Sunday, November 30, 2008

ubah lagi... but nevermind!

Bismillahir rahman nir rahim..

First of all,thx to Afiq for re-checking my blog's template and let me know some parts dat r not okay :) glad to have friends reminding me.

Anyways, i got Nyoba template for my blog finally. Got me headache again but it's alright. It's all plain white (sucinya.....warna). Hope it'll last (with me).hehe.

To all readers and friends.. please comment if the layout has something dull or wrong or just plain not-good on it. Let me know ya! Thanks a lot..!!

Bah..time to have my branch. Allahu akhbar,got my headache due to gastric as well now,I suppose.

bergerak ke dapur....

p.s: dun bother..im just in d mood of using english..hehehe!!

Calling all Muslims to unite!!!!!

Bismillahirrahman nir rahim..

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.

Wahai saudara-saudari seIslam ku.. marilah kita teguhkan ukhwah fillah kita. Kalau tidak, nauzubillah min zalik..blh hancur kita.

Geert Wilders (bg aku dia ni blh dianggap 'laknatullah') sekali lg m'ancam agama suci kita yakni Islam. dalam kenyataannya dlm Wall Street Jurnal (klik sini), dia menyatakan bahawa budaya mereka lbh baik dr kita (budaya Islam). satu bhgn yg paling aku panas bila membaca artikel ni adalah..

Yet he insists that his antagonism toward Islam reflects no antipathy toward Muslims: "I make a distinction between the ideology . . . and the people. . . . There are people who call themselves Muslims and don't subscribe to the full part of the Quran. And those people, of course, we should invest [in], we should talk to." He says he would end Muslim immigration to the Netherlands but work to assimilate those already there.

His idea of how to do so, however, seems unlikely to win many converts: "You have to give up this stupid, fascist book" -- the Quran. "This is what you have to do. You have to give up that book."


dgn sewenang2nya dia menghina Kalam Allah,Al-Quran. Sbg org Islam kita kenalah teguh bersatu dan terus berpegang teguh dgn ajaran Al-Quran sampai Akhirat.

Doaku..moga kita terus diberkati dengan hidayah dan kekuatan hati olehNya untuk terus berada di jalan yang lurus(ISLAM). takbir!!! Allahu akhbar!!

Saturday, November 29, 2008

reverted (and back after 2 hours...)

Bismillahirrahman nir rahim..

Ya Allah... dunno wat ive actually done to my bloggy. Nyahaha~~

almost hancur by me just now. Alhamdulillah,its back. but reverted to the usual blogger template yg saaaaaaangat skema. adoi. bersyukur sajalah since segala links masih ada. (itu yg penting). tapi pocoyo kat tepi tu da 'melarikan diri' & hilang da pulakk... :(


kegeraman...

2 HOURS LATER...



ALHAMDULILLAH!!! ALL PRAISES TO ALLAH~ i finally manage to get a new template (I've always wanted a 3-column template) and edited it.hehe. Hope to make it better next time. getting late..time to sleep!


happy!

entry was edited at 12:28 am :)

free free free......!!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, November 28, 2008

perubahan..

Bismillahir rahman nir rahim..

Sempena musim cuti ni..kiranya aku nak ubah sket2 template n keadaan 'rumah maya' (blog) aku.. insyaAllah. sambil2 tu,nak cari bahan2 utk dikongsikan lagi. :)

*yeay*

Salam jumaat buat semua~~ (sukanya hari Jumaat.. sbb aku lahir hari Jumaat jugak.he,he,he!)


wahh...cuti2 nak rehatkan diri jugak arr...

Thursday, November 27, 2008

Lima hari perlu jadi renungan untuk keberkatan

Oleh Irwan Mohd Subri

Ummah perlu nilai amalan masa lalu, buat kebaikan masa kini dan mencari bekalan untuk akhirat

SELAIN hari yang dilalui dalam seminggu, ada hari yang perlu diketahui sebagai mengingatkan kepentingan menghargai waktu dilalui supaya diisi dengan perkara berfaedah selain berusaha mencari keredaan Allah.

1)Hari yaum mafqud (hari yang sudah hilang). Hari yang hilang ialah hari kelmarin kita tinggalkan bersama amalan baik, buruk, kenangan pahit atau manis. Ia tidak akan kembali semula dengan apa cara sekalipun. Kita hanya mampu mengambil iktibar dan pengajaran dari hari kelmarin.

Jika kelmarin berlalu dengan kebaikan dan amalan salih, maka ia perlu diteruskan dan dipertingkatkan lagi tanpa henti, tetapi jika ia berlalu dengan kejahatan dan maksiat kepada Allah, maka ia perlu dihentikan dan dibajai dengan rasa menyesal supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Hari kelmarin juga mengajar kita sentiasa muhasabah diri dan mengenal pasti segala kekurangan serta kelemahan untuk diperbaiki. Orang yang membiarkan kelmarinnya berlalu tanpa penilaian adalah orang yang tidak mempedulikan nasib dirinya, tidak mahu mengubah nasib hidupnya ke arah lebih baik dan diredai Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah al-Ra'd, ayat 11)

Nasib seseorang akan berada di takuk lama jika dia sendiri tidak mahu dan berusaha mengubah nasib hidupnya.

2) Yaum masyhud ialah hari yang sedang disaksikan iaitu hari yang kita berada padanya. Sudah pasti hari itu kita mempunyai banyak tugas untuk diselesaikan tidak kira sama ada doktor, pensyarah, jurutera, pekerja kilang, polis, petani atau nelayan. Yang penting ialah kepandaian mengurus dan mengatur tugas itu.

