Thursday, November 20, 2008

Hijrah menuju Allah

Bismillahi Rahman nir Rahim..

Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

c/o
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah


Lagu dari Devotees ni byk mengingatkan sy pada mula2 sy cuba untuk m'dlmi Islam sebaik2 dan sedlm2 (semampu diri lah) sblm ini. Sy mmg berminat hal2 keagamaan walaupun secara jujurnya sblm ini sy kurang mengamalkan Islam dalam cara hidup. Tudung pun x pakai (Alhamdulillah,doakan sy istiqamah menutup aurat sehingga ke akhir hayat). Keluarga sy pun mmg x menitikberatkan sgt pasal Islam. Solat? Sehinggalah sy masuk universiti sethn yg lalu, barulah akhirnya sy pandai solat sebaik2nya (INSYAALLAH).
Subnallah,syukur pada Allah kerana telah memberikan hidayahNya kepada sy.Bukan setakat hidayah, tetapi juga kekuatan untuk melaksanakan ibadat kepadaNya scr IKHLAS. Bg sy (ini adalah pendapat sy sendiri), hidayah saja tidak cukup tanpa kekuatan hati untuk benar2 berhijrah kepada Allah. Hati kita sentiasa berbolak-balik, sbb tu lah kita dianjurkan untuk berdoa kpd Allah supaya pegang hati kita (tetapkn hati kita dlm keimanan dan keteguhan dlm Islam).

Keadaan sekeliling merupakan antara faktor yg menguji kekuatan hati kita utk terus b'hijrah kpd Allah. Pengalaman sendiri..semasa mula2 ingin berhijrah aurat (memakai tudung) tu,kluarga sy sendiri kurang selesa dgn perubahan sy. sampai tahap sy cuma dibenarkan memakai tudung di kampus saja tapi bukan di luar kampus. punyalah terasa bagaikan pecah luluh hati ini. Nasib baik lah Allah kuatkan hati sy dlm m'hadapi ujian itu. Juga dgn kurniaanNya..sahabat2 yg sentiasa menyokong dan memberi nasihat. Alhamdulillah sehingga skrg sy memakai tudung dan Alhamdulillah juga,tanpa disedari.. sy sudah mula pakai tudung yg lbh labuh dr biasa. :) semuanya dgn kekuatan hati (maaf,sy benar2 bukan berniat ingin riak atau minta puji ka apa) dan bantuan dr Allah, dgn berdoa kpdNya scr ikhlas dan istiqamah. spt mana dlm lagu ini.. pada bhgn chorusnya:

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu


Allah juga berfirman:
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku menerima doa kamu." (surah Ghafir:60)

itu saja lah buat kali ini.. tertangguh2 sudah post ini utk disiapkan (agak byk halangan semasa menaip entri kali ni.hehe). Alhamdulillah.. sy doakan kita semua dpt trus ikhlas dan istiqamah utk berhijrah lbh dkt kpd Allah SWT. InsyaAllah.

wallahu ahlam~

No comments:

Related Posts with Thumbnails