Thursday, December 04, 2008

Bangsa MALAYSIA??

Idea Razak, Barnes dan Mukhriz: Satu sekolah, satu bangsa

MUKHRIZ Mahathir memberi satu cadangan yang bernas. Beliau mencadangkan supaya diwujudkan sekolah satu sistem - tiada sekolah Melayu, sekolah Cina mahupun sekolah Tamil, tapi menggunakan sistem sekolah kebangsaan Malaysia sepenuhnya.

Katanya, pelaksanaan satu sistem pendidikan kebangsaan adalah jalan terbaik untuk ''menghapuskan polarisasi kaum dan pada masa sama mengukuhkan perpaduan serta merapatkan penyatuan hubungan pelbagai kaum di negara ini''.

Walaupun ia bukanlah satu cadangan baru, namun ia dibangkitkan ketika suasana negara sedang panas ekoran cabaran demi cabaran pihak-pihak tertentu yang cuba mempersoalkan mengenai perkara-perkara sensitif membabitkan perkauman.

Cadangan itu sepatutnya diterima sebulat suara oleh rakyat yang menamakan diri mereka rakyat Malaysia. Di mana-mana negara sekali pun, pendidikan adalah asas pembinaan yang amat penting bagi membentuk satu bangsa yang kukuh.

Oleh itu, sistem pendidikan sesebuah negara harus berlandaskan satu sistem dan bukannya dua mahupun tiga. Di Malaysia kini, kita mempunyai tiga aliran sistem persekolahan yang berbeza yang secara hakikatnya telah melahirkan latar belakang rakyatnya yang terdiri daripada tiga aliran pemikiran dan pendekatan.

Jika ada pihak yang mahu mencabar cadangan ini, minta dikemukakan contoh negara mana di dunia ini yang mengamalkan sistem seperti yang ada di Malaysia ini. Sistem ini mungkin nampak elok, pada masa dulu dan kini, namun dalam kedudukan negara sudah berusia lebih 50 tahun, ia mulai menampakkan kelemahannya.

Generasi demi generasi yang dilahirkan oleh sistem itu mula menampakkan jurang perkauman yang semakin menebal. Sekolah Melayu (sekolah kebangsaan yang kurang diminati kaum Cina, misalnya) melahirkan kaum pemikir yang berteraskan kemelayuan, keislaman dan kekampungannya yang tebal, sekolah Cina melahirkan generasi yang berteraskan kecinaan, kiasu dan kebandarannya yang menebal, manakala sekolah Tamil (yang agak tercicir) melahirkan generasi yang pada hakikatnya tidak begitu cemerlang dan terkebelakang.

Dalam pada itu, wujud pula sekolah-sekolah khususnya di bandar yang melahirkan sekumpulan generasi yang terlalu liberal.

Namun, atas dasar kepungan sekuriti budaya yang menebal dan mungkin juga atas dasar egoistik sosioekonomi, teras tersebut telah dipelihara rapi dan tidak mahu direlaikan oleh mana-mana kaum berkenaan.

Ahli sejarah negara, Profesor Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim ketika memberi reaksi kepada cadangan itu kelmarin berkata: ''Cadangan Mukhriz itu sebagai sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes 1951.

Apa sebenarnya Penyata Razak 1956? Menurut sebuah laman blog Sejarah Pendidikan Negara: Menteri Pelajaran ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak tahun 1956. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957.

Tujuan Penyata Razak adalah: Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah; Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu; Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan; Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif; Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan; Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , liberal dan progresif, dan; Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan.

Bagi mengukuhkan lagi Penyata Razak itu, satu lagi dokumen penting mengenai konsep sekolah kebangsaan telah diwujudkan oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Laporan Barnes. Ia disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes. Laporan itu disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.

Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu: Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar. Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.

Laporan Barnes juga turut mengesyorkan beberapa langkah. Antaranya ialah:

Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

Kedua-dua laporan itu, sebagaimana yang dinyatakan oleh Prof. Kay Kim telah cukup jelas. Hanya satu sistem diwujudkan untuk kesemua ras yang ada di negara ini. Tujuan Penyata Razak telah menggariskan satu pendekatan yang cukup murni untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dalam pembentukan negara ini.