Orang bijak akan mendahulukan perkara utama yang perlu diselesaikan daripada perkara lain. Sebab itulah kita perlu memahami perkara keutamaan dalam hidup kita. Dengan memahami keutamaan, urusan hidup akan berjalan lebih lancar dan selesa.

Selaku mukmin sejati, kita juga digesa menyelesaikan perkara yang boleh diselesaikan pada hari itu dan tidak menangguhkannya sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu, "sesungguhnya aku akan melakukannya keesokan hari". � (Surah al-Kahfi, ayat 23)

Sifat suka menangguhkan kerja akan menyebabkan kerja itu bertimbun dan akhirnya ia tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Ia akan menjadi beban berpanjangan kepada kita.

3) Sementara hari yang mendatang atau yaum mawrud ialah hari yang mendatang ialah hari esok yang bakal kita tempuhi. Sebaiknya kita mempunyai perancangan menghadapi hari esok supaya urusan hidup tidak terbantut. Kita masih boleh memperbaiki kelemahan dilakukan hari ini dengan memastikan ia tidak berlaku lagi keesokan harinya.

Pepatah 'sediakan payung sebelum hujan' amat tepat dalam menanti kedatangan hari esok. Kita perlu bersedia untuk apa keadaan sekalipun sama ada yang baik atau buruk.

Contoh terbaik ditunjukkan Nabi Yusuf dalam merancang untuk menghadapi keadaan kemarau setelah diketahui ia akan berlaku, patut diteladani kita semua. Perancangan Nabi Yusuf berjaya menyelamatkan rakyat Mesir ketika itu daripada bencana kemarau selama tujuh tahun.

4) Yaum maw'ud iaitu hari yang dijanjikan ialah hari kiamat yang dijanjikan Allah akan berlaku. Hari kiamat ialah rukun iman kelima yang wajib diimani setiap orang Islam. Banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi menceritakan perihal hari kiamat yang dahsyat kerana ia adalah hari kemusnahan dunia.

Langit dan bumi akan hancur, begitu juga planet dan cakerawala yang ada di dalam alam maya ini. Hari kiamat juga menyaksikan semua manusia akan mati termasuk makhluk lain, malah malaikat juga akan mati. Yang kekal ketika itu hanyalah Allah kerana Allah itu Maha Kekal Abadi.

Tiada siapa yang tahu bilakah hari kiamat akan berlaku. Nabi Muhammad sendiri tidak diberitahu oleh Allah kerana ia urusan Allah. Apa yang Allah tunjukkan hanyalah tanda yang dapat dilihat manusia supaya insaf dan beriman kepada Allah.

Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Anas bin Malik dalam sahih Muslim yang bermaksud: "Aku diutuskan dan hari kiamat seperti dua jari ini. (Anas) berkata: Baginda menghimpunkan (mengisyaratkan) antara jari penunjuk dan jari tengah."

Nabi Muhammad SAW menggambarkan hari kiamat itu amat hampir dengan mengisyaratkan jarak hari kiamat dengan zaman Baginda sama seperti jarak antara jari telunjuk dan jari tengah. Jika pada zaman Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lalu pun jaraknya sudah hampir, apatah lagi dengan zaman kita sekarang ini. Oleh itu kita mesti bersiap sedia dengan memperbanyakkan amalan salih untuk menghadapi hari kiamat yang akan tiba pada bila-bila masa saja.

5) Hari pembentangan (yaum mamdud) ialah hari dibentangkan semua makhluk di hadapan Allah di padang Mahsyar. Pembentangan bertujuan menjalani upacara menghitung amalan baik untuk diberi ganjaran nikmat syurga dan menghitung amalan jahat untuk diberi azab neraka.

Kehidupan di akhirat bersifat kekal abadi yang tiada kesudahannya sampai bila-bila. Ia memang tidak dapat difikirkan akal fikiran tetapi wajib diimani setiap umat Islam bahawa mereka akan dihidupkan kembali dan dibangkitkan untuk dihisab oleh Allah.

Penyelamat utama bagi umat Islam pada hari Mahsyar nanti hanyalah rahmat Allah dan syafaat Nabi Muhammad SAW. Untuk mendapat tiket rahmat dan syafaat pada hari itu ialah dengan beriman kepada Allah dan memperbanyakkan amalan salih di dunia ini.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik (amal salih)." - (Surah al-A'raf, ayat 56)

Berbahagialah orang beriman dan beramal salih kepada Allah dan amat rugilah orang yang ingkar kepada Allah. Begitulah lima hari yang perlu direnung supaya hidup kita sentiasa diberkati dan diredai Allah.

sumber:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Agama/20081126223313/Article/index_html

dari Deana: semoga kita sama2 ambil ikhtibar dan janganlah disia2kn la setiap hari2 yg kita lalui di dunia ni.

....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, November 25, 2008

Perspektif Ikim: Pemimpin dibimbing iman tidak taksub terhadap pengaruh, kuasa

bismillahirrahman nir rahim..

dipetik dari Berita Harian Online (sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Agama/20081124234532/Article/index_html)

Kepemimpinan amanah rakyat, bukan untuk kepentingan peribadi

KHALIFAH Ali dalam suratnya yang panjang kepada Malik bin al-Harith al-Ashtar selepas pelantikan Malik sebagai gabenor Mesir pada 658 M. (38H), Khalifah Ali antara lain mengingatkan Malik bahawa pemilihannya untuk memikul amanah memimpin rakyat adalah ujian bagi dirinya. Justeru, Malik diberikan panduan yang begitu terperinci bagi melaksanakan amanah kepemimpinan itu yang merangkumi sikap dan layanan terhadap segenap lapisan rakyat, selain hak dan tanggungjawab mereka; nasihat yang perlu diterima dan dituruti; syarat pemilihan pegawai utama kerajaan, usaha meneladani kejayaan dicapai pemimpin terdahulu; langkah harus diambil dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul berkaitan urusan kepemimpinan dan sebagainya.

