Friday, February 19, 2010

post entri yang sepatutnya dikuarkan pada 26/12/2008

Bismillahirrahman nir rahim..

peringatan.. untuk semua dan diriku sendiri juga,terutamanya di musim cuti ini.

“Diriwayatkan dari Isa bin Yunus al-Ramliy , dari Uqbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma’afiriy dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda : Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiyamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan.Kata Tsauban kepada Nabi : Wahai rasululLah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak menegtahuinya.Nabi memberitahu : Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan (bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia)”

Riwayat Ibn Majah no 4245, Kata al-Munziri perawi-perawinya adalah thiqat .Dikeluarkan olej al-Rawiyyaniy no 651, al-Tabaraniyy dalam al-Awsat no 4632 , al-Saghier no 662 dan al-Dailamiyy dalam Musnadnya no 7715 .Dinilai sebagai sahih oleh al-Albaniy

sumber: didapati dari blog Uztaz Zahazan Mohamed :)

daripada Deana: Baru petang tadi berbicara dengan sahabatku yang sudah lama tdk dgr kabar beritanya.. rindunya aku pada semua sahabat2.. Seronok bila dpt berbicara dgnnya terutamanya tika membincangkan isu2 agama. Ya Allah,moga Kau tambahkanlah sahabat sahabiah ku yang soleh!
Tika berbicara tadi,barulah sahabat aku ni tau yang sepanjang musim cuti ni..aku xda aktiviti rasmi di luar rumah. terperap saja di rumah. Bila teringat sahabat2 lain yg sibuk berprogram,jelesnya aku~ aku pun mau!! tapi apakan daya; blm rezeki aku kot.. jujur & terus-terang aku nyatakan,aku blm rapat lagi dgn bdk2 surau @ masjid (asif jiddan,no offence!!!) walaupun diri ini sudah mcm dicop 'budak surau' jugak semasa pilihanraya JAKMAS sem lalu. tapi Alhamdulillah, skrg ni adalah juga rakan2 rapat aku yg merupakan budak2 surau @ masjid. Aku betul2 gembira berkwn dgn mereka2 ini. Sbb aku sntiasa dpt m'ingtkn diri sendiri utk meningkatkan amalan & m'perbaiki diri apabila bersama sahabat2 ini.
Huh.. apa yang aku taip ni?? aisese..sudah lari dari landasan tul lah aku nie...

Pada aku sendiri.. melalui hadis di atas,kita dapat melihat betapa pentingnya rakan2 di sekeliling kita. TAPI..ingat..!!!! bukan sembarang kawan tau.. rakan yang baik adalah rakan yg sentiasa mengingatkan kita pada Allah SWT. Menegur kesalahan kita dgn hikmah,walaupun the truth's hurt.

Wednesday, February 17, 2010

hiatus


Bismillahirrahman nir rahim..

Alhamdulillah.. I've been given yet another chance to online and type something in this blog of mine.


If you notice, I am obviously trying to change my blog's templates at the moment.
It is seriously giving me headache since I am also working to gather all the informations and anything related to the works of JAKMAS E Secretary into a CD. Easier for me to pass it to anyone who will become the next Secretary.

For the time being.. this blog is under HIATUS. be back soon!! huhu~

Saturday, February 13, 2010

Makan Besar @ Chinese New Year Eve

Bismillahirrahman nirrahim~

Alhamdulillah,sampai juga aku ke rumah akhirnya.Hampir 45 minit jantung yang dianugerahkan oleh Allah ini ber-dupdap tanpa henti. Otak pula sekali-sekala membayangkan diri sendiri begitu dan begini. Fuh, benar-benar bersyukur dan lega bila bibir menitikan salam sejathera 'Assalamualaikum' buat keluarga di rumah seraya tangan menghulurkan salam kepada Bapa.

Bukan fobia mebuta-tuli
Apa yang aku titipkan di atas bukanlah fobia semata-mata. Cumanya aku sedikit 'trauma' bila memandu terutamanya bila kena memandu laju dan membelok kiri kanan (ataupun memotong). Kejadian awal pagi kelmarin masih membuatkan diri aku kecut. Huhu, biarlah aku, Wani (roommate aku) dan orang yang berada dalam kereta aku pada waktu itu saja yang tahu buat masa kini. Kalau ada yang memang aku dah bagitau, nasib baik badan korang lah. Hehe. Wops..sudah keluar tajuk pulak daaaaa.... aiya ya..


