang sabah: nakal). tambah lagi, tomboy. oh-ho.. biasalah bila kat sekolah ada seorang dua saja pelajar India,ada juga diskriminasi antara kitorang yang budak-budak ni. Ish ish..tak patut betullah. Aku ni pun,apa kurang.. selalu juga buli si Selvi (kami masuk kelas yang sama kembali semasa darjah 4 hinggalah Form 5). Nasib baik lah dia ni penyabar. Allah itu Maha Adil, mungkin Allah memang nak aku 'taste my own medicine' lah, bilamana aku ditakdirkan berkawan baik dan ber-geng juga dengan Selvi ni. Hehe. Masih banyak kali juga aku buli dia sampai Form 5,kadang-kadang benda remeh-temeh pun kami berdebat macam dalam persidangan PBB yang melibatkan isu global. Nyaha! Tapi tulah, Allah lebih Maha Mengetahui.. sekarang ni,biar prinsip kami lain-lain.. tapi Selvi juga kawan baik aku yang agak memahami aku banding orang lain.
So,balik ke cerita pasal hari Jumaat tu.. sengaja aku bawa duit poket lebih dengan SATU tujuan.. beli novel Islamik. Memang "Islamic Novel Shopping Spree" betul aku pada hari tu. Sampai 5-6 buah novel juga yang aku beli hari tu. Antaranya Tautan Hati, Matahari di Bawah Gilli, Hidayah Cinta, etc (aku lupa daaah...). 2 tajuk pertama yang aku sebut tu belum dibaca habis lagi.. hehe. Sebab berhabis aku baca 2-3 novel straight pas dah beli tu. Nanti aku bagi review lah buku-buku yang aku dah baca tu. Alhamdulillah, library kecil aku pun dah hampir penuh terisi dan yang pasti aku mestilah pastikan semua buku-buku tu dibaca habis,walau sekali.

Dahlah.. sudah berkulat rasanya entri ni sebab sudah ditaip pun,masih tidak di-post. ada masalah sikit.. (selalu jak ada masalah kalau dengan aku.hihi)

Ada cerita yang aku nak kongsi tapi mungkin entri yang seterusnya lah ya~~

No comments:

Related Posts with Thumbnails