Malah, Khalifah Ali juga menegaskan bahawa sekiranya kuasa yang dimiliki oleh Malik itu mendorongnya berasa bangga dan megah, maka beliau harus mengingatkan dirinya mengenai kebesaran dan keagungan Allah swt. Demikian juga kekuasaan Maha Pencipta itu terhadap dirinya kerana kekuasaan seumpama itu tidak sama sekali dimiliki dirinya sendiri. Tindakan itu, menurut Khalifah Ali akan mendorong gabenor dilantik itu supaya sentiasa menilai atau bermuhasabah akan cita-cita serta impian dirinya dan mengekalkan pertimbangan diri yang waras.

Isi kandungan surat yang sarat dengan nasihat, peringatan tegas dan amaran itu menjelaskan bahawa kepemimpinan dan kekuasaan adalah amanah yang membawa bersama-sama dengannya tanggungjawab (taklif) dan pertanggungjawaban (mas'uliyyah). Sehubungan itu, persoalan seperti apakah sifat asasi yang mencirikan amanah; apakah yang diperlukan untuk menunaikan amanah, kepada siapakah seseorang (pemimpin) itu akan dipertanggungjawabkan; begitu berkaitan dengan seseorang pemimpin.

Pada hari ini, kekuasaan tidak lagi dianggap sebagai ujian dan menjadi sesuatu yang menimbulkan kebimbangan serta kegusaran yang besar bagi sebahagian besar manusia. Malah, mereka sebaliknya menganggap kepemimpinan, pengaruh serta kekuasaan sebagai suatu keistimewaan dan pengiktirafan tinggi yang diberikan kepada individu yang memilikinya. Ia tidaklah menghairankan kerana pengaruh dan kekuasaanlah yang membolehkan mereka menjalani kehidupan yang dilimpahi kemewahan serta kemasyhuran.

Oleh itu, ia menjadi rebutan dan cita-cita hidup mereka. Segala usaha dan tumpuan diberikan bagi mendapatkan dan mengekalkan kekuasaan untuk suatu tempoh yang seolah-olah tiada hadnya. Malah, kehilangan kekuasaan serta pengaruh begitu ditakuti dan sekiranya ia berlaku, ia mengundang kedukaan yang tidak terucap. Seolah-olah dunia sudah pun kiamat dan berakhirlah kehidupan mereka di dunia yang fana ini.

Manusia yang begitu taksub dan cinta akan pengaruh serta kekuasaan ini dapat dilihat di mana-mana juga; tanpa mengira rumpun bangsa dan kelompok masyarakat, atau tempatnya, iaitu sama ada yang dekat atau di sekeliling kita, mahupun yang jauh daripada pandangan mata.

Dalam hubungan ini, bekas pemimpin negara jiran, Thaksin Shinawatra, boleh disebut sebagai contoh. Kuasa yang dimiliki mendorong dirinya mengaut keuntungan tidak terbatas demi kepentingan diri dan mengetepikan hak, kebajikan serta kepentingan rakyat.

Walaupun pelbagai tindakan dikenakan terhadapnya seperti penyingkiran daripada jawatan Perdana Menteri, buang negeri dan hukuman penjara (keputusan Mahkamah Agung Thailand pada 21 Oktober 2008 mendapati Thaksin bersalah kerana konflik kepentingan dalam urusan pembelian tanah daripada agensi kerajaan), selain tuduhan kerana pembabitan jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa, ia sama sekali tidak memberikan pengajaran kepadanya.

Malah, Thaksin berusaha keras dan menggunakan pelbagai helah untuk menyelamatkan segala-gala yang dimilikinya. Thaksin yang dianggap sebagai ahli politik terkaya, termasyhur dan paling berkuasa di negaranya barangkali tidak sama sekali menganggap bahawa tindakannya itu salah kerana alasannya yang pelbagai.



Satu daripadanya berkemungkinan disebabkan sokongan yang diterima daripada penyokongnya yang setia dan tidak menganggap perbuatannya itu sebagai pengkhianatan terhadap hak serta kepentingan mereka sebagai rakyat. Sungguhpun tidak dapat menerima tindakan Thaksin demi mempertahankan kemewahan dan kedudukannya itu, barangkali ia tidaklah begitu menghairankan kita. Namun yang menimbulkan kebencian dan mencalar hati kita ialah jika pemimpin daripada dunia kita sendiri yang bertindak sama seperti bekas pemimpin Thailand itu.



Seperkara yang tidak dapat dipisahkan daripada amanah (kepemimpinan, kedudukan dan kekuasaan) ialah iman. Imanlah yang menerbitkan sifat amanah dalam diri sehingga mendorong individu yang memikul sesuatu amanah, melaksanakan amanah itu dengan sehabis daya serta kudratnya. Iman jugalah yang akan mendorong seseorang pemimpin misalnya, untuk menilai sama ada tindakannya benar atau salah.

Demikian juga dengan matlamat serta tujuannya, sama ada demi maslahah ummah atau sebaliknya hanya menyakiti, memudaratkan dan mengorbankan hak serta kepentingan mereka.

Oleh itu, pemimpin yang dibimbing oleh keimanan, sama sekali tidak akan terkeliru, kebingungan dan hanyut dalam ketaksuban mereka terhadap pengaruh serta kekuasaan sehingga mereka tidak dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil.

Bahkan mereka juga akan mengambil tindakan tegas dan bijaksana dengan berpandukan ilmu, demi mengutamakan maslahah umum dan mengetepikan sama sekali kepentingan peribadi, walaupun memperoleh sokongan yang besar untuk terus mempertahankan kuasa yang dimiliki. Mereka menyedari bahawa amanah besar lagi berat yang dipikul oleh mereka, tidak akan terlepas daripada perhitungan Allah swt pada hari akhirat kelak.

