Wednesday, December 31, 2008

Kasihani dan doakanlah saudara2 kita di Palestin

Bismillahirrahman nir rahim..

Serangan tentera Zionis Israel semakin menjadi-jadi kini. Walau sekalipun kita (aku jugak) tidak dapat pergi ke Palestin untuk membantu saudara seIslam kita secara terus.. sekurang-kurangnya doakanlah mereka.

HAMAS isytihar intifadhah ke3 a/b Gaza dibom berterusan menyebabkan 315 saudara seISLAM kita syahid & 1500 lg cedera! Mari kita sama2 kirimkan doa & membaca Qunut Nazilah setiap kali kita solat fardhu. Ini salah satu usaha kita untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin.

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله
اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم
وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien…!
@
‘Allahumma ya Mujriyas sahib, wa ya Hazimal Ahzab, ihzimhum kaumal Kafirin, wa laknat alaiihim, wansurna a’la kaumal Kafirin’.
Sebarkan!!!

p.s: ni aku dapat dari rakan-rakan.bukan hakmilik sendiri..

Tuesday, December 30, 2008

Salju Sakinah *edited*


Bismillahirrahman nir rahim..

Alhamdulillah.. 2-3 hari yang lalu,aku berjaya juga habiskan membaca novel Salju Sakinah. Sebuah novel yang sudah lama aku kepingin mahu baca.dari pertengahan tahun ni lagi,tapi pada minggu lalu..semasa berkesempatan ber'hang out' dengan 3 orang kawan baik aku(since sekolah menengah) di City Mall menemukan aku dengan novel yang aku cari-cari ni di kedai buku Popular.


2 hari aku perlukan untuk membaca novel ni.
Hari 1- beli waktu paginya..malam mula membaca.
Hari 2- baca dari awal pagi..abang long datang dengan anak-anak,dijenguk sekejap..then baca novel lagi..sampai malam,Alhamdulillah..siap juga aku baca novel ni.

Komen aku mengenai novel ni..(walaupun aku tidaklah pandai sangat mengulas pasal buku ni..) memang seronok membaca. "Geram" pun ada setiap kali sampai penghujung bab. Sebabnya mesti ada unsur suspen. Adedeh..terkena aku. Mungkin faktor bahawasanya sebelum novel ini diterbitkan,ianya disiarkan secara mingguan di Utusan Malaysia pada Isnin hingga Rabu sepanjang tahun 2005. Jadi,aku faham jugalah what's with the suspense scenes tu.Heheh.
Sejujurnya,biarpun "geram" tapi aku sangat sukakan novel ni.Sama seperti sukanya aku pada novel Ayat-ayat Cinta nukilan Habiburrahman El-Shirazy. Sememangnya novel yang boleh digenrekan sebagai 'novel Islami'.
Antara mesej yang dibawakan adalah sabar dan reda atas ketentuan Illahi,atas takdir yang sudah menimpa diri dalam kehidupan seharian. Melalui watak Sumayyah (watak utama),aku belajar erti sabar dalam pelbagai keadaan. Dan implikasi bila kita senang saja nak lepas geram ikut emosi (babak Sumayyah pertama kali bertemu dengan Naufal pada waktu malam - Sumayyah bengang kerana dinasihati oleh Naufal tentang keberadaannya di luar pada waktu malam). Kata-kata lepas geram Sumayyah sebelum menaiki coaster kepada Naufal ternyata dibalas dengan pertolongan ikhlas dari Naufal selepas itu. Watak Salbiah,kakak ngah Sumayyah selepas kematian tunangnya pula menunjukkan sifat muslimah yang reda dengan takdir. Semoga aku dapat menjadi muslimah yang sedemikian rupa seperti Salbiah mahupun Sumayyah. Amin.
Isu-isu semasa juga diselitkan bersama dalam cerita ini. Ini termasuklah fenomena kurangnya "didikan agama"secara formal mahupun tidak formal di kalangan masyarakat Islam itu sendiri. Seperti yang pernah aku titip dalam entri 'Hidayah o hidayah' mengenai kita,orang yang sememangnya dilahirkan sebagai Muslim.. kita adakalanya take Islam for granted. Cukup berpuas hati bilamana secara tradisi dan naturalnya kita memang sudah sedia Islam tanpa mahu berusaha untuk menambah ilmu Islam dan mencari hidayah Allah supaya kekal dalam roh kita.Majlis ilmu juga kurang di kawasan-kawasan perumahan,contohnya. Di kawasan perumahan tempat aku tinggal sekalipun..walaupun pekan punya surau, sukar untuk mendengar azan di kawasan perumahan tu.Padahal bukan satu saja kawasan perumahan di pekan ni.Adede.. paling selalu aku boleh dengar adalah azan maghrib bila aku di kawasan belakang rumah (tempat cuci baju). Sebab itu jugalah aku sukar untuk solat awal waktu di rumah, aku harapkan software Waktu Solat dalam laptop dengan desktop saja.Alhamdulillah..nasib baik ada benda ni..
Wops...back to topic!!! *ehem*
Juga mesej bahawasanya '
kematian itu pasti'. Mesej ini disampaikan melalui watak Abah (bapa Sumayyah) yang tanpa disangka-sangka meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya walhal baru saja Sumayyah berceloteh dengannya melalui telefon sebelum Sumayyah pulang ke tanahair.
Kasih sayang antara keluarga terutamanya dari seorang ibu juga dipaparkan dalam novel ini. Sudah menjadi naluri seorang ibu, biar betapa sakit pun hatinya diperlakukan oleh anaknya samada melalui perkataan atau perbuatan, pasti tidak terluntur kasih sayang si ibu pada anaknya. Tidak mustahil untuk si ibu tetap memaafkan anak. Itulah sebabnya di dalam Islam sendiri,Rasulullah SAW bersabda; "Syurga itu di bawah telapak kaki ibu".
Secara keseluruhannya aku memang berpuas hati kerana memiliki novel ini. Tidak rugi membelinya. Banyak lagi pengajaran secara Islamik yang aku pelajari melalui novel ini. Sungguh,kita boleh berdakwah dengan novel dan menyampaikan contoh-contoh peribadi muslim/muslimah melalui cerita-cerita sebegini. Senang hadam.hehe. Itu sajalah rasanya untuk kali ini. Kakak aku sudah mau ambil balik Celcom Broadband dia.Huhu..

Wassalam..

p.s: Marilah kita sama-sama terus berdoa untuk saudara-saudara kita di Palestin. Moga Allah SWT terus tabahkan hati mereka dalam menghadapi musuh Zionis Yahudi.

untitled buat kali keduanya...


keadaan aku sekarang...


maka,aku pun berdoa pada Tuhan yang Maha Satu...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah buat semua


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


BismillahirRahman nir Rahim..

Alhamdulillah,sudah masuk 1 Muharram 1430H. Subhanallah~
Banyak sudah blog sahabat-sahabat yang sudah update dan mengeposkan entri berkaitan dengan 'Maal Hijrah'. Alhamdulillah,dengan senang hatinya aku membaca hampir semuanya (tidak pasti pula kalau ada yang tertinggal..asif). Semua yang sudah aku baca memberikan peringatan.. Alhamdulillah, memang berguna untuk diriku. Entri kali ini.. aku nda ada buat research cam sebelumnya (entri 'Hidayah o hidayah'). Aku lebih suka buat research dulu sebab aku takut kalau-kalau apa-apa yang dicatatkan tidak betul,kurang betul atau menyakitkan sesiapa (atas kesilapan penulisan aku). Oleh itu, entri kali ini lebih bersifat personal. Huhu,sudah namanya blog aku.. bukan mahu minta puji,sekadar mahu berkongsi dengan rakan-rakan. InsyaAllah.

