Friday, December 05, 2008

untuk sahabat mahasiswa sekalian (juga untuk diri ini)

70 peratus ikuti SLG dapat kerja

KUALA LUMPUR: Kira-kira 70 peratus daripada 38,164 siswazah yang mengikuti Skim Latihan Graduan (SLG) berjaya mendapat pekerjaan selepas tamat latihan, Dewan Negara diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad, berkata perkembangan itu menunjukkan bahawa skim itu, yang dilancarkan pada 2001 dengan peruntukan RM240 juta untuk membantu siswazah menganggur mendapatkan pekerjaan berjaya mencapai matlamatnya.

"Kementerian merancang merangka program untuk melatih semula graduan yang menganggur ini dengan kerjasama agensi seperti Malaysian Institute of Microelectronics Systems (Mimos) dan Multimedia Development Corporation (MDEC) bagi peningkatan kemahiran mengikut keperluan industri.

"Latihan itu akan menjurus kepada bidang teknologi maklumat, bahasa Inggeris, peningkatan diri, soft-skills dan sebagainya," katanya ketika menjawab soalan Senator J Usha Nandhini di sini, semalam.

Usha ingin tahu adakah kementerian mempunyai rancangan untuk melancarkan semula SLG bagi siswazah menganggur dan juga skim latihan pekerja yang diberhentikan dan penganggur berikutan krisis ekonomi global ketika ini.

Noraini berkata, bagi memantau pemberhentian pekerja, kementerian menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Pemberhentian Pekerja dan Jawatan-kuasa Menjaga Kebajikan Pekerja yang berperanan menjamin kebajikan pekerja yang terbabit dan membantu mereka mendapatkan pekerjaan semula.

Katanya, kerajaan melalui syarikat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) juga sedang melaksanakan skim latihan pekerja yang diberhentikan kerja bertujuan melatih pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja daripada sektor swasta.

"Sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk melaksanakan skim ini yang membolehkan pekerja yang diberhentikan kerja memohon untuk mengikuti latihan semula dengan percuma bagi mendapat kemahiran dan pekerjaan baru," katanya.

Noraini turut berkata, sehingga kini, seramai 100,339 graduan menganggur mendaftar dalam sistem pencarian pekerjaan secara dalam talian, Job Malaysia.

sumber: Berita Harian, edisi 4hb Dis 2008 (6 Zulhijjah 1429H)
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20081203235155/Article/index_html

something dari Deana:

Bismillahirrahman nir rahim.

1st of all,sorry lah semua. sy gunakan keratan akhbar lagi utk posting kali.just nak kongsi2 ar..sbb tentu skali ada jugak sahabat2 d sna yg x baca paper sgt ataupn baca tapi tgk bhgn tertentu jak.hehe.

anyways,topik kali ni akan dkt ngan sy n rakan2 sekalian sbb berkaitan dgn penggangguran (maha)siswazah yg sudah graduate. teringat plak time form 6 dulu,pernah buat esei pasal ni utk subjek Pengajian Am d tuition. Alhamdulillah,dpt buat yg baek pnya. :)

yg sy nak tekankan sini sikit jer... xdalah byk sgt cam isu sblm ni.

"Latihan itu akan menjurus kepada bidang teknologi maklumat, bahasa Inggeris, peningkatan diri, soft-skills dan sebagainya," katanya ketika menjawab soalan Senator J Usha Nandhini di sini, semalam.

daripada petikan ni,makanya mahasiswa sekalian (termasuk diri sy) kenalah alert dgn keadaan kita sendiri. alert yg mcm mana? alert dgn kemahiran yg ada pd diri lah.. sbbnya nak kerja nanti,kan kena ada kemahiran asas & tertentu(m'ikut bidang) utk diambil bekerja.

pertama kali,sy nak sentuh pasal kemahiran berbahasa Inggeris. sedia maklumlah BI ni bhs antarabangsa. jd,sy serulah & ajak rakan2 semua..marilah sama2 kita kuasai bahasa ini. Kuasai bahasa tidak bermaksud m'ikut budaya Inggeris (Barat lah tu..). Perlu diingat,kita ingin menguasai bahasa untuk menambah ilmu di dada. Dan sememangnya Allah jugak m'galakkn hamba2Nya utk menimba ilmu. Dlm Islam,menimba ilmu itu dikira ibadat. Asalkan ilmu yg kita pelajari itu baik dan bkn yg merosakkan kita plak.. balik pd BI ni.mmg diakui,byk jugak rakan2 sy di sekeliling mahupun ahli keluarga sy sendiri yg agak kurang fasih dgn BI ni. Kalo setakat m'dgr atau baca kira ok lah tapi kalo berkomunikasi tu kurang sket. sy pn bknnya bgs sgt BI.tp Alhamdulillah,blh la~~ byk cara nak pelajari BI ni sbnrnya..(bhs lain pn sama jugak). antaranya, pratikkan berkomunikasi guna BI,bykkan baca bhn bacaan dlm BI (huh,buku teks sy cam hmpir semua pn BI!),ada juga yg dgn m'dgr lagu BI ataupun tgk wayg/drama BI. Kalo sy plak masa sek. rendah dulu.. baca dictionary oxford jadi hobby.hehe! Best...!