Kegagalan mereka untuk melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab, iltizam serta kesungguhan yang tinggi hanya akan mengakibatkan mereka ketika itu diselubungi penyesalan yang tidak berpenghujung dan tiada pula gunanya lagi.

Penulis ialah Wan Roslili Abd Majid,Pegawai Penyelidik di Institut Kefahaman Islam Malaysia

seriously... i cant understand it at all~ brr...

Shah Rukh Khan terima Datuk 6 Dis.

MELAKA 24 Nov. - Pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan bersetuju datang ke Melaka pada 6 Disember ini untuk menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Omar Kaseh berkata, Shah Rukh Khan akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 7.30 pagi dan akan berada di Melaka selama sehari.

Istiadat penganugerahan darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, pada 10 pagi, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 hari lahir Mohd. Khalil pada 11 Oktober lepas.

Omar berkata, bahawa pada majlis istiadat penganugerahan itu, Shah Rukh Khan akan berpakaian baju Melayu serba hitam dan bersongkok, satu-satunya artis Bollywood yang diberi penghormatan memakai busana baju kebangsaan yang pasti akan ditonton seluruh dunia.

Katanya, artis itu dijadual melawat Menara Taming Sari pada 2.10 petang, menaiki beca ke jam besar melalui Jalan Quayside (2.25 petang), Eye On Malaysia (2.50 petang), Pentas Jonker Walk (3.25 petang), menaiki bot dari Padang Nyiru ke Eye On Melaka (3.45 petang), Kampung Morten (4.10 petang) dan bertemu peminat di konsert Jom Ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (4.45 petang) dan terbang balik ke Mumbai pada 8 malam, hari sama.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

Sedikit dari Deana..:

Bismillahirrahman nir rahim.

just as i sed in d subject: I SERIOUSLY CAN'T GET IT (at all). why shud he'd be given d title of "Datuk" while here in our own country..we got some more deserving ppl. adehh.. zenzen wakarimasen~ *geleng kepala*

kalo nak tgk dr sudut agama pun (sblm tu nak mintak maaf sgt2 kalo ada salah silap sy), Shah Rukh Khan(SRK) ni agak memalukan org Islam sendiri.Bukan nak ckp buruk pasal sepa2 tapi spt yg kita maklum,SRK ni org Islam tp dia tlh berkhawin dgn isterinya yg b'agama Hindu dan isterinya lgsg x convert pun pi Islam. adedeh.. apa nak jd dgn dunia skrg.

lg satu, SRK ni bukannya rakyat Msia.lainlah kalo kes cam Datuk Michelle Yeoh sbb walaupun jarang (n mgkn tidak) tinggal di Msia suda..dia ttp kelahiran Msia. aiyoyo...

dgr kata,p'anugerahan ini adalah krn SRK tlh m'bntu mempromosikn Melaka.huhu,kalo cam tu.. adik Amrah (x-hausmet sy yg da g Mesir utk smbung stadi) pn layak dpt gelaran tu sbb masa memula knl dgn dia pn,dia slalu ajak g Melaka n bgtau ttg Melaka kt sy. aisehmen..

knapalah budaya hedonisme (hiburan) semakin diagung2kn kini.. bg sy,baek lg bg gelaran Datuk tu pd mahasiswa Msia d dlm ataupun luar negara yg tlh berjaya mengharumkn nama Msia di persada global.blh jd 1 suntikan bg mahasiswa/i yg lain.heheh,saja ja tu.

mm...dah lah,malas nak komen lbh2. ada plak jd posting "ikut emosi" (mm,beberapa hari ni kena komen oleh kwn baik sy psl ikut emosi jer.huhu~ maaf ler,x sengaja).hehe.

p.s: maafkan kelemahan diri ini jika ada salah silap!!!

Saturday, November 22, 2008

Mahar Cinta

Bismillahirrahman nir rahim..

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..


Sebuah lagi lagu dari Devotees yang sy sgt2 suka/minat. Dari lirik lagu ini saja, bagaikan suatu peringatan dan nasihat buat diri ini (personal issue.hehe). Juga mengingatkan sy kepada seseorg. Bila mendengar lagu ini,seolah2 dia sendiri yg berkata (lirik2 lagu ni) pd sy. Allahu ahlam.

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji


teringat sy kata2 Uztaz Sarip Adul semasa ceramah Ayat-ayat Cinta di Surau Nur E-man sblm ni.. dia menyatakan, "Kalo brani nak cintakan seseorg,itu maknanya brani khawin dgn org tu." maksudnya..bila da brani nak luahan perasaan kita pada org yg kita suka,kita mesti brani nak 'tanggung' komitmen. Bukan komitmen yg skjp saja ttpi yg berpanjangan dan diredhai Allah (cthnya: perkhawinan..). Komitmen yg sekejap tu cthnya yg couple-couple remaja skrg tu lah.Bercinta sakan,tiap ari ckp 'I Love U' etc etc,tp akhirnya break jugak.Last2 kawen ngan org lain jugak biarpun sudah sumpah sehidup semati~

hehe,lagu ini jugak mengingatkan sy pd watak Mustaqim dlm cerita Seindah Mawar Berduri. Betapa stelah bersabar dgn diri sendiri (perasaan,nafsu cinta) dan keadaan/org2 sekeliling, dia berjaya juga bernikah dgn gadis pilihannya,Khazinatul Asrar(watak utama) tanpa perlu bercouple2 ka apa..sehinggakan org lain terkejut dgn berita perkhawinan mrka. itu sedikit perkongsian saja lah. um,sampai sini ja lah.penat..mau tido n rehat jap.. sambil layan lagu ni..hehe

Wallahu ahlam~

Thursday, November 20, 2008

Hijrah menuju Allah

Bismillahi Rahman nir Rahim..

Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

c/o
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah


Lagu dari Devotees ni byk mengingatkan sy pada mula2 sy cuba untuk m'dlmi Islam sebaik2 dan sedlm2 (semampu diri lah) sblm ini. Sy mmg berminat hal2 keagamaan walaupun secara jujurnya sblm ini sy kurang mengamalkan Islam dalam cara hidup. Tudung pun x pakai (Alhamdulillah,doakan sy istiqamah menutup aurat sehingga ke akhir hayat). Keluarga sy pun mmg x menitikberatkan sgt pasal Islam. Solat? Sehinggalah sy masuk universiti sethn yg lalu, barulah akhirnya sy pandai solat sebaik2nya (INSYAALLAH).
Subnallah,syukur pada Allah kerana telah memberikan hidayahNya kepada sy.Bukan setakat hidayah, tetapi juga kekuatan untuk melaksanakan ibadat kepadaNya scr IKHLAS. Bg sy (ini adalah pendapat sy sendiri), hidayah saja tidak cukup tanpa kekuatan hati untuk benar2 berhijrah kepada Allah. Hati kita sentiasa berbolak-balik, sbb tu lah kita dianjurkan untuk berdoa kpd Allah supaya pegang hati kita (tetapkn hati kita dlm keimanan dan keteguhan dlm Islam).

Keadaan sekeliling merupakan antara faktor yg menguji kekuatan hati kita utk terus b'hijrah kpd Allah. Pengalaman sendiri..semasa mula2 ingin berhijrah aurat (memakai tudung) tu,kluarga sy sendiri kurang selesa dgn perubahan sy. sampai tahap sy cuma dibenarkan memakai tudung di kampus saja tapi bukan di luar kampus. punyalah terasa bagaikan pecah luluh hati ini. Nasib baik lah Allah kuatkan hati sy dlm m'hadapi ujian itu. Juga dgn kurniaanNya..sahabat2 yg sentiasa menyokong dan memberi nasihat. Alhamdulillah sehingga skrg sy memakai tudung dan Alhamdulillah juga,tanpa disedari.. sy sudah mula pakai tudung yg lbh labuh dr biasa. :) semuanya dgn kekuatan hati (maaf,sy benar2 bukan berniat ingin riak atau minta puji ka apa) dan bantuan dr Allah, dgn berdoa kpdNya scr ikhlas dan istiqamah. spt mana dlm lagu ini.. pada bhgn chorusnya:

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu


Allah juga berfirman:
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku menerima doa kamu." (surah Ghafir:60)

itu saja lah buat kali ini.. tertangguh2 sudah post ini utk disiapkan (agak byk halangan semasa menaip entri kali ni.hehe). Alhamdulillah.. sy doakan kita semua dpt trus ikhlas dan istiqamah utk berhijrah lbh dkt kpd Allah SWT. InsyaAllah.

wallahu ahlam~

Monday, November 17, 2008

"Story" of the day....

Bismillahirrahman nir rahim..

Dimulakan kisah hari ini dengan 'angan-angan' ataupun lebih tepat keinginan seorang hamba Allah ini.
Setelah sekian lamanya, dia menginginkan sesuatu benda tapi sering kali tidak punya kesempatan mahupun rezeki untuk memilikinya.
Akhirnya dengan keizinNya,dapat jua dia menemui benda yang dicari dan diidam-idamkan selama ini. Di saat itu juga dia menemuinya dengan seorang teman baik yang dikasihinya. Alangkah gembiranya di hati hamba Allah ini di saat mendapat barangan idamannya.
Sekembalinya ke rumah, kegembiraan di hati masih tidak dapat disembunyikan. Sahabat tumpang gembira.. juga menyukai barangan yang dimilikinya. Sehingga mereka jua inginkan benda yang sama. Kebetulannya teman baik yang bersama hamba Allah ini tadi akan berangkat ke tempat yang jauh.Baginya tiada lagi peluang untuknya sekiranya ingin mendapatkan barangan yang sama dengan si hamba Allah ini sekiranya dia sudah berangkat. Maka, dia pun bertanyakan kepada hamba Allah ini, "Aku sangat menyukai barangan itu. Jualkanlah kepadaku kerana sesungguhnya aku tidak akan berada di tempat ini lagi kerana aku akan berangkat pergi esoknya."
Hamba Allah itu tidak sanggup untuk kehilangan barangan idamannya itu. Masakan tidak,sudah bertahun-tahun dia menginginkannya. Berkali-kali juga si teman baik menanyakan hal yang sama, berkali-kali jua dikatakan 'tidak' kepadanya oleh si hamba Allah.
Namun akhirnya, terdetik di hati hamba Allah ini.. "Biarlah aku bagi saja barang itu kepadanya.. Nescaya Allah akan ganti dan balas dengan yang lebih daripada itu.InsyaAllah. Kalau tidak di dunia,mungkin di akhirat kelak.."bicara nuraninya. Akal yang dikurniakan Allah terus digunakan.
"Yalah.. lagipun itu barangan dunia sahaja. Dunia ni kan sementara saja. Apalah nilai suatu barangan dunia kalau dibandingkan dengan pahala di sisi Allah? Anggap saja bersedekah kah.. InsyaAllah boleh,"katanya sendirian. Lalu tanpa mahu berfikir dua tiga kali lagi sehingga memungkinkan dia akan menukar fikirannya pula,hamba Allah itupun menghubungi teman baiknya. Kali ini si teman baik pula yang gembira bukan kepalang. Malam itu juga akan dia datang untuk mengambil barangan tersebut dan sekaligus membayarnya.