Makan Besar di rumah
Seperti kebiasaan pada setiap tahun, menjelangnya Tahun Baru Cina (Chinese New Year Eve) akan ada Makan Besar. Bukan bermaksud makan banyak-banyak.. tapi makan ramai-ramai.Heheh. Selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu, kali ini kami sekeluarga berkumpul lagi di rumah di Lok Kawi dan bersama-sama menjamu selera. Mungkin bagi sahabat-sahabat yang tidak tahu, kami sekeluarga berbuat demikian kerana mengambil tradisi orang Cina yang menyambut Tahun Baru Cina setiap tahun. Sebabnya, Mama aku adalah muallaf cina. Muslimah Cina. :) Kami tidak menyambutnya sepertimana orang Cina, cuma mengambil sedikit adat yang bagi aku tidak bertentangan dengan syarak. InshaAllah.
Sememangnya aku sangat gembira bila Bapa,Mama, kami 4 beradik bersama keluarga masing-masing (*ehem* kecuali aku yang belum berkeluarga) berkumpul bersama.
Pada tahun ni, yang paling best mestilah sebab adanya Danish. Biar sudah agak lama tidak bertemu, kami tetap rapat. Alhamdulillah.

Asimilasi
Sesungguhnya Islam itu tidak rigid. Dalam konteks negara Malaysia, seseorang Islam itu tidak mestinya orang Melayu sahaja. Tetapi orang Melayu mestilah seorang Islam (ini adalah antara definisi orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia). Maksudnya di sini, tidak mustahil seorang Islam itu adalah seorang India, Cina, Arab, Jepun, Barat sekalipun. Makanya, tentu sekali dalam Islam terdapat banyak budaya daripada bangsa-bangsa penganutnya.
Jadi, rasanya tidak salah sekiranya kita asimilasikan adat dan budaya bangsa kita dengan/kepada Islam. Untuk entri kali ini, aku kaitkan terus kepada adat/tradisi 'makan besar' menjelang tahun baru cina ni.
Maklum bahawa family gathering tika menjelang Tahun Baru Cina merupakan satu kemestian. Samalah juga semasa menyambut Aidilfitri. Pasti ibu dan ayah ternanti-nantikan kemunculan anak,cucu serta sanak saudara yang lain untuk sama-sama meraihkan perayaan tersebut.
Dunia pada dewasa kini pula semakin menuntut manusia agar lebih bekerja keras, hinggakan masa untuk berkumpul bersama keluarga menjadi terhad. Sedangkan aku yang menuntut pengajian di universiti dalam negeri kelahiran aku sendiri pun agak jarang dapat balik ke rumah, bayangkan yang sememangnya di luar negeri mahupun negara. Luar planet tiada lah kan..hehe. Bila waktu cuti, itulah kesempatan aku untuk bersama keluarga. Sedikit sebanyak, ada peluang.. aku cuba berdakwah secara halus pada ahli keluargaku.
Apa yang aku ingin katakan di sini, elemen "family gathering" pada adat/tradisi Makan Besar ini boleh dimanfaatkan dalam Islam. Saudara seIslam yang berbangsa Cina tidak perlu 'membuang' semua tradisi bangsa mereka setelah memeluk agama Islam. Begitu juga dengan saudara seIslam bangsa-bangsa lain.
Pusing kiri kanan,depan belakang.. bila aku katakan asimilasikan adat/tradisi bangsa kita dengan Islam; maksud aku adalah kita ambil adat/tradisi selagi tidak melanggar syarak. aisehmen..memang sudah tunggang-langgang dah apa yang aku mahu sampaikan ni. Hmm..inilah kejadah sebab tidak tidur-tidur lagi.huhu.

Akhir kata sebelum mata terlelap buat malam ini..
Selagi mana sesuatu adat ataupun tradisi dalam sesuatu bangsa itu tidak melanggar syarak, tidak salah rasanya untuk kita sama-sama melaksanakannya. Islam itu syumul dan indah. Tidak bermaksud bila seseorang yang berbangsa Cina, India, Kadazan, Iban etc etc yang memeluk Islam perlu menjadi orang yang berbangsa Melayu ataupun Arab setelah itu. Yang penting, jangan sampai kita asimilasikan Islam pula ke dalam adat/tradisi kita. Maksud aku di sini, jangan sampai Islam kita itu kerana warisan semata-semata tapi jadilah seorang Islam yang islam (tunduk dan patuh kepada Allah). wallahu ahlam bissowab~ :)

p.s: terdengar dan nampak sekejap bunga api dan mercun dari luar bilik aku. bila dah lama sangat menjenguk ke luar bilik,baru perasan.. Subhanallah..cantik sungguh langit yang berhiaskan bintang-bintang di luar sana.. ^__^ Saa te ne, minna-san~ Oyasumi nasai!