Hijrah
Sudah hampir setahun (belum genap setahun lahh) aku ber'hijrah'. Ber'hijrah' secara dalaman. Cuba mencari jalan-jalan lurus,shiratul mustaqim menuju kepada cinta hakiki..kepada Allah SWT dan RasulNya,Nabi Muhammad SAW.Sampai sekarang aku masih merasakan dan masih lagi melalui onak duri dan pelbagai macam ujian dariNya. Iman pun turun naik kalah-kalah pasang surut air laut atau keadaan saham di Bursa Saham. *senyum* tapi itu lah keadaan yang mencorakkan aku sekarang. Walaupun masih ada lagi tersisa kejahilan pada zaman jahiliyyah aku sendiri,insyaAllah.. aku cuba kuatkan hati untuk terus ingin berhijrah kepadaNya. Dan buang segala kejahilan lalu..

Hijrah fizikal.. Alhamdulillah, dari segi pemakaian..aku kini memang sudah terbiasa dengan menutup aurat ketika di luar rumah. Pedulilah kalau ada sesiapa yang mahu merungut semasa mahu keluar dengan aku sebab aku 'pakai banyak aksesori' (handsocks & stokin). Pandangan Allah itu lebih penting dari pandangan manusia ciptaanNya.

Hijrah dalaman.. hijrah yang berterusan sehingga akhir waktu. Hijrah dalaman bagi diriku perlu istiqamah. Maksud aku dengan hijrah dalaman di sini adalah hijrah yang dilalui hati. Dulu,hati ini banyak disuapkan dengan keseronokan..amarah dilepaskan dan bila ada terkena tempiasnya,diri terasa megah; kuatlah konon. Nafsu pun adakalanya tidak terkawal.
Kini, hati ini sudah mula dididik untuk tunduk taat pada Tuhan yang Maha Satu. Hati ini disuapkan dengan realiti kehidupan, dengan ilmu agama untuk mengenal Islam sebaik-baiknya. Amarah dikawal sebaik mungkin. Nafsu juga dilawan sehabisnya. Adakalanya aku masih merasa tersungkur tapi sokongan para sahabat tetap menguatkan hati dan diri ini.

Azam
Aku ingin jadi seorang muslimah,seorang mukminah,wanita yang solehah.. biarpun aku masih belajar hingga kini.. insyaAllah,aku percaya kalau berusaha..kalau berjihad di jalanNya.. pasti aku dapat mencapai impian itu. Itulah azam tahun baru hijrah aku barangkali.. Ya,itulah yang aku mahu jadikan sebagai azam tahun baru aku kali ini.


Syukur
Kesyukuran tanpa putus-putus aku ucapkan pada Illahi kerana mengurniakan aku hidayah di saat aku makin 'hanyut'.. di samping itu juga,kehadiran sahabat-sahabat yang banyak membantu sangat-sangat memberi kesan pada diri ini samada luaran mahupun dalaman. Aku berdoa pada ALlah semoga Dia akan memberikan aku peluang untuk mengenali lebih banyak hamba-hambaNya yang dapat membantu dan menguatkan diriku untuk mencapai Syurga FirdausiNya di Akhirat kelak. Amin...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tahun lalu?

"Ya Allah,ya Rabbi... ampunilah segala dosa-dosaku pada tahun lalu.. ampuni segala kelemahan dan kesalahan diri ini. Lindungilah aku dari kemurkaan dan azab nerakaMU.."
Sungguh,pengalaman sememangnya guru yang mengajar kita erti kehidupan. Buat diri sendiri dan rakan-rakan.. marilah kita sama-sama berhijrah kepada Allah SWT & Rasulullah SAW.

Saturday, December 20, 2008

Hidayah o hidayah!

Bismillahirrahman nir rahim...

I felt like writing this entry after I watched a video of Syeikh Yusuf Estes answering questions given to him in the YouTube.
The question asked to Syeikh Yusuf was "why some non-Muslims coming to Islam & Muslims leaving Islam?". I really admired and learned alot from Syeikh Yusuf's answer. Nicely answered,that is.
His answer was simple, "Guidance (hidayah). Some people have it,and some people don't. Allah gives guidance to those people who REALLY wants it and holds it from anyone who doesn't want it." He continued,"Many people pretend that they have it.And they'll be right beside you;go on through this life and then,on the day of Judgement, you'll find that they're not with us. These are called the 'Munafiqqin'." (note: please forgive any wrong spelling words.hehe)
He added: And the Sahabi (para Sahabat) were themselves scared about that to the extend, to the extend; that they would say.. this is from Saidina Umar r.a that,"If all the people are going to Paradise except one,I'm afraid that it's going to be me.."

Friends.. if someone that we respected and know how saleh he is (being the Sahabi of Rasulullah SAW) even felt so scared of losing the guidance of Allah SWT,what about us? The imbecile us?? That is why we were taught to pray everyday to ask for Allah guidances throughout our life. Allah guidance may come without us knowing it and may go if we don't keep it well inside of us. It is so precious yet, it is also so fragile.

"Robbana la tuziq' kuluu bana baqda iz hadaitana wa hablana milladunk rohmatan innaka antal wahhab"
"Our Lord!" (they say), "Let not our hearts deviate Now after Thou hast guided us, But grant us mercy From Thine own Presence; For Thou art the Grantor Of bounties without measure.(3:8)

These days,we heard of more and more people converting into Islam. I've once heard that they are actually more likely of reverting to Islam because Islam is a religion for all mankind (agama fitrah).Alhamdulillah,most of them are women. According to Syeikh Yusuf while answering the question,he said that Islam is actually the fast growing religion everyday.
Unprecedented numbers of British people, nearly all of them women, are converting to Islam at a time of deep divisions within the Anglican and Catholic churches.

The rate of conversions has prompted predictions that Islam will rapidly become an important religious force in this country. "Within the next 20 years the number of British converts will equal or overtake the immigrant Muslim community that brought the faith here", says Rose Kendrick, a religious education teacher at a Hull comprehensive and the author of a textbook guide to the Qur'an. She says: "Islam is as much a world faith as is Roman Catholicism. No one nationality claims it as its own". Islam is also spreading fast on the continent and in America.

source from http://qriuz.blogspot.com/2008/12/why-british-women-are-turning-to-islam.html

It happens in the West. Islam is growing. We,people of Asia always heard of how high is the negative media exposure of Islam in the West and yet,this is what happen there. Allahu akhbar~! I would like to believe that despite of all the negative media exposure in the West, there are still more and more people attracted to Islam because they learn and know what Islam is really all about. They learn the true value of Islam and not just the Islam on the surface. Being in the 'darkness' outside Islam makes them having the urge to search for the true light that could help them throughout their life. And the search,the genuine search for light of life, show them the true road of Islam. These people,that are really searching..are those that Syeikh Yusuf said earlier as "people who really want it(the guidance from Allah)". Thus,Allah gives them His guidance and show them the true color of Islam.

"Allah has revealed (from time to time) the most beautiful Message in the form of a Book, consistent with itself, (yet) repeating (its teaching in various aspects): the skins of those who fear their Lord tremble thereat; then their skins and their hearts do soften to the celebration of Allah.s praises. Such is the guidance of Allah. He guides therewith whom He pleases, but such as Allah leaves to stray, can have none to guide." (39:23)

"And such as Allah doth guide there can be none to lead astray. Is not Allah Exalted in Power, (Able to enforce His Will), Lord of Retribution?" (39:37)

So,moving on to the next part of the question earlier.. "why some Muslims are leaving Islam?". It is what we called Apostate or 'murtad' in Malay. The answer to this question will also be "guidance" where those people who were in Islam (Muslim) then they leave Islam for other religion(or some, to no religion at all). We could say that these people take 'guidance from Allah' for granted. They didn't asked for Allah to maintain it(the guidance) in their heart or never bother of it at all. Let's take a simple example in our life.. our car,maybe. Yes,let's take that one. I believe that each car we own has to be serviced at some level of kilometres that car had been driven to or until some date fixed. The car if not service or undergoes its maintance,won't work so well.. isn't it? Ah,that goes for my car. After serviced and underwent the maintance,Subhanallah.. I can drive it faster. :) So there goes our guidance from Allah inside our heart. If we didn't bother about it or asked Allah to 'maintain' it..it may get 'rusted' or fly away from us.Nauzubillah min zalik.