Dasar iblis yang tidak suka manusia berbuat kebaikan,acapkali si hamba Allah menerima bisikan-bisikan iblis mengenai keputusannya itu.
"Mengapa sanggup berkorban untuknya? Dia bukannya akan balas budi kau. Sebelum ni pun,tak ada pun sangat dia jadi kawan baik kau.."
"Kau sudah inginkan benda tu bertahun-tahun...dan akhirnya kau bagi pada orang tu??! Bodoh ka apa.."
"Kenapa mesti mengalah pada orang tu..?!!"

Bertalu-talu juga bisikan-bisikan yang mengugat iman si hamba Allah ini. Memang benar, untuk membuat suatu kebaikan bukan mudah. Rasanya bagaikan membekukan air menjadi ais..perlu ditunggu juga beberapa lama. Tapi untuk menjadikan ais kepada air,kenakan pada api saja sudah melebur. Alahai..

Ujian..ujian...ini ujian dari Allah.. Dia ingin menguji sejauh mana keikhlasanku.. fikir si hamba Allah. "Barangkali juga,ada sifat riak dan takbur pada diriku tadi setelah aku mendapat barang tu,dengan menunjukkan kepada kawan-kawan lain. Aku harus cari kekuatan.."katanya lagi. Lalu dia pun mengambil wuduk dan solat kepada Allah. Dalam solatnya dia menangis,meminta kekuatan kepada Sang Pencipta.Keteguhan iman dan hati supaya terus berada di jalanNya.
Selepas itu, dikongsikannya apa yang dirasai dengan seorang sahabat yang dipercayainya. Alhamdulillah, si sahabat memahami. Lalu dia pun berkata, " Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa seseorang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata,'Wahai Rasulullah, sedekah bagaimana yang paling mulia?'. Baginda menjawab,'Engkau bersedekah dalam keadaan sihat,bakhil,takut miskin dan ingin kaya.Jangan engkau tunda sedekah itu hingga ketika roh sudah mencapai kerongkong,barulah engkau berkata,"ini untuk si anu dan yang itu untuk si anu."'." (Riwayat Muslim)
ALHAMDULILLAHIRROBBIL ALAMIN.. mendengarkan hadis tersebut,hati si hamba Allah menjadi tenang.
Tersenyum si hamba Allah juga mendengar kata-kata si sahabat.
Biar ada setitik tompok hitam pun di hati ini,insyaAllah.. kalau aku benar-benar ikhlas,akan hilang juga tompok hitam itu. Aku yakin pada Allah!

sajakku yg tidak bertajuk...

Bismillahirrahman nir rahim..

aku selalu rasa yang aku keseorangan
tapi hakikatnya..
Kau sentiasa bersamaku

Aku selalu rasa tiada orang yang memahamiku
tapi aku tidak sedar
Kau sentiasa memahami lagi mengetahui segalanya

Aku selalu rasa tiada orang yang memperdulikan aku
tapi aku yang sebenarnya tidak tahu
Kau sentiasa memperdulikan aku

Ya Allah ya Rabbi
Di mana pun jua aku berada
Kau sentiasa bersamaku
Cuma aku sendiri yang jahil
Selalu saja aku tersesat…
Menuju jalan yang aku sendiri pasti

Namun, Kau lah jua yang Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Bila aku berdoa setiap hari
“Ih dinash shi ro tol mustaqim”
Kau tunjukkan aku jalan yang benar dan lurus
Yakni agama Islam yang syumul
Yang dibawakan manusia agung, Muhammad SAW

Kau sentiasa bersamaku
Kerna Kau sememangnya sentiasa
bersama dengan hamba-hambaMu
Kau sentiasa memahami dan mengetahui segala-galanya
Kerna Kaulah Maha Mengetahui
dan Maha Pencipta segala-galanya
Kau sentiasa memperdulikan aku
Dengan memberikan aku ujian-ujianMu
kerna itulah tanda kasihMu

Ya Allah…
ampunilah segala dosaku..
ampunilah kecuaianku..ampunilah kelemahanku..
Berikanlah aku kekuatan
Untuk terus berjihad.. di dunia yang sementara ini..
Untuk menuju ke akhiratMu dengan keredhaanMu

AMIN…

Sunday, November 16, 2008

Bicara Kata

Bismillahirahman nir rahim...

Bicara Kata
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...



Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penyusun Muzik : Trabye
Penerbit : Faizal Osman
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.


entah mengapa... lagu ini yang segar menjadi faveret skrg.. Bibi (rumet sy) punya pasallah ni. hahah.. apa2 pun lagu ni mmg bg pengajaran jugak lah.

Friday, November 14, 2008

mencari..

Bismilallahirrahman nir rahim..

sy sedang mencari... mencari template yg btl2 sy inginkn utk blog ni. hehehe.. ada idea,bgtau yer.. syukran..

wallahu ahlam

Alhamdulillah...

Bismillahirrahman nir rahim..
marilah kita sama2 hayati lirik lagu "Alhamdulillah" (Opick feat. Amanda). sy kira ramai jg rakan2 yg familiar dgn lagu ni. anak buah sy yg berusia 8 thn pun cukup meminati lagu ini. :) Alhamdulillah.