Tuesday, February 09, 2010

14 Februari : Hari Apakah Itu Bagi Seorang Muslim?

courtesy of:: www.iLuvislam.com
Abu Saif *
editor : everjihad

Perayaan adalah sesuatu yang mengiringi fitrah kehidupan manusia. Ia adalah hari manusia memecahkan rutin kehidupan dengan melakukan sesuatu yang dikhususkan pada hari berkenaan dengan tujuan yang pelbagai. Kerana itulah, setiap bangsa manusia mempunyai perayaan mereka yang tersendiri. Ia disambut dengan pelbagai cara, dengan sebab, “˜sempena”™ dan matlamat yang berbeza-beza.

Islam sebagai cara hidup fitrah yang telah Allah sempurnakan ciri-ciri dan kemampuannya, turut menggariskan perayaan bagi umatnya. Sebagai umat Islam, perayaan turut menjadi salah satu cabang hidup yang mesti kita tempuhi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Hadith Abu Daud yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A secara jelas menegaskan bahawa Allah SWT telah memperuntukkan bagi umat Islam dua perayaan bagi menggantikan segala bentuk keraian yang diwarisi dari zaman jahiliah dan sumber yang tidak Islam. Dua perayaan berkenaan adalah Aidilfitri dan Aidiladha. Inilah dua hari yang bukan sahaja menjadi hari perayaan, bahkan Allah SWT menuntut kita agar tidak alpa dari me”raya”kannya. Puasa yang menjadi ibadah yang dipuji Allah, diharamkan pada dua hari berkenaan supaya umat Islam menyambutnya dengan sempurna dan tidak berlebih-lebihan di dalam ibadah sehingga ia “˜disangka taqwa”. Akan tetapi, dengan pertemuan Islam bersama bangsa lain, dan nilai iman yang corot, umat Islam mula meniru amalan yang tiada kena mengena dengan agamanya. Apatah lagi di dalam keadaan mereka yang bermastautin di negara bukan Muslim.



Di suatu ketika, seorang sahabat Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang dahulunya seorang Nasrani, iaitu ‘Adi bin Hatim radhiyallaahu ‘anhu, bertanya kepada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Siapakah yang dimaksudkan dengan al-maghdhoob ‘alayhim (golongan yang dimurkai Allah) seperti yang tersebut di dalam surah al-Fatihah? Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab, “mereka itu adalah Yahudi”. Adi bertanya lagi: siapakah pula yang dimaksudkan sebagai al-dhaalloon (golongan yang sesat) itu? Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab, “mereka itu adalah Nasrani”. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad serta dinilaikan sebagai sahih.

Biar pun pada aqidah kepercayaan kaum Yahudi itu ada sesatnya, namun mereka lebih menonjol sebagai golongan yang banyak menimbulkan kerosakan yang mengundang murka Allah. Begitu juga dengan kaum Nasrani, walaupun terdapat juga perlakuan mereka yang merosakkan dan mencetuskan murka Allah, namun mereka lebih menonjol sebagai kaum yang mendatangkan kepercayaan yang sesat dan mengelirukan. Justeru Yahudi disimbolkan sebagai KAUM YANG DIMURKAI-NYA, manakala kaum Nasrani pula dilabelkan sebagai KAUM YANG SESAT.

Setiap hari, seorang Muslim bersolat dan membaca Surah al-Fatihah berulang-ulang kali. Pengulangan ini merupakan sebab mengapa surah al-Fatihah dinamakan juga sebagai al-Sab’u al-Mathaani yang bermaksud 7 ayat yang diulang-ulang. Pengulangan berlaku dalam kehidupan kita apabila ia merupakan sesuatu yang amat penting, teras dan dasar yang manusia tidak boleh hidup tanpanya. Kerana itu kita diajar, dipaksa malah mungkin dirotan agar mengulang-ulang hafalan kita terhadap sifir di dalam Matematik, kerana sifir itu adalah teras dan dasar ilmu pengetahuan yang kita sulit hidup tanpanya.

Di dalam surah al-Fatihah yang diulang-ulang sebanyak 17 kali sehari itu, kita berulang kali merayu kepada Allah Subhanahu wa Ta’aala agar mengekalkan diri di dalam petunjuk-Nya, hidup sebagai sebahagian daripada alladheena an’amta ‘alayhim (golongan yang Engkau kurniakan nikmat ke atas diri mereka). Golongan ini diterangkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala di dalam surah al-Nisaa’ ayat 69 sebagai:

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)” [al-Nisaa’ 4: 69]

Berusaha untuk menjadi kaum yang beroleh rahmat dan karunia nikmat dari Allah, tidak sempurna jika sekadar mengejar Islam, tanpa menolak dan menghindarkan diri daripada lawan Islam iaitu Jahilillah. Sebagaimana kita berulang kali memohon hidayah-Nya, kita juga berulangkali mengisytiharkan penolakan kita kepada cara hidup kaum yang dimurkai Allah dan cara hidup kaum yang sesat dan bingung kepercayaannya. Itulah intipati erti jati diri seorang Muslim. Tersendiri pada kepercayaan dan cara hidupnya. Istimewa dan unik mengatasi kaum yang bersalut murka dan dusta.

“Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya”
(Hadith riwayat al-Baihaqi dan dinilaikan sebagai sahih oleh al-Albani)

Ketinggian Islam itu bukanlah terletak pada nasab keturunan, bersikap hidung tinggi merasakan diri sebagai kaum pilihan Tuhan, tanpa sebarang nilai dan pengorbanan. Tingginya Islam adalah pada keluhuran prinsipnya dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya, serta hubungan manusia sesama manusia. Islam menjelaskan dengan terang dan nyata akan erti hablun Minallaah, Islam menghuraikan Aqidah dengan luhur dan jelas sandaran. Islam juga memuliakan manusia dengan meninggikan keistimewaan manusia iaitu pada akal fikirannya. Justeru tidak tahyul dan pemaksaan kepercayaan kepada kita dalam melengkapkan diri sebagai seorang Muslim. Semuanya jelas dan luhur, serta mampu dipercayai oleh seorang manusia dan upaya dirinya.

Itulah Islam.

Bukan sahaja memurnikan jalan berTuhan dalam kehidupan, Islam juga mengatur hubungan manusia sesama manusia dengan sebaiknya. Islam menganjurkan perbuatan baik dan perkongsian manfaat sesama manusia, memuliakan keadilan, mengharam serta memerangi kezaliman dan penindasan.

Itulah Islam.

Kemuliaan yang bukan sebagai sebuah hadiah pemberian, tapi ganjaran atas mujahadah dan pengorbanan kita mencari kemuliaan itu. “Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya” (Hadith riwayat al-Baihaqi dan dinilaikan sebagai sahih oleh al-Albani)

Ketinggian Islam itu bukanlah terletak pada nasab keturunan, bersikap hidung tinggi merasakan diri sebagai kaum pilihan Tuhan, tanpa sebarang nilai dan pengorbanan. Tingginya Islam adalah pada keluhuran prinsipnya dalam mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya, serta hubungan manusia sesama manusia. Islam menjelaskan dengan terang dan nyata akan erti hablun Minallaah, Islam menghuraikan Aqidah dengan luhur dan jelas sandaran. Islam juga memuliakan manusia dengan meninggikan keistimewaan manusia iaitu pada akal fikirannya. Justeru tidak tahyul dan pemaksaan kepercayaan kepada kita dalam melengkapkan diri sebagai seorang Muslim. Semuanya jelas dan luhur, serta mampu dipercayai oleh seorang manusia dan upaya dirinya.

Itulah Islam.

Bukan sahaja memurnikan jalan berTuhan dalam kehidupan, Islam juga mengatur hubungan manusia sesama manusia dengan sebaiknya. Islam menganjurkan perbuatan baik dan perkongsian manfaat sesama manusia, memuliakan keadilan, mengharam serta memerangi kezaliman dan penindasan.

Itulah Islam!

Kemuliaan yang bukan sekadar sebagai sebuah hadiah pemberiaan, tapi ganjaran atas mujahadah dan pengorbanan kita mencari kemuliaan itu. Perayaan-perayaan bukan Islam seperti Hari Krismas dan Hallowen saling mengunjungi, bukan sahaja dengan sebutan-sebutan mulut malah turut hadir bersama jualan murah di kedai-kedai, promosi besar-besaran di media dan hiasan-hiasan di sepanjang jalan. Semua itu sudah tentu menjadi perang psikologi, sehinggakan mereka yang tidak turut serta, boleh terasa janggal, dicemuh sebagai “anti sosial” atau apa-apa label yang kurang menyelesakan. Tidak lama lagi, Hari Valentine pula muncul. Anak-anak muda, malah mungkin juga yang sudah “out of season” sedang menanti apakah surprise yang bakal disediakan oleh insan tersayang, menjelang 14- Februari akan datang. Apa kata, 14 Februari ini kita sediakan surprise yang paling bermanfaat, iaitu penjelasan berikut:

Di dalam sepotong Hadith yang terdapat di dalam Sunan Abi Dawood, Rasulullah SAW telah bersabda,