Another answer/reason of people leaving Islam from Syeikh Yusuf is "...some of the material things that we might look at..". He gave the example "..such as, 'oh,it's more fun to be Christian because they have piano,organ,guitar..they jump up & down and have good time.. you don't have to pray 5 times a day,you don't have to fast in Ramadhan,you don't have to go to pilgrim (Hajj) anywhere. And boys & girls can hang out together...and then, love...'. " Indeed,some people who doesn't the true value of Islam may feel that all the ibadah as a burden to them. They wanted more of the world we're living in now than the world we'll be living in later in the Akhirat. Yet, some cases that I observed (well,not much though) are 'those that were born as a Muslim' and Islam is just a religion of the family that passed by generations before them. In Malay we can called that as "Islam warisan". They are just Muslims because they parents are Muslims. I am one being born naturally in an Islamic family too,though. My point is that these people take Islam for granted. They thought they know Islam well,by heart but yet.. the truth is, they don't. Taking Islam for granted as in as long as you do the shalat (solat), fast in Ramadhan, pay your zakat then that just it. It is taking Islam only by some half part of it. Not ALL of it. Even the Islamic Education (Pendidikan Islam) in school are not taken seriously by the young people. It is learned for examination purpose,not for the basis in life. Well, honestly.. that's what I did back when I was still in my Jahiliyyah period (ahh!!). I took Islamic value for granted. There are times when a thought crossed my mind saying, "Ah,even if I didn't do all the wajib things.. I'm still a Muslim. I'll get into the Paradise anyhow." Astaghfirullah al'azim. May Allah forgive me.
Just like what Allah had said in Surah Al-Baqarah: 208;
"O ye who believe! Enter into Islam Wholeheartedly; And follow not The footsteps Of the Evil One; For he is to you An avowed enemy."

That kind of giving me some new idea to share about us,the naturally born-Muslim. Some of us,including me.. when doing something that forbidden by Islam (from lying,talking about other people at their back (ghibah) to drinking alcohol etc) thought that we'll still have time to ask for Allah forgiveness (Taubat). Heh,yeah right. Well, some people did given chances to repent. BUT BEAR IN MIND.. do we always know what't in the future for us? Do we know when we'll die? What if we died before we could repent our sins?

Here's a simple story I want to share. There's a girl who never left her shalat. It is only the Fajr shalat (solat Subuh) that sometimes she'll have the problem of to do on time because she would wake up later in the Dhuha time instead. Especially during the holidays. One day, it happens again. She thought for that day, she'll just qada' the shalat together with her Zuhur shalat. Meaning,she'll do her qada' Fajar shalat after the Zuhur shalat. When getting ready for the Zuhur shalat,she realized that she got her period.So,she can't shalat for sure. Remembering that she could actually manage to at least shalat for the Fajr, she felt so regretful. She knew that she doesn't have the very excuse to skip the Fajr shalat when she only got her period starting near the Zuhur time (she could just qada' her Fajr shalat right away after she woke up,when she still hadn't her period).
It teaches her one valuable thing. The Fajr shalat is like her everyday life (with all the amalan soleh) and the period is like the death. If she died suddenly,not knowing just like the way she got her period suddenly.. and then,she postponed all the amalan soleh she was supposed to do as told by Allah in the Al-Quran (just like the way she postponed her Fajr qada' shalat).. she would never had the time to repent her sins for leaving the amalan soleh or ibadahs. Lucky for her,it's only the period.She won't have it for long.

So,friends... be proud to be a Muslim. There's Paradise waiting for us in the afterworld. InsyaAllah. Always pray to Allah to be given guidance by Him and maintaned,of course. Search for Islam,truthfully and genuinely. Don't just be a Muslim only on the IC (Identification Card).

"Let there be no compulsion In religion: Truth stands out Clear from Error: whoever Rejects Evil and believes In Allah hath grasped The most trustworthy Handhold, that never breaks. And Allah heareth And knoweth all things." (2:256)

and remember;

"O ye who believe! if any from among you turn back from his Faith, soon will Allah produce a people whom He will love as they will love Him,- lowly with the believers, mighty against the rejecters, fighting in the way of Allah, and never afraid of the reproaches of such as find fault. That is the grace of Allah, which He will bestow on whom He pleaseth. And Allah encompasseth all, and He knoweth all things." (5:54)
I supposed this could conclude why there are people who truly understands Islam coming to Islam while some of the Muslims leave Islam. Well,Allah knows best!

Please forgive me for anything and also please let me know any mistakes I've done. I know I'm not perfect.

Allahu ahlam.

Trivia:
What is it that when it comes,we may not realize it's coming.
If we realized it after that,then we take hold of it and grasped it carefully..
It'll be like a lottery win for ourselves.
But if we never realized it or even bothered by it and let it go easily
It'll be such a fool of us for letting go of the key to Paradise.
What else would it be,if not for the 'guidance of Allah'. :)

untitled...

Bismillahirrahman nir rahim...


Alhamdulillah.. gembiranya hati ni pada hari ini :) sapaan seorang sahabat baik pada waktu pagi membangunkan diri yang makin malas ini. Alhamdulillah,sekurang-kurangnya ada juga suatu pagi (pagi ni lah) aku berbual dengan sahabat aku itu hinggalah kami berdiskusi mengenai agama sebagaimana yang selalu kami lakukan. Memang best rasanya bila dapat kongsi apa-apa ilmu agama di dada ini dengan rakan-rakanku.. tapi aku tetap kena beringatlah kalau dengan perempuan ooooookay jak,tapi kalau dengan kawan lelaki kena jaga batas. :)



Hari ini bapa,2 orang abangku dan seorang anak buah lelaki aku awal-awal lagi sudah keluar pergi klinik gigi. Gerenti adalah pergi tempat-tempat lain dorang tu.. apa-apa pun,bila dorg balik tadi..ada dorang belikan aku something. He!he!he! Anak buah aku tu asyik panggil-panggil aku jak dari luar rumah. Bingung tul budak tu. Ingatkan apa. Jumpa di
a dekat dapur,dia bagi aku something pink. Ingatkan kotak VCD drama Jepun ke apa..hahaha! Bila sudah ambil dari dia tu,barulah aku tahu.. rupanya buku agama. Sekali dengan VCD percuma. Alhamdulillah,gembiranya aku sebab dorang belikan buku 'Fiqih Wanita' yang dikarang oleh Muhammad Athiyah Khumais. InsyaAllah,bermanfaat. Lepas dapat buku tu,terus ja aku buka dan belek-belek sampai baca sikit-sikit. Bapa tanya,"Baguskah buku tu?" Aku jawab saja,"InsyaAllah,ok..hehe.Makaseh~" Alhamdulillah,so far..tajuk-tajuk yang aku dah baca pun memang dapat bantu aku sebab dalam buku ni banyak jugalah menjawab persoalan wanita-wanita mengenai kehidupan seharian sebagai Muslimah.
Antara aspek yang diperkatakan dalam buku ini adalah bersuci,solat,zakat & puasa,dan haji.
Aku ambil contoh dari bahagian Bersuci, ada bab pasal pakai rambut palsu,pakai cat kuku,haid,istihadah dan lain-lain. Senang sikit mau faham sebab tidak panjang berjela penjelasannya (yang aku dah baca so far lah) dan topik pun berkaitan dengan kehidupan moden kita sekarang ni. Alhamdulillah,bersyukur sangat-sangat sebab dibelikan buku ni. Lebih-lebih lagi oleh bapa..hehe,mungkin dia da tau yang anak perempuan dia sorang ni suka sangat baca buku cam tu. Mungkin juga anak buah aku tu yang bagitau dia.Allahu ahlam. Moga Allah teruslah memberi ahli keluargaku ini hidayahNya dan sekurang-kurangnya menjadi keluarga yang diredhaiNya walaupun bukan keluarga yang sempurna. Amin.


cakap pasal keluarga... rindu aku pada adik aku... um..rasanya orang yang terdekat ja faham dengan luahan aku yang ni. Hehe.