Bagaimanapun, oleh kerana wujud kebimbangan di kalangan orang Cina ketika itu terhadap kedudukan bahasa dan budaya kaum itu, satu kajian dilakukan oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersatu bagi Negara China) dan Dr. Wu, mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kemudiannya dikenali sebagai Laporan Fenn-Wu (1951).

Laporan Fenn-Wu itu mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952). Antara beberapa syor tersebut ialah:

Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan bahasa Cina dan Tamil dan bahasa kebangsaan juga dibenarkan; Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan, dan; Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

Maka, sejak itu lahirlah sistem yang ada pada hari ini. Oleh kerana kekuatan sesuatu kaum itu, maha corak fizikal bangunan sekolah juga menggambarkan pencapaian kaum tersebut. Sekolah kebangsaan yang dibangunkan oleh kerajaan terus dengan stail pendidikannya dan begitu jugalah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Kita tidak pasti sampai bila sistem-sistem ini akan terus berkekalan.

Mungkin juga, sebuah suruhanjaya Parlimen perlu dibentuk supaya rakyat Malaysia bersama- sama berganding bahu menggubal sebuah dokumen baru bagi membolehkan cadangan sekolah satu sistem itu, akhirnya menjadi realiti.

sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_11.htm

sedikit dari Deana:

Bismillahirrahman nir rahim..

Saya bersetuju dengan cadangan ni,sejujurnya. kerana dgn adanya suatu sistem pendidikan yang tetap (sekolah kebangsaan) tanpa perlu adanya cabang2 (spt sek.2 vernakular),barulah kita dapat melahirkan generasi BANGSA MALAYSIA yg sebenar2nya. kalau tdk semuanya,segelintir (yg pnting,ttp ada~!).

Kerajaan acapkali mengungkapkan "bangsa Malaysia" tapi hakikatnya,rakyat di negara ini masih lagi hanya terdiri drpd bangsa Melayu,bangsa Cina,bangsa India,bangsa bumiputera bukan Melayu... tiada penyatuan sgt pun sbgmana yg diwar2 melalui 'kalimah' bangsa Malaysia itu. yang blh kita tgk hanya semasa menyambut hari kemerdakaan di padang merdeka..ah..yalah,semua bangsa buat persembahan..wiiiiiiiieeeee =.= is that it???

Kedua-dua laporan itu, sebagaimana yang dinyatakan oleh Prof. Kay Kim telah cukup jelas. Hanya satu sistem diwujudkan untuk kesemua ras yang ada di negara ini. Tujuan Penyata Razak telah menggariskan satu pendekatan yang cukup murni untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dalam pembentukan negara ini.

c'mon lah,malaysian friends.. mana2 bangsa pun xkan terhapuslah sekiranya mau laksanakan "satu sekolah,satu bangsa" nie... janganlah kita suka sgt nak memperbesarkan hal2 yg baik (sebenarnya) utk negara kita ini. kalo dgn tdk adanya sekolah vernakular,suatu bangsa (samada cina atau india) akan terjejas/terhapus.. then,takkanlah pas ni nak buat sekolah vernakular utk bangsa bumiputera bkn melayu lah plak?? aisese...

mgkn jugak,ada pihak yg pnya keuntungan melalui sekolah2 vernakular ni..sbb tu xmo kalo dihapuskan utk dijadikan 1 sekolah kebangsaan jak. Allahu ahlam..

pengalaman sepanjang hidup sy byk memperlihatkn implikasi sistem persekolahan sebegini. masa sekolah taska dan tadika,no hal la...besa ja. siap time tadika tu,belajar bahasa mandarin jugak.best woorrr..
masuk sekolah rendah,sekolah rendah kebangsaan (skrg da tukar pi sek.keb da..).di sana,pelbagai bangsa mmg campur.best sbb kwn pun pelbagai bangsa dan etnik.hehe.Alhamdulillah.. masuk sekolah menengah,sekolah all-girls. time ni mmg da ada nampak cam jurang antara pelajar dan pemisahan kumpulan2 pelajar mengikut kaum.tempat duduk dorang dlm kelas pun mesti semua berpuak..bertudung ngan bertudung,melayu n melayu/bumiputera,cina ngan cina.. kalo dlm kelas tu..mmg x sah kalo ada 1 (at least SATU) kump chinese,yg kdg2 blh dikatakan x ikut sgt peredaran smsa. tp BUKAN SEMUA lah.cumanya,sy akui sendiri..kami,pelajar non-chinese agak sukar kalo nak kamcing ngan budak2 chinese (Oya,sekolahku x byk budak india..limited edition dorg sana...hehe. slh 1 plak,best fren sy.haha!).kdg2 tu,skali da rapat ngan dorg n dorg(bebudak chinese) ni pun da okay ngan kita..wahh,rasa seronok lah plak sbb dpt kwn ngan budak chinese (aiseh..apa lah plak cenggini ni...).tapi Alhamdulillah,masa form 4,form 5 tu..berjaya jugak kitorg satukan satu kelas tu tanpa perbezaan kaum.