“Barangsiapa yang meniru atau berkumpul meramaikan sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka”

Menjelang 14 Februari, kaum Nasrani dan masyarakat Barat sibuk meraikan Hari Valentine. Hari Kekasih yang disandarkan secara sejarahnya kepada Valentine of Rome, peristiwa mengenang Saint Valentine yang dikebumikan di Via Flaminia sekitar tahun 269M. Hari Valentine yang mengalami pelbagai penafsiran di sepanjang sejarah Eropah Moden akhirnya menjadi hari memuja kekasih, tidak terhad hanya kepada nilai, cara hidup dan kaum Nasrani di Barat, malah akhirnya menyerap sebagai budaya kaum Asia. Malang sekali, ritual yang tidak punya sebarang kaitan dengan kita sebagai kaum Muslimin, sedikit demi sedikit terserap sebagai budaya dan amalan anak-anak muda kita. Perlu ditegaskan, seorang suami berkewajipan menghargai sang isteri, begitu juga seorang isteri terhadap suaminya. Ia adalah sebesar-besar ajaran Islam. Namun penghargaan yang ingin diberi, telah ada caranya menurut ajaran Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Tidak seharusnya kita mengambil ritual kaum lain, apatah lagi dosa di atas dosa, tatkala penghargaan itu adalah pada sebuah perhubungan di luar akad perkahwinan!

Para kekasih dan teman akrab, pada hari itu, akan saling menjadi musuh di antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa” [al-Dzukhruf 43: 67]

Para kekasih yang berkasih dalam belenggu dosa, kasihnya hanya hiasan nafsu di dunia. Di akhirat kelak, tatkala para kekasih ini berdepan dengan keputusan Allah ke atas mereka, setiap seorang akan bermusuhan dengan orang yang pernah dikasihinya, kerana masing-masing mahu menyelamatkan diri. Hanya yang bertaqwa sahaja beroleh jemputan berikut:

Mereka – yang bertaqwa – itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): “Wahai hamba-hamba-Ku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita”.(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,


(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan” [al-Dzukhruf 43 : 68-4-70]

Jika mahu membalas cinta, balaslah dengan cara yang menyampaikan dua kekasih itu ke syurga. Bukan cinta berbalas dosa.Bukanlah soal bunga ros atau sekeping kad itu yang menjadi persoalan, tetapi kemusnahan jati diri sebagai seorang Muslim, dan sikap terhegeh-hegeh meniru segala yang datang daripada Barat itulah yang menjadi persoalannya.


Syaikhul Islam Ibnu Taymiah menulis di dalam kitabnya Iqtidha al-Sirat al-Mustaqeem (jilid 1, muka surat 470) menyebut, “Terdapat beberapa noktah penting yang mesti diberi perhatian apabila kita membincangkan tentang perayaan dan hari kebesaran golongan bukan Islam. Pertama; perayaan, hari kebesaran dan amalan adalah peraturan, undang-undang dan cara hidup dalam konteks yang luas. Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran, “Bagi setiap umat itu telah Kami jadikan bagi mereka amalan yang mereka ikuti.” (Al-Hajj: 67) .

Tiada bezanya menyertai mereka di dalam perayaan dengan meyertai mereka di dalam amalan-amalan mereka yang lain. Bersetuju dengan perayaan mereka, adalah merupakan persetujuan ke atas perkara kufur. Bersetuju dengan mana-mana aspek kecil kepercayaan mereka adalah sama dengan kepercayaan terhadap cabang kufur. Malah, hari kebesaran (Holiday) dan perayaan salah satu kaedah utama yang membezakan adat dan undang-undang di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Ia juga merupakan amalan yang paling menonjol bagi satu-satu bangsa. Redha dan bersetuju dengan perayaan itu adalah persetujuan terhadap perbuatan kufur paling khusus yang menjadi simbol bagi amalan dan cara hidup mereka. Tidak syak lagi, persetujuan seperti itu atau meletakkan diri pada ikutan terhadap situasi sedemikian rupa, hanya merebakkan kekufuran.”

Ini merupakan sedutan daripada kenyataan Syaikhul Islam Ibnu Taymiah yang cuba untuk memahamkan kita bahawa pesta-pesta dan sempena yang terhadap di sekeliling kita ini adalah simbol kepada cara hidup golongan bukan Islam. Tidak timbul soal sekadar hendak berseronok atau belajar bersosial, jika yang dilakukan itu adalah cabang redha kepada kufur yang hanya menatijahkan kemurkaan Allah SWT.