Huh.............aku ndak suka sgt lah dengan masa lapang yang berlebihan nie. mmg best boleh rehat tapi kalo sudah tahap boring cam skrg ni pun ndak best. *korek2 koleksi bhn bacaan islami* brrr.....

Bah... sudah banyak aku membebel ntah apa2 nie..insyaAllah,nanti aku akan postkan entri yang berkaitan dengan Islam~ tengah mencari sumber juga ni. insyaAllah..



Wednesday, December 10, 2008

down memory lane...

BismillahirRahman nir Rahim.. Deana ish in -Slam Dunk mode- huh... nilah anime yg sy sgt2 minat smasa tingktn 3 dulu smpi cikgu P.J.K kelas sy pn pnggl sy 'Sakuragi' (main character yg berambut merah) semasa kelas kami main basketball untuk kelas PJK.apalah... ni sbb kwn2 sekelas yg bgtau cikgu la tu... suka2 ja dorg nie.. mm...sambil2 tgk anime ni time2 cuti ni,mengingatkan sy plak zaman2 skolah menengah.hehe,rindu dgn semua kwn2 ku.. apalah kabar dorg yer...

oo..ya. bg sy, semangat berjuang yg ditunjukkan dlm anime ni blh kita jdkan sbg cth. dlm anime ni, team basketball Shohoku (gmbr di atas) berusaha bersungguh2 utk mencapai kemenangan dlm stp game yg mrk join utk menuju ke peringkat kebangsaan. dlm pasukan ni termasuklah watak utama Slam Dunk ni iaitu Sakuragi Hanamichi yg bru saja start main basketball tapi semangat utk menang tu membuatkn dia improve dgn cpt dlm sukan ni termasuklah dgn tenaga badan & bakat (mungkin lah kot..) yg dia ada. satu ja yg nda best pasal si Rambut Merah ni.. temberang & ckp besar betul... aishhh...sbb tu nda suka bila dibandingkn dgn dia. tapi dia ckp besar pn,adakalanya dia berusaha improvekan diri utk m'capai apa yg dikatakannya.

mcmana nak jdkan sbg cth bg diri kita??

blh jer... kalo team member Shohoku menetapkn peringkat kebangsaan sbg target mrk & kemudian berusaha b'sungguh..kita pulak sbg hamba Allah blh menetapkan Syurga Firdausi Allah di akhirat kelak sbg target kita. Makanya,kita perlulah berusaha bersungguh2 dlm amal ibadat (fardu ain,fardu kifayah,wajib,sunat..) yg kita niatkn hanya kpd Allah. Dlm Slam Dunk, Shohoku hanya dpt tempat kedua..tp cukup utk melayakkan mrk sbg pasukan utk ke peringkat kebangsaan jugak. Jadi,kita pn...yg mmg x perfect ni, kalaupun x dpt buat dgn sepenuhnya ataupun bila kita nak tegakkn sesuatu krn Allah,tp xdpt jg krn org yg ditegur tu degil.. xpa~! krn Allah melihat kpd usaha kita..! Kan Allah itu maha Pemurah.sdgkn kita niat utk b'buat kebaikan krn Allah saja,sudah diberi pahala.

ok...next.. Sakuragi yg baru belajar main baskteball (dia ni betul2 ZERO knowledge psl basketball sblm join team ni..), w/pn byk ckp besar tp dia berjaya m'bawa kesan kpd character lain dlm Slam Dunk krn dia ttp berusaha utk improve dirinya. orait..blk kpd diri kita.. Tenaga badan Sakuragi yg menakjubkan (energetic gila Sakuragi ni) m'blhkn dia m'pelajari pasal permainan basketball dan improvekan dirinya melalui latihan yg konsisten (dgn masa terhad). Sakuragi ni sy umpamakn macam org yg bru dpt 'hidayah' dan baru berubah dr zaman jahiliyyahnya. Tenaga badan Sakuragi tu mcm "hidayah"..Allah berikan hidayah kpd org2 yg dikehendakinya(kita juga mestilah berusaha m'carinya jugak..). Then.. bila da dpt 'hidayah' tu, jgn biarkan ianya berlalu pergi. Gunakan hidayah itu utk dekatkn lagi diri kita kpd Allah (sbgmana Sakuragi gunakan tenaga badan yg superb tu utk berlatih basketball hingga jd tunjang dlm pasukannya). Latihan kita pulak adalah amal2 ibadat dan mempelajari ilmu agama (Tauhid,Fiqh,Tasawuf) dgn sebaik2nya.InsyaAllah, kita akan semakin dkt dgn Allah dan dgn ilmu2 agama yg kita pelajari itu pulak,kita blhlah berdakwah pd org2 sekeliling kita.

ada lagi satu plak... si Rukawa Kaede yg mmg genius dlm sukan basketball pula.. mm,sy umpamakn mcm org2 yg mmg da dalami ilmu agama ni. Maksudnya rakan2 kita yg kiranya ilmu agamanya lbh baik (dr sy,semestinya.heheh). walaupun bakat Rukawa mmg diakui,tp dia masih lg kena berusaha utk m'jd benar2 yg terbaik. Makanya,kita2 yg sudah punya ilmu agama ni jgnlah berhenti bila sudah merasakn kita ada byk ilmu. Gunakn ilmu itu utk sebarkn agama Allah,then.. tambah lg selagi kita masih blh belajar. Ilmu Allah itu kan luas~ :)
heheh... maaflah kalo entri kali ni tunggang terbalik.. masih tgk Slam Dunk ni sambil menaip. harap2 la korg faham. xfaham pn,buat2 PAAAAAHAAAM ja la..heheh. (kurang asam betul sy ni..)

Apa2 pn..itu ja lah buat masa skrg.. yare yare.. da melalut rasanya sy ni. brrrrrrrr... im gettin outta here...huhu~~

Saturday, December 06, 2008

Salam Aidil'adha buat semua


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Semoga Aidil'Adha kali ini dirayakan dengan penuh keinsafan dan keberkatan. Sama-samalah kita cari keredhaan Illahi. Ikhlas dari; Deana & family

Friday, December 05, 2008

berilah salam sesama kita... :)

Ucapan salam suburkan perasaan muhibah
Oleh Masmawi Abdullah



Islam galakkan umat perkukuh perpaduan tanpa mengenal bangsa, keturunan

ISLAM meletakkan perkataan 'Assalamualaikum' sebagai ucapan rasmi bagi umatnya ketika di awal pertemuan atau di awal perbualan. Walaupun ucapan 'Assalamualaikum' kedengaran ringkas, perkataan itu merangkumi segala falsafah kesejahteraan.

Ia juga adalah salam persaudaraan antarabangsa tanpa mengenal bangsa dan keturunan. Apa juga bangsa tidak dapat mengubah ucapan salam itu kepada bahasa mereka, malah terus mengekalkannya dengan bahasa asal (bahasa Arab).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ucapkanlah salam kepada orang yang engkau kenal dan juga tidak kenal.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis itu menunjukkan Islam menggalakkan umatnya supaya sering melafazkan ucapan salam kepada saudara mereka tanpa membezakan warna kulit, bangsa, keturunan, pangkat dan darjat serta tidak mengira sudah mengenali antara satu sama lain atau tidak.

Galakan demikian adalah semata-mata untuk memupuk perasaan muhibbah dan kasih sayang sesama Islam bagi mewujudkan kesatuan yang erat, perpaduan kukuh dan perhubungan rapat.

Ucapan salam dilafazkan oleh seseorang sama ada ketika berjumpa saudaranya di tengah jalan, pasar, perhentian bas, pejabat, sekolah atau di mana saja.

Seseorang yang hendak berpisah dengan saudaranya atau meninggalkan sesuatu majlis juga turut dituntut mengucapkan salam sebagai ucapan perpisahan kepada individu atau kumpulan yang ditinggalkan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Andainya kamu hendak memasuki sesuatu majlis, maka ucapkanlah salam dan berikanlah salam sekali lagi apabila kamu bangun meninggalkan majlis.”

