Friday, February 19, 2010

post entri yang sepatutnya dikuarkan pada 26/12/2008

Bismillahirrahman nir rahim..

peringatan.. untuk semua dan diriku sendiri juga,terutamanya di musim cuti ini.

“Diriwayatkan dari Isa bin Yunus al-Ramliy , dari Uqbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma’afiriy dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda : Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiyamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan.Kata Tsauban kepada Nabi : Wahai rasululLah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak menegtahuinya.Nabi memberitahu : Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan (bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia)”

Riwayat Ibn Majah no 4245, Kata al-Munziri perawi-perawinya adalah thiqat .Dikeluarkan olej al-Rawiyyaniy no 651, al-Tabaraniyy dalam al-Awsat no 4632 , al-Saghier no 662 dan al-Dailamiyy dalam Musnadnya no 7715 .Dinilai sebagai sahih oleh al-Albaniy

sumber: didapati dari blog Uztaz Zahazan Mohamed :)

daripada Deana: Baru petang tadi berbicara dengan sahabatku yang sudah lama tdk dgr kabar beritanya.. rindunya aku pada semua sahabat2.. Seronok bila dpt berbicara dgnnya terutamanya tika membincangkan isu2 agama. Ya Allah,moga Kau tambahkanlah sahabat sahabiah ku yang soleh!
Tika berbicara tadi,barulah sahabat aku ni tau yang sepanjang musim cuti ni..aku xda aktiviti rasmi di luar rumah. terperap saja di rumah. Bila teringat sahabat2 lain yg sibuk berprogram,jelesnya aku~ aku pun mau!! tapi apakan daya; blm rezeki aku kot.. jujur & terus-terang aku nyatakan,aku blm rapat lagi dgn bdk2 surau @ masjid (asif jiddan,no offence!!!) walaupun diri ini sudah mcm dicop 'budak surau' jugak semasa pilihanraya JAKMAS sem lalu. tapi Alhamdulillah, skrg ni adalah juga rakan2 rapat aku yg merupakan budak2 surau @ masjid. Aku betul2 gembira berkwn dgn mereka2 ini. Sbb aku sntiasa dpt m'ingtkn diri sendiri utk meningkatkan amalan & m'perbaiki diri apabila bersama sahabat2 ini.
Huh.. apa yang aku taip ni?? aisese..sudah lari dari landasan tul lah aku nie...

Pada aku sendiri.. melalui hadis di atas,kita dapat melihat betapa pentingnya rakan2 di sekeliling kita. TAPI..ingat..!!!! bukan sembarang kawan tau.. rakan yang baik adalah rakan yg sentiasa mengingatkan kita pada Allah SWT. Menegur kesalahan kita dgn hikmah,walaupun the truth's hurt.

No comments:

Related Posts with Thumbnails