Lanjutan hal tersebut, para Ulama juga telah menegaskan bahawa perbuatan menyampaikan tahniah kepada golongan bukan Islam sempena hari kebesaran dan perayaan mereka, adalah sesuatu yang dilarang. Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Dhimma (jilid 1, muka surat 205) menulis, ” Memberikan tahniah pada perayaan-perayaan tertentu yang dikhususkan kepada bukan Muslim dengan menyebut “Blessed holiday for you” atau apa-apa yang semakna dengannya, adalah dianggap tidak harus, pada persetujuan para Ulama. Walaupun seseorang itu mengucapkan tahniah di dalam keadaan bersih daripada mana-mana aspek kufur, ia tetap dianggap terlarang kerana tahniah itu adalah ucapan kita ke atas dosa-dosa besar seperti minum arak, berzina dan lain-lain perbuatan keji yang menjadi intipati perayaan tersebut. Ramai di kalangan mereka yang tidak begitu menjaga agama melakukan perbuatan seperti ini (mengucapkan tahniah) di dalam keadaan mereka tidak mengetahui betapa besarnya kejahatan yang mereka lakukan. Barangsiapa yang mengucapkan tahniah kepada seseorang atas mana-mana dosa atau kekufuran yang dilakukannya, maka dia telah mendedahkan dirinya kepada siksaan dan kemurkaan Allah SWT.”

Ibnu al-Qayyim juga telah menyimpulkan di dalam satu bahagian kitabnya tentang pendapat para Ulama berkaitan dengan hal ini. (Ahkam Ahl al-Dhimma, jilid 2, muka surat 722). Antara yang disebut, “Adalah tidak dibenarkan bagi para Muslim membantu golongan bukan Islam di dalam sambutan perayaan-perayaan mereka atau menghadiri majlis-majlis mereka berdasarkan kepada persetujuan para Ulama. Para ahli Fiqh yang mengikut keempat-empat mazhab yang muktabar itu juga telah menegaskan secara terang dan nyata di dalam kitab-kitab mereka. Abu al-Qasim al-Tabari menulis, “Adalah tidak dibenarkan bagi para Muslim menghadiri pesta dan hari kebesaran golongan bukan Islam kerana ia adalah dari jenis kebatilan yang keji. Jika golongan yang baik bercampur gaul dengan golongan yang jahat tanpa sebarang usaha untuk menghentikan apa yang dilakukan oleh golongan yang jahat itu, maka jadilah mereka sebahagian daripada mereka yang merestui kekufuran dan berada di bawah pengaruhnya. Dan sesungguhnya kita takut terjatuh ke dalam kemurkaan Allah disebabkan oleh keramaian mereka itu.”�

Sabda Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Setiap masa, suami tanyalah kepada isteri dan isteri tanyalah kepada suami, di manakah anak-anak kita. Jangan tidak lekatnya mereka di rumah itu, rupa-rupanya mereka sedang berbondong-bondong masuk ke lubang biawak Yahudi dan biawak Nasrani.

Ibn al-Qayyim juga menyatakan bahawa Ibn Al-Qasim tidak menyukai orang Islam memberikan hadiah kepada orang Kristian semasa perayaan mereka. Beliau menganggap perbuatan ini sebagai memberikan penghormatan kepada perayaan itu, dan membantu orang Kristian berkenaan berkekalan di dalam kekufurannya.

Al-Baihaqi yang merupakan ahli Hadith bermazhab Syafie, meriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa Abdullah ibn Umar R.A. menyebut “Barangsiapa yang tinggal di tanah air bukan Islam dan sama-sama menyambut perayaan-perayaan mereka serta berkelakuan seperti mereka sehingga dia mati, maka dia akan dibangkitkan bersama golongan Kuffar berkenaan pada hari Kiamat.”




Sesungguhnya kenyataan-kenyataan para Ulama ini menjadi amaran kepada diri kita agar tidak sewenang-wenangnya menelan segala yang ditemui di sini. Ada sesetengah kehidupan yang mana terdapat di tengah-tengah manusia yang hidupnya adalah pesta, gembira, joli sana dan joli sini tanpa menunggu hari dan masa yang tertentu. Oleh itu hendaklah kita berusaha memelihara diri dan Iman agar tidak mudah terkesan dengan perang psikologi 24/7 ini. Artikel ini tidak bermaksud untuk membincangkan tentang asal usul perayaan Valentine kerana kita boleh memperolehinya secara meluas menerusi internet.