Ucapan salam juga sunat dilafazkan ketika hendak memasuki masjid, rumah sendiri atau rumah orang lain, walaupun tidak ada orang di dalamnya. Ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Ucapkanlah salam sewaktu memasuki rumah untuk diri kamu sendiri sebagai doa selamat, mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat kurniaan yang baik lagi diberkati kepada kamu.”

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Wahai orang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya.” (Surah An-Nur, ayat 27)

Ucapan salam mestilah dengan lafaz ‘Assalamualaikum’ yang bermaksud kesejahteraan ke atas kamu dan menjadi kewajipan pula kepada penerima salam menjawab yang bermaksud kesejahteraan ke atas kamu juga.

Salam bukan saja terhenti kepada orang yang masih hidup, malah orang sudah mati juga wajar diucapkan salam kerana ucapan salam itu sebagai satu doa kepada mereka. Dalam konteks ini, dapat digambarkan hubungan silaturahim sesama Islam tidak akan putus walaupun sudah meninggal dunia.

Memberi salam hukumnya sunat, manakala menjawabnya adalah wajib berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).” (Surah An-Nisa, ayat 86)

Menjawab salam dalam majlis keramaian adalah fardu kifayah, iaitu memadai hanya seorang atau sebahagian yang hadir menjawabnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesuatu kumpulan yang lalu di suatu tempat dan mereka menemui orang Islam, maka memadai seorang daripada mereka mengucapkan salam. Demikian juga sesuatu kumpulan dalam majlis andainya ada orang memberi salam kepada mereka, maka memadailah seorang saja antara mereka yang menjawab.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Menjawab salam dikirimkan orang jauh juga wajib dijawab. Ulama terkenal, Abi Zakaria Yahya mengulas: “Apabila seseorang mengutuskan salam kepada seseorang lain, maka si pembawa hendaklah berkata: Si fulan mengucapkan (mengirimkan) salam kepada anda, penerima hendaklah menjawab segera dengan berkata: “Padamu dan padanya juga kesejahteraan).”

Berhubung perkara itu, Rasulullah SAW pernah didatangi seorang lelaki yang menyampaikan ucapan salam daripada bapanya, maka Rasulullah SAW spontan menjawab: “Kesejahteraan juga ke atas kamu dan bapa kamu.”

Pada dasarnya, hukum memberi salam itu sunat, tetapi dalam beberapa ketika dan keadaan hukum itu menjadi makruh seperti memberi salam kepada orang membuang air atau bersetubuh.

Makruh juga diucapkan salam kepada orang yang tidur, mengantuk, sembahyang, berada di bilik mandi dan sedang makan ketika mulutnya penuh makanan. Dalam keadaan itu, penerima salam tidak diwajibkan menjawabnya, malah haram jika sedang bersembahyang.

Imam Nawawi dalam kitabnya al-Azhar menerangkan dengan lebih lanjut mengenai hukum memberi dan menjawab salam. Ia dibahagikan kepada beberapa bahagian:

  • Lelaki Muslim tidak dikenali sebagai fasik dan tidak melakukan bidaah, maka sunat memberi salam kepadanya dan wajib menjawab salam diberikan olehnya.

  • Bagi perempuan dengan perempuan sama halnya seperti lelaki dengan lelaki, iaitu sunat memberi salam dan wajib menjawabnya.

  • Bagi perempuan dengan lelaki pula, perlu dilihat kepada dua keadaan. Keadaan pertama, jika perempuan itu isteri, hamba atau mahramnya, maka hukumnya sama seperti biasa. Keadaan kedua, jika perempuan (bukan mahram), memilik rupa paras cantik dan boleh menimbulkan fitnah, maka tidak harus bagi lelaki memberi salam kepadanya dan demikian juga sebaliknya. Hukum menjawabnya pula tidak harus bagi perempuan dan makruh bagi lelaki.

  • Bagi perempuan yang tua dan lemah serta ditakuti fitnah lagi, maka harus ia memberi salam kepada lelaki dan harus pula lelaki menjawabnya. Begitu juga sebaliknya.

  • Seorang lelaki dibolehkan memberi salam kepada kumpulan yang ramai dan sekumpulan lelaki yang ramai harus juga memberi salam kepada seorang perempuan dengan syarat tidak mendatangkan fitnah bagi kedua belah pihak.

  • Haram memberi salam kepada orang Yahudi dan Nasrani, demikian juga haram menjawab salam daripada mereka. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu memulakan salam pada orang Yahudi dan Nasrani.” (Hadis riwayat Abu Hurairah) Sabda Baginda SAW lagi: “Apabila ahli Kitab memberi salam kepada kamu, maka jawablah: ‘waalaikum’.”

  • Sunat memberi salam dalam majlis yang bercampur antara umat Islam dengan penganut agama lain dengan niat khusus ditujukan kepada orang Islam saja.

  • Seperkara yang tidak patut dilupakan di sini ialah mengenai adab atau peraturan yang baik memberi salam. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang menunggang (kenderaan) mengucapkan salam terlebih dulu kepada orang yang berjalan, orang yang berjalan kepada orang yang duduk dan pihak yang sedikit kepada kumpulan yang ramai.”

    Sabda Baginda SAW lagi: “Orang yang kecil memberi salam kepada orang besar, orang yang berjalan kepada orang yang duduk dan kumpulan yang sedikit kepada kumpulan yang ramai.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Berdasarkan dua hadis di atas, jelas kepada kita bahawa seorang anak perlu memberi salam terlebih dulu kepada bapanya, isteri kepada suaminya, murid kepada gurunya, pekerja kepada majikannya dan rakyat kepada pemimpinnya.

    Andainya berlaku sebaliknya tidaklah pula sampai menjejaskan hukum memberi salam. Ada juga kes di mana kedua-dua belah pihak mempunyai kedudukan yang sama seperti dua murid yang sama-sama sedang berjalan.

    Hikmah utama salam digalakkan kerana ia adalah amalan paling berkesan menyuburkan perasan muhibah antara satu sama lain seperti pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk ke syurga sehingga kamu beriman sehingga kamu berkasih-kasihan. Sukakah kamu aku tunjukkan satu perkara bila kamu melakukannya, kamu akan menjadi berkasih-kasihan? Maka sahabat menjawab: Ya. Rasulullah SAW menyambung: Ucapkanlah salam sesama kamu.” (Hadis riwayat bu Hurairah).

  • sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Agama/20081205082813/Article/index_html

    something from Deana:

    Salam jumaat buat semua...

    Bismillahirrahman nir rahim.

    Alhamdulillah,sesungguh da lama sy mencari topik/isu berkaitan dgn 'salam' nie. Ada jugak keluar di Berita Harian hari ni.

    sedikit jak yg sy nak tambah.. Dewasa ini, semakin kurang orang Islam sendiri terutamanya *ehem* remaja kurang mempraktikkan 'memberi salam'. Entahlah mengapa. Kalau tgk di persekitaran sy sendiri,d kampus mahupn di rumah mmg rasanya kurang bab2 bg salam ni. Tapi kalo kwn2 surau tu lain cerita lahhh.... =.=;;

    Entahlah..mgkn faktor 'modenisasi' kot.. maksud sy di sini,kita semakin & biasa menggunakan bahasa moden/BI saja dlm pertuturan kita instead of bahasa Islam itu sendiri. Yelah...kalo jumpa ja,kata2 yg first diucapkan ialah "Hi","Hello","Yo~" & kalau da nak berpisah tu plak,kata2 "Bah,ok lah.Jalan dulu"(pas tu terus berlalu pergi) ataupun "Bye!".
    Kalo tdk pn,lambaian mesra tgn ja la.