cumanya...sy x faham sket napa bila ada antara kita yg nak pratikkan ckp BI (dlm blog atau perckpan seharian),mesti ada suara sumbang yg nak mengata org yg speaking tu mengada2 la plak.. adede..
sama kes cam masa sy skolah dulu ar.mulanya malu nak speaking,tp lama2 tu,lantak sy lah.yg pnting,sy bkn nak minta puji.sy nak bljr :D

mengenai peningkatan diri dan soft-skill plak..mahasiswa perlulah lbh mengikuti aktiviti2 atau program2 di kampus.jan dok nak belajar ja... kena seimbang akedemik dan ko-kurikulum. bg sy sendiri, bertanding dlm pilihanraya kolej kediaman sesi lalu adalah suatu pengalaman yg agak berharga utk diri sy sendiri yg mana tanpa disedari sy cuba kluar dr kepompong selesa sy selama ini. Tapi sy sentiasa ingatkn diri ini bahawasanya.. jawatan yg dipegang itu adalah AMANAH dan di Akhirat kelak,sy pasti akan ditanya oleh Allah SWT mengenainya.jd,sy kenalah laksanakn t/jwb setelah dipilih utk menjawat jawatan sy skrg.

soft-skill jugak blh ditingkatkan melalui aktiviti sebegini (masuk JAKMAS/MPP).Betul... sbb kenapa sy ckp cam tu,sbb sy alaminya sendiri. Sy snbrnya pemalu kalo bab2 nak ckp dpn org ramai,seram sejuk gila satu badan.tp bila da jd s/u jakmas ni,nak tak nak..sy kena jd pengerusi meeting. bercakap tu satu hal..mau kawal org2 dlm meeting tu lg satu hal. jd,sy kena jugak pandai guna soft-skill utk tarik perhatian org2 dlm meeting & sekaligus m'gawal keadaan di dlm meeting tu supaya x tersasar. adeh.... sampai skrg sy masih perlu byk belajar. Tp insyaAllah,mudah2an dipermudahkan Allah. Oh...baru terfikir. utk soft-skill ni jugak..kalau utk sahabat2 yg terlibat dgn aktiviti masjid/surau,apa salahnya tingkatkan soft-skill melalui 'latihan' memberi tazkirah/ceramah pendek atau m'jd naqib/naqibah utk suatu kump usrah/diman. byk cara kita nak tingkatkan soft-skill ni...heheh. (huhu,cam rasa nak taste jugak jd naqibah nie..slalu tazkirah kat anak buah 8 thn di rumah jerk..)

apa yg ingin sy perkatakan di sini adalah, kita sbg mahasiswa kenalah bersikap "sediakan payung sebelum hujan". Jgn bila da abis study,da graduate..baru nak start balik lg dgn latihan2 dlm skim sebegini yg kita snrnya blh mula pratikkan dlm kampus/smsa pengajian lg. InsyaAllah,manalah tau dgn persediaan awal kita tu..blh da graduate,da senang nak dpt kerja. :)

Aisese...pjg jugak komentar sy ni..huhu. Cam yg Hyrul penah ckp kat sy,sy ni mmg payah nak berhenti once da start bercakap. Hahah! tp pandai lah dia tu tau cara camna nak bg sy stop.Adoii..malunyer...

Apa2 pun,ini sekadar perkongsian sy utk rakan2 sekalian.moga memberi manfaat dan harap dibetulkanlah apa2 atau mana2 yg salah silap jer.. sy ni pn manusia besa jugak kan. Yg baik itu dr Allah dan yg x baik itu adalah kelemahan diri ini.Hakikatnya semua itu dr Allah.

Wallahu ahlam...



tidoooooooooo... (makin insomnia sy nie..huhu)

No comments:

Related Posts with Thumbnails