Akan tetapi maksud perbincangan kita di sini adalah untuk mengingatkan diri tentang jati diri kita sebagai Muslim. Integrasi antara kaum dan rakan taulan tidak menuntut diri kita untuk sampai terheret kepada kemurkaan Allah SWT. Bahkan golongan bukan Islam juga tidak berhasrat untuk memberikan apa-apa manfaat kepada kita menerusi perayaan mereka melainkan ia akan berakhir dengan kita dan mereka, sama-sama terjerumus ke lembah yang hina. Cuma kita sebagai orang Islam yang sangat sensitif dengan soal harga diri dan Iman, membiarkan diri terjebak ke perbuatan-perbuatan imitasi buta itu hanya mencerminkan dangkal intelektual kalau tidak mampu disebut sampai ke dangkal Islam.

Jika benar kita mahu membuktikan kasih sayang, maka buktikanlah ia menerusi cara Islam yang halal, indah, penuh barakah dan tiada kesan sampingan. Tanpa perlu menunggu 14 Februari, berkahwin adalah Sunnah Nabi SAW, yang jika kita serius ke arah itu, susunkanlah agenda hidup ke arahnya dengan baik. Usahlah dibazirkan wang untuk membeli bunga ros, kad-kad ucapan, atau candle light dinner di restoran-restoran mahal, kerana semua itu adalah keindahan yang menjadi pagar-pagar kemurkaan dan neraka Allah SWT. Kumpulkan wang dengan baik, beli buku yang mengajar cara hidup rumah tangga Islam dan laluilah 14 Februari ini seperti kita melalui hari-hari yang lain, iaitu dengan mengulangkaji pelajaran, menghadiri majlis-majlis ilmu, beribadah dan berlumba-lumba mengejar kebaikan.

Semoga Allah mengurniakan kebaikan untuk kita semua.
Wallahu A'lam bi As-Sawaab.


sumber asal

nota dari Deana: artikel ini dikongsi terus dari bhgn Artikel ILuvIslam.com. bukan tujuan copy & paste semata,tapi untuk berkongsi informasi yang ada kaitannya dunia kita kini dengan Islam,agama kita hingga ke akhirat. wallahu ahlam.

Wednesday, February 03, 2010

Doubt and Trust


Most of the times
It feels as if it's much more easier
To doubt a person than to trust one

Once trust is built
It has brought the biggest hope and bond
between the persons involved

Mind you that trust is actually..
Ever so fragile that
Once broken, it'll be hard to ever be sealed again

Even if it was sealed and mend
The doubt will always be like the minute dust
Bit by bit plastering on the fragile trust
And the trust will never be the same anymore

~Rosdianah R~ 03 Feb 2010, 3:57pm
~*~*~Exactly done when the adhan (azan) was heard on air of College E ~*~*~

special note for the special someone: It may be hard for you,my dear. But we will always be by your side. Holding your trust ever so dearly and giving out all of our gathered trust to ALLAH the AL-MIGHTY.

p.s: The title the same title with my current favourite anime song, the 3rd Opening theme of D-Gray Man, Doubt and Trust by the band 'access'.

Carta Organisasi JAKMAS E sesi 2009/2010

Bismillahirrahman nir rahim...

Assalamualaikum w.b.t buat semua sahabat yang sudi membaca entri-entri di blog ini.

Satu pesanan ringkas (SMS) aku terima pada pukul 2.22 pagi. Yes,indeed.. aku tidak tidur lagi..mungkin sebab time dok menunggu Aton pas zuhur kemarin sambil baca buku Kontrak, aku tertido hingga ke asar. huhu, speechless~ akhirnya tidak menjadi rancangan untuk ke Karamunsing untuk menghantar laptop aku yang rosak lagi tu. Last-last, aku minta jak kawan kepada kawan baik aku untuk tolong baiki.hehe~ at least kos lebih murah dan lebih terjamin keselamatan data-data dalam laptop tu.inshaAllah.

Aitss... bukan itu yang aku mo cerita kat sini!!! aku sebenarnya nak kongsi pada semua SMS yang aku terima dari Mr.Bomb, haha. Abg Bom ni mantan JAKMAS sebelum batch aku (dia sama batch dgn Olyn dan Hairul) dan skrg dah jadi Felo kt Kg. E ni plak.. aku pesan pada dia utk bgtau aku direct kalo dah tau organisasi pimpinan JAKMAS kali ni. SOOOooo.. mmg dia tunaikan janjinya dan SMSkn pd aku barisan JAKMAS yg baru. Inilah keputusannya..jeng jeng jeng:

YDP/KESELAMATAN & KEBAJIKAN-M.KHUBAIB ROSLI,
TYDP I/EKSAH-SHAHRUL HISHAM NGAH@RAMLI,
TYDP II/KEUSAHAWAN & KEPENGGUNAAN-TAIRA KHOO,
SETIAUSAHA/INFORMASI & PENERBITAN-IYLIA MOHAMAD,
BENDAHARI/KEBUDAYAAN & KESENIAN-NUR SHAHIRA RASHID,
AKADEMIK & KEPIMPINAN-SITI SYAZWANI ZULKUPLE,
KECERIAAN & PERKHIDMATAN-NURULNADIAH MAHDZIR,
HELWA-SALSABIELA JAMAL,
SUKAN & REKREASI-ABU SARI BAITULLAH.