    Pada mulanya,sy akui..sy sendiri pn kurang pratikkan 'memberi salam' ni. tp bila da start btl2 nak berubah ke arah Islam,nak dekatkn diri pd Allah.. sy sedar salam itu jugak adalah doa (seperti yg ditulis dlm artikel di atas) dan rakan2 muslim sekalian,ingatlah; "doa itu senjata mukmin". dgn memberi salam (esp. pd ibubapa),kita mendoakan kesejatheraan mereka. dan bila mereka menjawab, kan itu jugak doa buat kita. dan hukum m'jwb salam wajib tau... takkan tdk mau kesejatheraan???
    Firman Allah SWT;
    "Dan apabila kamu dihormati dengan suatu(salam) penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (penghormatan itu,yang sepadan) dengannya. Sungguh,Allah memperhitungkan segala sesuatu." (An-Nisa':ayat 86)

    ada yg sy belajar dr kwn baik sy. Dia merupakan slh seorg kwn baik sy yg byk membantu sy semasa sy ingin berubah sem lalu. Melaluinya, sy belajar memberi salam walaupun dlm SMS. Dgn kwn sy ni,kalo berSMS dgn dia jak.. setiap msg yg sy dpt dr dia mesti dimulakan dgn salam. Sy kira betapa penyayangnya dia ni pada saudara2 seIslamnya dgn slalu m'doakn kami. krn terbiasa dgn cara SMS bgitu,dgn rakan2 lain pn sy buat. Pernah sampai sorg coursemate sy tegur n ckp (dlm SMS), "wah..kau ni baik btl.sentiasa m'doakn aku ya". sy snyum ja tgk msg dia tu.x kisahlah...yg penting kita ikhlas dan buat krn Allah.

    rasanya itu sajalah buat kali ni.. moga kita manfaatkanlah apa yg tlh Allah berikan pd kita di dunia ini. Perlu diingat..Islam itu kan ad-din,cara hidup. maka pratikkanlah Islam dalam hidup sepenuhnya (kalau nak start dari awal semula cam sy,kena slow2 lah..jan gelojoh plak.hehe. tp trlmpau slow smpai berlengah2 pn x blh jugaaakkkkkk).

    wallahu ahlam..

    untuk sahabat mahasiswa sekalian (juga untuk diri ini)

    70 peratus ikuti SLG dapat kerja

    KUALA LUMPUR: Kira-kira 70 peratus daripada 38,164 siswazah yang mengikuti Skim Latihan Graduan (SLG) berjaya mendapat pekerjaan selepas tamat latihan, Dewan Negara diberitahu semalam.

    Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad, berkata perkembangan itu menunjukkan bahawa skim itu, yang dilancarkan pada 2001 dengan peruntukan RM240 juta untuk membantu siswazah menganggur mendapatkan pekerjaan berjaya mencapai matlamatnya.

    "Kementerian merancang merangka program untuk melatih semula graduan yang menganggur ini dengan kerjasama agensi seperti Malaysian Institute of Microelectronics Systems (Mimos) dan Multimedia Development Corporation (MDEC) bagi peningkatan kemahiran mengikut keperluan industri.

    "Latihan itu akan menjurus kepada bidang teknologi maklumat, bahasa Inggeris, peningkatan diri, soft-skills dan sebagainya," katanya ketika menjawab soalan Senator J Usha Nandhini di sini, semalam.

    Usha ingin tahu adakah kementerian mempunyai rancangan untuk melancarkan semula SLG bagi siswazah menganggur dan juga skim latihan pekerja yang diberhentikan dan penganggur berikutan krisis ekonomi global ketika ini.

    Noraini berkata, bagi memantau pemberhentian pekerja, kementerian menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Pemberhentian Pekerja dan Jawatan-kuasa Menjaga Kebajikan Pekerja yang berperanan menjamin kebajikan pekerja yang terbabit dan membantu mereka mendapatkan pekerjaan semula.

    Katanya, kerajaan melalui syarikat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) juga sedang melaksanakan skim latihan pekerja yang diberhentikan kerja bertujuan melatih pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja daripada sektor swasta.

    "Sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk melaksanakan skim ini yang membolehkan pekerja yang diberhentikan kerja memohon untuk mengikuti latihan semula dengan percuma bagi mendapat kemahiran dan pekerjaan baru," katanya.

    Noraini turut berkata, sehingga kini, seramai 100,339 graduan menganggur mendaftar dalam sistem pencarian pekerjaan secara dalam talian, Job Malaysia.

    sumber: Berita Harian, edisi 4hb Dis 2008 (6 Zulhijjah 1429H)
    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20081203235155/Article/index_html

    something dari Deana:

    Bismillahirrahman nir rahim.

    1st of all,sorry lah semua. sy gunakan keratan akhbar lagi utk posting kali.just nak kongsi2 ar..sbb tentu skali ada jugak sahabat2 d sna yg x baca paper sgt ataupn baca tapi tgk bhgn tertentu jak.hehe.

    anyways,topik kali ni akan dkt ngan sy n rakan2 sekalian sbb berkaitan dgn penggangguran (maha)siswazah yg sudah graduate. teringat plak time form 6 dulu,pernah buat esei pasal ni utk subjek Pengajian Am d tuition. Alhamdulillah,dpt buat yg baek pnya. :)

    yg sy nak tekankan sini sikit jer... xdalah byk sgt cam isu sblm ni.

    "Latihan itu akan menjurus kepada bidang teknologi maklumat, bahasa Inggeris, peningkatan diri, soft-skills dan sebagainya," katanya ketika menjawab soalan Senator J Usha Nandhini di sini, semalam.

    daripada petikan ni,makanya mahasiswa sekalian (termasuk diri sy) kenalah alert dgn keadaan kita sendiri. alert yg mcm mana? alert dgn kemahiran yg ada pd diri lah.. sbbnya nak kerja nanti,kan kena ada kemahiran asas & tertentu(m'ikut bidang) utk diambil bekerja.

    pertama kali,sy nak sentuh pasal kemahiran berbahasa Inggeris. sedia maklumlah BI ni bhs antarabangsa. jd,sy serulah & ajak rakan2 semua..marilah sama2 kita kuasai bahasa ini. Kuasai bahasa tidak bermaksud m'ikut budaya Inggeris (Barat lah tu..). Perlu diingat,kita ingin menguasai bahasa untuk menambah ilmu di dada. Dan sememangnya Allah jugak m'galakkn hamba2Nya utk menimba ilmu. Dlm Islam,menimba ilmu itu dikira ibadat. Asalkan ilmu yg kita pelajari itu baik dan bkn yg merosakkan kita plak.. balik pd BI ni.mmg diakui,byk jugak rakan2 sy di sekeliling mahupun ahli keluarga sy sendiri yg agak kurang fasih dgn BI ni. Kalo setakat m'dgr atau baca kira ok lah tapi kalo berkomunikasi tu kurang sket. sy pn bknnya bgs sgt BI.tp Alhamdulillah,blh la~~ byk cara nak pelajari BI ni sbnrnya..(bhs lain pn sama jugak). antaranya, pratikkan berkomunikasi guna BI,bykkan baca bhn bacaan dlm BI (huh,buku teks sy cam hmpir semua pn BI!),ada juga yg dgn m'dgr lagu BI ataupun tgk wayg/drama BI. Kalo sy plak masa sek. rendah dulu.. baca dictionary oxford jadi hobby.hehe! Best...!

    cumanya...sy x faham sket napa bila ada antara kita yg nak pratikkan ckp BI (dlm blog atau perckpan seharian),mesti ada suara sumbang yg nak mengata org yg speaking tu mengada2 la plak.. adede..
    sama kes cam masa sy skolah dulu ar.mulanya malu nak speaking,tp lama2 tu,lantak sy lah.yg pnting,sy bkn nak minta puji.sy nak bljr :D

    mengenai peningkatan diri dan soft-skill plak..mahasiswa perlulah lbh mengikuti aktiviti2 atau program2 di kampus.jan dok nak belajar ja... kena seimbang akedemik dan ko-kurikulum. bg sy sendiri, bertanding dlm pilihanraya kolej kediaman sesi lalu adalah suatu pengalaman yg agak berharga utk diri sy sendiri yg mana tanpa disedari sy cuba kluar dr kepompong selesa sy selama ini. Tapi sy sentiasa ingatkn diri ini bahawasanya.. jawatan yg dipegang itu adalah AMANAH dan di Akhirat kelak,sy pasti akan ditanya oleh Allah SWT mengenainya.jd,sy kenalah laksanakn t/jwb setelah dipilih utk menjawat jawatan sy skrg.