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wa syukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Hilanglah sebuah perbedaan


dgn tajuk "Alhamdulillah" utk sekaliannya kali ini.. demi Allah, sy benar2 merasa syukur sgt2 atas segala nikmat yg tlh Allah berikan pd sy dr sejak sy lahir sampaila skrg. Nikmat Islam dan hidayahNya itu lah nikmat yg paling 'agung' skali sy rasanya. ntah knapa selepas "sibuk2" bca mengenai fatwa mengharamkan pengkid di laman2 web (iluvislam.com,blog2..) sy tertarik pula utk membaca mengenai kemurtadan umat Islam di negara Msia ini sendiri. dr kisah2 dulu (Aisyah Bukhari,Lina Joy..) hingga kisah para remaja Melayu skrg.. Astaghfirullah al'azim.. apa suda mau jadi dgn dunia ni. Semmgnya kita kena sentiasa sedar yg kita kini di akhir zaman.

tdk payah kita pergi jauh sampai tahap murtad.. kita tgk saja perlakuan para remaja Islam skrg.. ibarat bukan Islam lgsg. golongan artis lah.. huhu,toksah ckp lah. ada segelintir tu x sah kalo x pegi club ataupun air haram sbg minuman 'rasmi' dorg. dr segi pemakaian plak.. seksi dan x menutup aurat~ baru td rumet sy yg bkn beragam islam menegur sorg artis di khabar tempatan. dlm gmbr tu artis indon tu kawen dgn sorg artis msia. suaminya (artis msia) tu siap bersongkok lg tp si isteri plak punya seksi. sampai rumet sy ckp, "terseksa la tok kadi dgn saksi2 lelaki di dpn dia tu..". mm,btl jugak.. dan lbh teruk,kalo x silap (betulkan sy kalo salah.pls!),majlis perkahwinan tu dibuat di masjid~ astaghfirullah..

sy posting ni utk muhasabah diri sy sendiri jugak. sy benar2 takut bila memikirkan bagaimanalah kita bila dibangkitkan pd hari kiamat nanti.. masing2 dipersoalkan amalannya di dunia.. moga Allah tetap diriku dlm IMAN dan ISLAM sampai bila2. AMIN. marilah kita sama2 berdoa pd Allah utk meneguhkan akidah kita dan kita juga perlu sama2 berusaha utk membantu/berjuang pd agama Allah ini..walaupun sedikit. insyaAllah.

wallahu ahlam.

p.s: maaflah,sy pun x expert lg dlm penulisan sebegini..harap dimaafkan segala salah silap perkataan ku..

p.p.s:
buat santapan terakhir.. mari sama2 beristightifar..

Laa ilahaa’illa anta
Ya hayyu ya qoyyum
Subhanallah wabihamdihi
Subhanallah hiladzim

Kubuka jendela pagi di udara yang letih
Deru geram nyanyian jaman
Bersama berjuta wajah kuarungi mimpi hari
Halalkan segala cara untuk hidup ini

Nafsu jiwa yang membuncah
Menutupi mata hati
Seperti terlupa bahwa nafaskan terhenti

Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah, aladzim
Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah, aladzim

Kubuka jendela pagi dan dosapun menghampiri
Suara jerit hati kuingkari

La ilaha illa anta ya
Subhanaka inni kuntu
Minallahdholimin


wallahu ahlam....

Wednesday, October 29, 2008

yang ingin diperkatakan..

Bismillahir rahman nir rahim..

Salam kemuliaan buat rakan-rakan. Salam perjuangan dan juga salam muhibbah.

Berdirinya saya di sini..erks,silap.buat pidato plak. ceehhh..nda main la mo formal2 nie.sgtla bkn diriku~

so,apa yg ingin sy perkatakn dlm entri kali ini? 2 perkara ja..n since sy tau sy mmg suka sgt menulis dgn point-form.. ermm..truskan membaca ja la.heheh!

1) Kerjasama antara ahli dalam sesuatu organisasi itu suatu kemestian
Yes,indeed!! "Kerjasama" adalah elemen yg lgsg tdk blh hilang @ tdk-ada di dlm suatu organisasi atau kump. Biar sejauhmana pun perbezaan personaliti mahupun bangsa ahli2 dlm kump t'sbt, kerjasama perlu wujud (mahu atau tdk) supaya objektif dan kerja yg diingini dpt dicapai(atau dibuat). kalo kerjasama ini tdk penting,masakan akan ada pepatah yg menyatakan "Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh". Terus-terang sy nyatakan,sy paling tdk tahan bila mana dlm suatu kump yg sy anggotai itu,tdk ada kerjasama di antara ahli2 nya. biarpun kump kecil yg punya 2 org ahli saja pun, tanpa kerjasama,akan jd cam magnet yg sama kutub jgk kan.. masing2 pi arah yg berlainan. kerja yg mau dibuat mungkin siap..tp adakah sebagus hasil kerja yg dilakukan oleh kump yg bekerjasama?

2) Memimpin dalam kepimpinan
Seorg ketua dlm suatu kump atau organisasi yg memimpin seharusnya mempunyai daya kepimpinan yg tinggi. Bukan semua org mempunyai kewibawaan yg cukup utk memimpin, mempunyai daya kepimpinan yg tinggi sehingga org lain hormat akan kepimpinannya dan bukan semua org jg,walaupun punya kedua perkara yg tlh disebutkan; mempunyai peluang utk DIPILIH sbg pemimpin. jd,pd p'dpt sy..bilamana seseorg itu tlh diberi peluang utk memimpin, dia seharusnya cuba utk menjd seorg pemimpin sebaik yg mungkin. cuba utk berbincang dgn rakan2 seperjuangan,org atasan bawahan & termasuklah 'rakyat'2 yg dipimpinan. b'bincang utk m'getahui dgn lbh baik corak kepimpinan yg mana lbh sesuai utk diamalkan b'dasarkn keadaan semasa.

adeh.. maaflah,sy bukan jenis org yg pndai m'yusun ayat2.. lbh pndai b'ckp secara spontan..& sy juga sdg dlm proses m'tarbiyah diri sndr utk m'jd seseorg yg lbh baik dr pelbagai segi. InsyaAllah. doakan sy.