Hmmm..apa pendapat aku? Khubaib sbg YDP...inshaAllah dia punya kepimpinan~ Iylia sbg S/U..inshaAllah juga boleh ganti aku..hehe. yg lain pun ok.. cuma aku sejujurnya tak faham..seriously, CAN'T UNDERSTAND IN ANY MATTERS/ANY ANGLES/ANY PARTS OF THE WORLD... amacam plak seseorang yg kurang familiar dgn kerja2 EKSAH (Exco Kerohanian dan Sahsiah) apatah lagi Unit Pengurusan Surau Nur E-man Kg.E blh dpt portfolio tu.. bukan nak prasangka buruk..cuma SHOCKED TAHAP GABAN NE.. ke sbb taknak Islam dijulang dalam kolej kediaman E ni?? Wallahu ahlam. aku bukan penghukum, sekadar pemerhati bebas. Dan aku jugua hairan kenapa EKSAH kali ni dlm Majlis Tertinggi (MT) pula? Tak apa lah... mungkin orang yang terpilih tu BOLEH MEMIKUL AMANAH TERSEBUT.inshaAllah~~ aku doakan all the best ya~~
Lagi satu.. aku pelik + kesian juga pada bahagian Bendahari.. dahlah pegang duit tu... pas tu pegang Exco kebudayaan dan kesenian pula yang sah-sah banyak program. Mmm.. pikir balik, senang nak kuarkan duit kot? Wallahu ahlam. Sebagai seseorang yang pernah berada dalam pimpinan JAKMAS, aku tau dan faham macamana gerak kerjanya.. BUT STILL, aku tak tau lah kalau-kalau generasi baru kali ni akan mengubah segalanya.

Pesanan aku yang entah keberapa kalinya untuk mereka (pimpinan baru JAKMAS E):
Amanah itu amatlah berat untuk dipikul. Boleh saja ianya mengheret kita ke neraka sekiranya di salahgunakan kerana saatnya kita jadi pemimpin, satu belah kaki sudah menjejak ke neraka. Maka, berhati-hatilah..berwaspadalah.. sentiasalah istighfar dan memohon keampunan Allah serta memohon dipermudahkan urusan dan mendapat keredaanNya.

Wallahu ahlam bissowab.. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui hikamah segala kejadian.
Selamat bekerja 'adik-adik' JAKMAS ku~!!

hmm...

salam buat semua..

kali ini tiada apa-apa sangat yang ingin ku titipkan di sini.

baru-baru ni kurang sihat.. selesema dan sedikit batuk2. doakan cpt sembuh yer..

skrg ni pn agak bingung2 dgn tmpt LI.. sda dpt tmpt di JB.. masalah tmpt tinggal ok, cuma transport la plak. adey..sabar je lah~ mgkn ada tmpt yg lbh baik dan dpt dktkn diri pd Allah lah tu kot..inshaAllah.

anyways...inshaAllah pas ni aku nak tukar plak layout blog ni.. so,jan heran kalo tukar2 jak layout blog ni tetiba.hehe~

skrg ni tgh guna laptop Aton, adik sebilik aku (un-official roomate.hehe). Wireless kat kg.E ni sudah tiada sbb Cyber Cafe pun sudah berhenti beroperasi. nasib baik ada kecenderungan beli broadband time cuti yang lalu. anak bertuah.. pas beli modem n bayar bil utk bln pertama.. bil2 utk bln yg kedua sampai yg latest bapa juga yg tlg byrkn. makasyeh,Bapa~! (muahx! moga diberikan rahmat oleh Allah.amin~)
laptop aku broken lagi..sabar je lah.. skrg hrp kwn dpt baiki. biar di downgrade gi windows XP pn aku da x kesah da.. yg penting.. assignments siap.. proposal yg nak bg n bentang kat pengetua, Dr. Andika pun siap.

mlm ni, pembentukan jakmas sesi baru akan dibuat. moga2 lebih baik dr barisan pimpinan semasa batch aku dulu. inshaAllah..

bah,k lah.. sampai sini dlu.. xdpt mo membebel lebih2.. ada keja lg mo buat... preparation utk mcm2 hal!!!

wallahu ahlam
Related Posts with Thumbnails