    soft-skill jugak blh ditingkatkan melalui aktiviti sebegini (masuk JAKMAS/MPP).Betul... sbb kenapa sy ckp cam tu,sbb sy alaminya sendiri. Sy snbrnya pemalu kalo bab2 nak ckp dpn org ramai,seram sejuk gila satu badan.tp bila da jd s/u jakmas ni,nak tak nak..sy kena jd pengerusi meeting. bercakap tu satu hal..mau kawal org2 dlm meeting tu lg satu hal. jd,sy kena jugak pandai guna soft-skill utk tarik perhatian org2 dlm meeting & sekaligus m'gawal keadaan di dlm meeting tu supaya x tersasar. adeh.... sampai skrg sy masih perlu byk belajar. Tp insyaAllah,mudah2an dipermudahkan Allah. Oh...baru terfikir. utk soft-skill ni jugak..kalau utk sahabat2 yg terlibat dgn aktiviti masjid/surau,apa salahnya tingkatkan soft-skill melalui 'latihan' memberi tazkirah/ceramah pendek atau m'jd naqib/naqibah utk suatu kump usrah/diman. byk cara kita nak tingkatkan soft-skill ni...heheh. (huhu,cam rasa nak taste jugak jd naqibah nie..slalu tazkirah kat anak buah 8 thn di rumah jerk..)

    apa yg ingin sy perkatakan di sini adalah, kita sbg mahasiswa kenalah bersikap "sediakan payung sebelum hujan". Jgn bila da abis study,da graduate..baru nak start balik lg dgn latihan2 dlm skim sebegini yg kita snrnya blh mula pratikkan dlm kampus/smsa pengajian lg. InsyaAllah,manalah tau dgn persediaan awal kita tu..blh da graduate,da senang nak dpt kerja. :)

    Aisese...pjg jugak komentar sy ni..huhu. Cam yg Hyrul penah ckp kat sy,sy ni mmg payah nak berhenti once da start bercakap. Hahah! tp pandai lah dia tu tau cara camna nak bg sy stop.Adoii..malunyer...

    Apa2 pun,ini sekadar perkongsian sy utk rakan2 sekalian.moga memberi manfaat dan harap dibetulkanlah apa2 atau mana2 yg salah silap jer.. sy ni pn manusia besa jugak kan. Yg baik itu dr Allah dan yg x baik itu adalah kelemahan diri ini.Hakikatnya semua itu dr Allah.

    Wallahu ahlam...



    tidoooooooooo... (makin insomnia sy nie..huhu)

    Thursday, December 04, 2008

    Bangsa MALAYSIA??

    Idea Razak, Barnes dan Mukhriz: Satu sekolah, satu bangsa

    MUKHRIZ Mahathir memberi satu cadangan yang bernas. Beliau mencadangkan supaya diwujudkan sekolah satu sistem - tiada sekolah Melayu, sekolah Cina mahupun sekolah Tamil, tapi menggunakan sistem sekolah kebangsaan Malaysia sepenuhnya.

    Katanya, pelaksanaan satu sistem pendidikan kebangsaan adalah jalan terbaik untuk ''menghapuskan polarisasi kaum dan pada masa sama mengukuhkan perpaduan serta merapatkan penyatuan hubungan pelbagai kaum di negara ini''.

    Walaupun ia bukanlah satu cadangan baru, namun ia dibangkitkan ketika suasana negara sedang panas ekoran cabaran demi cabaran pihak-pihak tertentu yang cuba mempersoalkan mengenai perkara-perkara sensitif membabitkan perkauman.

    Cadangan itu sepatutnya diterima sebulat suara oleh rakyat yang menamakan diri mereka rakyat Malaysia. Di mana-mana negara sekali pun, pendidikan adalah asas pembinaan yang amat penting bagi membentuk satu bangsa yang kukuh.

    Oleh itu, sistem pendidikan sesebuah negara harus berlandaskan satu sistem dan bukannya dua mahupun tiga. Di Malaysia kini, kita mempunyai tiga aliran sistem persekolahan yang berbeza yang secara hakikatnya telah melahirkan latar belakang rakyatnya yang terdiri daripada tiga aliran pemikiran dan pendekatan.

    Jika ada pihak yang mahu mencabar cadangan ini, minta dikemukakan contoh negara mana di dunia ini yang mengamalkan sistem seperti yang ada di Malaysia ini. Sistem ini mungkin nampak elok, pada masa dulu dan kini, namun dalam kedudukan negara sudah berusia lebih 50 tahun, ia mulai menampakkan kelemahannya.

    Generasi demi generasi yang dilahirkan oleh sistem itu mula menampakkan jurang perkauman yang semakin menebal. Sekolah Melayu (sekolah kebangsaan yang kurang diminati kaum Cina, misalnya) melahirkan kaum pemikir yang berteraskan kemelayuan, keislaman dan kekampungannya yang tebal, sekolah Cina melahirkan generasi yang berteraskan kecinaan, kiasu dan kebandarannya yang menebal, manakala sekolah Tamil (yang agak tercicir) melahirkan generasi yang pada hakikatnya tidak begitu cemerlang dan terkebelakang.

    Dalam pada itu, wujud pula sekolah-sekolah khususnya di bandar yang melahirkan sekumpulan generasi yang terlalu liberal.

    Namun, atas dasar kepungan sekuriti budaya yang menebal dan mungkin juga atas dasar egoistik sosioekonomi, teras tersebut telah dipelihara rapi dan tidak mahu direlaikan oleh mana-mana kaum berkenaan.

    Ahli sejarah negara, Profesor Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim ketika memberi reaksi kepada cadangan itu kelmarin berkata: ''Cadangan Mukhriz itu sebagai sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes 1951.

    Apa sebenarnya Penyata Razak 1956? Menurut sebuah laman blog Sejarah Pendidikan Negara: Menteri Pelajaran ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak tahun 1956. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957.

    Tujuan Penyata Razak adalah: Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah; Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu; Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan; Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif; Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan; Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , liberal dan progresif, dan; Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan.

    Bagi mengukuhkan lagi Penyata Razak itu, satu lagi dokumen penting mengenai konsep sekolah kebangsaan telah diwujudkan oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Laporan Barnes. Ia disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes. Laporan itu disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.

    Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu: Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar. Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.

    Laporan Barnes juga turut mengesyorkan beberapa langkah. Antaranya ialah:

    Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

    Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

    Kedua-dua laporan itu, sebagaimana yang dinyatakan oleh Prof. Kay Kim telah cukup jelas. Hanya satu sistem diwujudkan untuk kesemua ras yang ada di negara ini. Tujuan Penyata Razak telah menggariskan satu pendekatan yang cukup murni untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dalam pembentukan negara ini.

    Bagaimanapun, oleh kerana wujud kebimbangan di kalangan orang Cina ketika itu terhadap kedudukan bahasa dan budaya kaum itu, satu kajian dilakukan oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersatu bagi Negara China) dan Dr. Wu, mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kemudiannya dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu (1951).

    Laporan Fenn-Wu itu mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952). Antara beberapa syor tersebut ialah:

    Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan bahasa Cina dan Tamil dan bahasa kebangsaan juga dibenarkan; Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan, dan; Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

    Maka, sejak itu lahirlah sistem yang ada pada hari ini. Oleh kerana kekuatan sesuatu kaum itu, maha corak fizikal bangunan sekolah juga menggambarkan pencapaian kaum tersebut. Sekolah kebangsaan yang dibangunkan oleh kerajaan terus dengan stail pendidikannya dan begitu jugalah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Kita tidak pasti sampai bila sistem-sistem ini akan terus berkekalan.