masuk form 6 lagilah teruk. sy satu2 pelajar melayu islam yg masuk kelas sains. masa ting. 6 rendah,ok lagi..masih ada 2 pelajar non-chinese (indian n bumi x melayu). masa memula masuk..waktu rehatlah sy rasa paaaaaaaaaling sunyi/lonely sbb xda kwn lgsg.penah skali menangis diam2 jugak. tp alhamdulillah,dpt juga harungi.tapi bila da naik upper 6,huhu... sy sorg je non-chinese yg tinggal. semua guru2 sy sampai risau. yg sy nak point sini bkn apa,classsmate sy masa tu byk jugak dr sek. vernakular cina. n bila tiba bln puasa,masa rehat tu..diorg ttp makan dpn sy. sy anggap mgkn sbb mrk x pernah/jarang bergaul dgn pelajar melayu/islam,jd mrk x tau pn pasal hal berpuasa. cubalah kalo dorg tu dr sekolah besa..mesti da tau kan. cam rumet sy skrg ni,mmg bersekolah d sek.keb..dia w/pun non-muslim tapi siap ikut pertandingan nasyid n menang johan plak tu. ada interaksi n toleransi lah kiranya bila da saling memahami/bergaul dalam satu persekitaran (contoh paling senang; sekolah la,apa lagi!)...

berkenaan dgn bahasa.. "Bahasa jiwa bangsa". Kalau bahasa kebangsaan,bahasa Malaysia (bahasa Melayu jugak arr tu) tdk dipratikkan sepenuhnya..mcmlah agaknya dgn 'jiwa' untuk bangsa Malaysia?? aisese lagik...

kalau takut sangat bahasa mandarin(cina) n tamil 'terhapus'... boleh saja bahasa2 tersebut m'jd subjek dlm sek.keb tu kan.. payah utk m'yusun jadualnya nti? karut la.. blh saja susun jadualnya sbgaimana jadual utk subjek pendidikan agama Islam & pendidikan moral. ertinya.. pelajar yg ambi bahasa Cina g satu kelas n pada yg sama,pelajar yg ambil bahasa tamil g kelas yg lain/stay di kelas sendiri. kalau blh buat utk subjek elektif lain,napa x boleh utk 2 subjek bhasa ni plak?

maka,oleh itu...pikirkan lah mengenai hal ini,wahai rakyat Malaysia. jangan asyik nak jaga kepentingan sendiri jer... tgklah,bila sy da masuk U ni pn..keadaannya sama jugak. scr majoritinya, mahasiswa bila tgk (cthnya d kafe atau dwn kuliah) akan berkelompok ikut kaum masing2. kalau campur tu jarang sekali & kdg2 tu pun sbb group discussion utk assignment.

sama2 lah kita bersatu dgn sebenar2nya untuk majukan negara kita ini..

Wallahu ahlam..hanya Allah lbh mengetahui..



1 comment:

Anonymous said...

Setuju dengan cadangan saudara, tetapi gologan cina dan india pasti akan menentang, itulah menunjukkan betapa hipokritnya mereka, bercakapa tentang bangsa Malaysia, tetapi menolak sekolah satu aliran yang membolehkan anak-anak kecil berkenalan antara kaum yang berbeza. Bagi mereka, bangsa Malaysia hanya pada pembahagian kontrak dan tender-tender itu sahaja.

Related Posts with Thumbnails