Saturday, February 13, 2010

Makan Besar @ Chinese New Year Eve

Bismillahirrahman nirrahim~

Alhamdulillah,sampai juga aku ke rumah akhirnya.Hampir 45 minit jantung yang dianugerahkan oleh Allah ini ber-dupdap tanpa henti. Otak pula sekali-sekala membayangkan diri sendiri begitu dan begini. Fuh, benar-benar bersyukur dan lega bila bibir menitikan salam sejathera 'Assalamualaikum' buat keluarga di rumah seraya tangan menghulurkan salam kepada Bapa.

Bukan fobia mebuta-tuli
Apa yang aku titipkan di atas bukanlah fobia semata-mata. Cumanya aku sedikit 'trauma' bila memandu terutamanya bila kena memandu laju dan membelok kiri kanan (ataupun memotong). Kejadian awal pagi kelmarin masih membuatkan diri aku kecut. Huhu, biarlah aku, Wani (roommate aku) dan orang yang berada dalam kereta aku pada waktu itu saja yang tahu buat masa kini. Kalau ada yang memang aku dah bagitau, nasib baik badan korang lah. Hehe. Wops..sudah keluar tajuk pulak daaaaa.... aiya ya..


Makan Besar di rumah
Seperti kebiasaan pada setiap tahun, menjelangnya Tahun Baru Cina (Chinese New Year Eve) akan ada Makan Besar. Bukan bermaksud makan banyak-banyak.. tapi makan ramai-ramai.Heheh. Selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu, kali ini kami sekeluarga berkumpul lagi di rumah di Lok Kawi dan bersama-sama menjamu selera. Mungkin bagi sahabat-sahabat yang tidak tahu, kami sekeluarga berbuat demikian kerana mengambil tradisi orang Cina yang menyambut Tahun Baru Cina setiap tahun. Sebabnya, Mama aku adalah muallaf cina. Muslimah Cina. :) Kami tidak menyambutnya sepertimana orang Cina, cuma mengambil sedikit adat yang bagi aku tidak bertentangan dengan syarak. InshaAllah.
Sememangnya aku sangat gembira bila Bapa,Mama, kami 4 beradik bersama keluarga masing-masing (*ehem* kecuali aku yang belum berkeluarga) berkumpul bersama.
Pada tahun ni, yang paling best mestilah sebab adanya Danish. Biar sudah agak lama tidak bertemu, kami tetap rapat. Alhamdulillah.

Asimilasi
Sesungguhnya Islam itu tidak rigid. Dalam konteks negara Malaysia, seseorang Islam itu tidak mestinya orang Melayu sahaja. Tetapi orang Melayu mestilah seorang Islam (ini adalah antara definisi orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia). Maksudnya di sini, tidak mustahil seorang Islam itu adalah seorang India, Cina, Arab, Jepun, Barat sekalipun. Makanya, tentu sekali dalam Islam terdapat banyak budaya daripada bangsa-bangsa penganutnya.
Jadi, rasanya tidak salah sekiranya kita asimilasikan adat dan budaya bangsa kita dengan/kepada Islam. Untuk entri kali ini, aku kaitkan terus kepada adat/tradisi 'makan besar' menjelang tahun baru cina ni.
Maklum bahawa family gathering tika menjelang Tahun Baru Cina merupakan satu kemestian. Samalah juga semasa menyambut Aidilfitri. Pasti ibu dan ayah ternanti-nantikan kemunculan anak,cucu serta sanak saudara yang lain untuk sama-sama meraihkan perayaan tersebut.
Dunia pada dewasa kini pula semakin menuntut manusia agar lebih bekerja keras, hinggakan masa untuk berkumpul bersama keluarga menjadi terhad. Sedangkan aku yang menuntut pengajian di universiti dalam negeri kelahiran aku sendiri pun agak jarang dapat balik ke rumah, bayangkan yang sememangnya di luar negeri mahupun negara. Luar planet tiada lah kan..hehe. Bila waktu cuti, itulah kesempatan aku untuk bersama keluarga. Sedikit sebanyak, ada peluang.. aku cuba berdakwah secara halus pada ahli keluargaku.
Apa yang aku ingin katakan di sini, elemen "family gathering" pada adat/tradisi Makan Besar ini boleh dimanfaatkan dalam Islam. Saudara seIslam yang berbangsa Cina tidak perlu 'membuang' semua tradisi bangsa mereka setelah memeluk agama Islam. Begitu juga dengan saudara seIslam bangsa-bangsa lain.
Pusing kiri kanan,depan belakang.. bila aku katakan asimilasikan adat/tradisi bangsa kita dengan Islam; maksud aku adalah kita ambil adat/tradisi selagi tidak melanggar syarak. aisehmen..memang sudah tunggang-langgang dah apa yang aku mahu sampaikan ni. Hmm..inilah kejadah sebab tidak tidur-tidur lagi.huhu.

Akhir kata sebelum mata terlelap buat malam ini..
Selagi mana sesuatu adat ataupun tradisi dalam sesuatu bangsa itu tidak melanggar syarak, tidak salah rasanya untuk kita sama-sama melaksanakannya. Islam itu syumul dan indah. Tidak bermaksud bila seseorang yang berbangsa Cina, India, Kadazan, Iban etc etc yang memeluk Islam perlu menjadi orang yang berbangsa Melayu ataupun Arab setelah itu. Yang penting, jangan sampai kita asimilasikan Islam pula ke dalam adat/tradisi kita. Maksud aku di sini, jangan sampai Islam kita itu kerana warisan semata-semata tapi jadilah seorang Islam yang islam (tunduk dan patuh kepada Allah). wallahu ahlam bissowab~ :)

p.s: terdengar dan nampak sekejap bunga api dan mercun dari luar bilik aku. bila dah lama sangat menjenguk ke luar bilik,baru perasan.. Subhanallah..cantik sungguh langit yang berhiaskan bintang-bintang di luar sana.. ^__^ Saa te ne, minna-san~ Oyasumi nasai!

2 comments:

FiFFy said...

ala~~~ mau balik mau balik.. mau makan jugak.. rindu ngan family.. rindu ngan ibu... huhuhu... mesti best kan kak ros.. makan ramai2, riuh riuh.. rindu ngn sepupu.. T_T

Deana said...

alhamdulillah..

sini riuh dgn baby n anak buah jak.. lgpn bila balik rumah ni, kakak jak kna suh jga si danish ni..hehe. budak tu plak makin ligat.. pening da kepala auntie-nya ni..huhu

Related Posts with Thumbnails