    Mungkin juga, sebuah suruhanjaya Parlimen perlu dibentuk supaya rakyat Malaysia bersama- sama berganding bahu menggubal sebuah dokumen baru bagi membolehkan cadangan sekolah satu sistem itu, akhirnya menjadi realiti.

    sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_11.htm

    sedikit dari Deana:

    Bismillahirrahman nir rahim..

    Saya bersetuju dengan cadangan ni,sejujurnya. kerana dgn adanya suatu sistem pendidikan yang tetap (sekolah kebangsaan) tanpa perlu adanya cabang2 (spt sek.2 vernakular),barulah kita dapat melahirkan generasi BANGSA MALAYSIA yg sebenar2nya. kalau tdk semuanya,segelintir (yg pnting,ttp ada~!).

    Kerajaan acapkali mengungkapkan "bangsa Malaysia" tapi hakikatnya,rakyat di negara ini masih lagi hanya terdiri drpd bangsa Melayu,bangsa Cina,bangsa India,bangsa bumiputera bukan Melayu... tiada penyatuan sgt pun sbgmana yg diwar2 melalui 'kalimah' bangsa Malaysia itu. yang blh kita tgk hanya semasa menyambut hari kemerdakaan di padang merdeka..ah..yalah,semua bangsa buat persembahan..wiiiiiiiieeeee =.= is that it???

    Kedua-dua laporan itu, sebagaimana yang dinyatakan oleh Prof. Kay Kim telah cukup jelas. Hanya satu sistem diwujudkan untuk kesemua ras yang ada di negara ini. Tujuan Penyata Razak telah menggariskan satu pendekatan yang cukup murni untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dalam pembentukan negara ini.

    c'mon lah,malaysian friends.. mana2 bangsa pun xkan terhapuslah sekiranya mau laksanakan "satu sekolah,satu bangsa" nie... janganlah kita suka sgt nak memperbesarkan hal2 yg baik (sebenarnya) utk negara kita ini. kalo dgn tdk adanya sekolah vernakular,suatu bangsa (samada cina atau india) akan terjejas/terhapus.. then,takkanlah pas ni nak buat sekolah vernakular utk bangsa bumiputera bkn melayu lah plak?? aisese...

    mgkn jugak,ada pihak yg pnya keuntungan melalui sekolah2 vernakular ni..sbb tu xmo kalo dihapuskan utk dijadikan 1 sekolah kebangsaan jak. Allahu ahlam..

    pengalaman sepanjang hidup sy byk memperlihatkn implikasi sistem persekolahan sebegini. masa sekolah taska dan tadika,no hal la...besa ja. siap time tadika tu,belajar bahasa mandarin jugak.best woorrr..
    masuk sekolah rendah,sekolah rendah kebangsaan (skrg da tukar pi sek.keb da..).di sana,pelbagai bangsa mmg campur.best sbb kwn pun pelbagai bangsa dan etnik.hehe.Alhamdulillah.. masuk sekolah menengah,sekolah all-girls. time ni mmg da ada nampak cam jurang antara pelajar dan pemisahan kumpulan2 pelajar mengikut kaum.tempat duduk dorang dlm kelas pun mesti semua berpuak..bertudung ngan bertudung,melayu n melayu/bumiputera,cina ngan cina.. kalo dlm kelas tu..mmg x sah kalo ada 1 (at least SATU) kump chinese,yg kdg2 blh dikatakan x ikut sgt peredaran smsa. tp BUKAN SEMUA lah.cumanya,sy akui sendiri..kami,pelajar non-chinese agak sukar kalo nak kamcing ngan budak2 chinese (Oya,sekolahku x byk budak india..limited edition dorg sana...hehe. slh 1 plak,best fren sy.haha!).kdg2 tu,skali da rapat ngan dorg n dorg(bebudak chinese) ni pun da okay ngan kita..wahh,rasa seronok lah plak sbb dpt kwn ngan budak chinese (aiseh..apa lah plak cenggini ni...).tapi Alhamdulillah,masa form 4,form 5 tu..berjaya jugak kitorg satukan satu kelas tu tanpa perbezaan kaum.

    masuk form 6 lagilah teruk. sy satu2 pelajar melayu islam yg masuk kelas sains. masa ting. 6 rendah,ok lagi..masih ada 2 pelajar non-chinese (indian n bumi x melayu). masa memula masuk..waktu rehatlah sy rasa paaaaaaaaaling sunyi/lonely sbb xda kwn lgsg.penah skali menangis diam2 jugak. tp alhamdulillah,dpt juga harungi.tapi bila da naik upper 6,huhu... sy sorg je non-chinese yg tinggal. semua guru2 sy sampai risau. yg sy nak point sini bkn apa,classsmate sy masa tu byk jugak dr sek. vernakular cina. n bila tiba bln puasa,masa rehat tu..diorg ttp makan dpn sy. sy anggap mgkn sbb mrk x pernah/jarang bergaul dgn pelajar melayu/islam,jd mrk x tau pn pasal hal berpuasa. cubalah kalo dorg tu dr sekolah besa..mesti da tau kan. cam rumet sy skrg ni,mmg bersekolah d sek.keb..dia w/pun non-muslim tapi siap ikut pertandingan nasyid n menang johan plak tu. ada interaksi n toleransi lah kiranya bila da saling memahami/bergaul dalam satu persekitaran (contoh paling senang; sekolah la,apa lagi!)...

    berkenaan dgn bahasa.. "Bahasa jiwa bangsa". Kalau bahasa kebangsaan,bahasa Malaysia (bahasa Melayu jugak arr tu) tdk dipratikkan sepenuhnya..mcmlah agaknya dgn 'jiwa' untuk bangsa Malaysia?? aisese lagik...

    kalau takut sangat bahasa mandarin(cina) n tamil 'terhapus'... boleh saja bahasa2 tersebut m'jd subjek dlm sek.keb tu kan.. payah utk m'yusun jadualnya nti? karut la.. blh saja susun jadualnya sbgaimana jadual utk subjek pendidikan agama Islam & pendidikan moral. ertinya.. pelajar yg ambi bahasa Cina g satu kelas n pada yg sama,pelajar yg ambil bahasa tamil g kelas yg lain/stay di kelas sendiri. kalau blh buat utk subjek elektif lain,napa x boleh utk 2 subjek bhasa ni plak?

    maka,oleh itu...pikirkan lah mengenai hal ini,wahai rakyat Malaysia. jangan asyik nak jaga kepentingan sendiri jer... tgklah,bila sy da masuk U ni pn..keadaannya sama jugak. scr majoritinya, mahasiswa bila tgk (cthnya d kafe atau dwn kuliah) akan berkelompok ikut kaum masing2. kalau campur tu jarang sekali & kdg2 tu pun sbb group discussion utk assignment.

    sama2 lah kita bersatu dgn sebenar2nya untuk majukan negara kita ini..

    Wallahu ahlam..hanya Allah lbh mengetahui..



    Tuesday, December 02, 2008

    some pics... to share :)

    Bismillahirrahman nir rahim...
    buang tabiat skeet :D da dasar sy ni minta fotografi.nak share la sket 2 gmbr kt bwh nie.
    gmbr2 saudara kita di palestin. :)

    A Palestinian man greets relatives in the West Bank city of Qalqilia, after being released from 12 years in Israeli prison. (Khaleel Reash, Maan Images)



    Palestinian children play in the narrow streets of the Shati refugee camp in Gaza City. (Maan Images)
    a couple of pics should be enough for now. I'm just testing to online using my sis' Celcom broadband on my internet-less desktop XD

    please check this website for more... IMEU (Institute for Middle East Understanding)


    da mlm... nak tido~~~ ZZZZzzzzz
    p.s: mm..da masuk cuti ni,mcm kwn dr iluvislam.com sy kata,"cuti2 ni ternak lemak jer kat umah" (something like dat).hehe...bergantung jugak kot apa yg kita isikan dgn masa cuti kita :)
    Related Posts with Thumbnails