Wednesday, October 22, 2008

adeh..deh..deh...

Bismillahirrahman nir rahim..

Salam kemuliaan buat semua sahabat handai yang sudi meluangkan masa utk membaca blog sy yg x seberapa ini..Syukran jazilan,sy ucapkn.

Apa2 pn,sda lama dri ini x m'update blog ini.hoho.. sibuk skit dgn assignments yg menunggu utk disiapkn,jg dgn amanah sbg pelajar,anak dan pemimpin(JAKMAS E).

Rasanya,ini baru saja mukadimah utk kesibukan yg bakal melanda. Sem dpn lg lah pasti akan sibuk dgn pelbagai aktiviti,mesyuarat dgn pelbagai pihak, assignments punya plbagai karenah dan mcm2 lg. insyaAllah,doakan sy berjaya~ =3

minggu ini adalah antara minggu2 yg plg sibuk pernah sy alami. huhu,dlm 1 minggu sja ada FINAL EXAM,MID-TERM EXAM,TEST,penghantaran assignment dan presentation. WAhhh... mcm2 ada! InsyaAllah..sy blh tempuhinya. InsyaAllah.. dan Alhamdulillah,hari ini suda masuk hari Rabu dan mslh2 yg dtg suda ada penyelesaian(walaupun sedikit).

buat masa skrg,sy kena siapkn 1 laman web di mariniaga.com utk assignment Technopreneurship. Ya Rabbi... punya m'cbr assignment ni. kump sy last minute bru dpt company/kedai yg di-accept oleh lecturer (Alhamdulillah!!!) & skrg sdg bertungkus-lumus utk m'yiapkn laman web & analisis repot mengenai company/kedai tersebut.wah wah wah... bersyukur jugak kami krn dpt bekerjasama dgn org yg baik,peramah dan sanggup menolong kami dlm membuat tugasan ini. Namun sesungguhnya, itu semua adalah dr Allah SWT.

oklah...nanti ada kelas jam 11. kena turun bandar lg utk uruskn assignment technopreneurship ni.. besok ada MID TERM la plak.. T.T doakan sy!

Thursday, October 09, 2008

Perginya seorg sahabiah..eratnya ukhwah kerana Allah..

Bismillahir rahman nir rahim..

dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang.

Ku sedekahkan Al-Fatihah buat seorg sahabiah yg baru saja ku kenali...

Tidak terjangkau di fikiran bahawa antara entri blog yg pertama utk blog sy yg ini adalah suatu kesedihan. Namun, kita kenalah sentiasa beringat akan kalimah "La Hawla wala quwatta illah billah", tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Ya Rabb.. Kau cucurilah rahmat ke atas Siti Aisyah Bakri, sahabiah yang baru saja ingin ku kenali dengan lebih rapat.
Secara jujurnya sy selalu bertembung dgn arwah di dalam dan luar surau (di dalam Kg. E sendiri). Baru saja bulan Ramadhan yg lalu,bila diri ini mula menggerakkan diri untuk beribadat kpd Allah dgn lbh baik dr bln2 Ramadhan yg lalu.. sy berkesempatan untuk berinteraksi dgnnya dgn lbh dekat. Walaupun tidak lama mengenalinya seperti rakan muslimat yg lain,tp pemergiannya ttp terkesan di hati. tdk dpt juga menahan sebak di dada bila sampai ke Jabatan Forensik,HQE utk memberikan penghormatan terakhir buat arwah..

Pada pagi Isnin sblm mendapat SMS dr seorg shbt mengenai pemergian Aisyah, sy bermimpi seorg rakan yg memakai baju putih. Bila sudah bercakap2 dgnnya barulah sy mengetahui barulah dia(rakan yg memakai baju putih itu) sebenarnya sudah meninggal. tapi entah mengapa sy semcm reda dgn 'berita' tersebut kerana sepanjang bercerita dgnnya,dia sgt lemah lembut. bila terbangun dr tidur, tgn sy dgn tdk disedari mengigil. ingin saja sy menelefon seorg shbt rapat sy & 'mengadu' pdnya tapi sy pendamkan sja dan cuba utk tidur semula. Sy terbangun semula bila mendapati SMS mengenai pemergian arwah, dan tanpa dpt menahan kesedihan sy terus menghubungi shbt rapat sy yg juga mengenali arwah (rasanya dia mengenali arwah lbh awal dr sy sendiri) dan memberitahu mengenai berita tersebut.

Sehingga skrg sy masih lg terasa sebak stp kali terbaca artikel dr shbt sahabiah mengenai arwah esp. dr blog yg dibuat khas utk arwah.
dari sinilah sy dpt melihat betapa eratnya ukhwah org2 yg bertemu dan berpisah kerana Allah azza wa jalla. biarpun kami (yg dipanggil sbg budak2 surau di hostel) menerima beberapa rintangan dlm memperjuangkan syiar Islam, namun kekuatan silaturrahim dan ukhwah di antara sahabat sahabiah ini mmg x blh dipertikaikan. Sesungguhnya Allah menjaga org2 yg berkasih syg krnNya. sy sendiri yg sy akui baru sy berkenalan rapat dgn sahabat sahabiah ini dpt merasakan kasih syg di antara shbt2.
sbb itu sy agak terkilan juga bila tdk punya byk kesempatan utk berkenalan dgn arwah dgn lbh lanjut.

nampaknya bateri laptop tdk mengizinkan sy utk meneruskn entri ini buat masa skrg. insyaAllah, sy akan cuba updatekn lg blog ini dgn lbh baik...InsyaAllah..

Salamun alaik buat semua.. Barakallahu fik~

Friday, October 03, 2008

Post yang tak terpublished...huhu..

Bismillahir rahman nir rahim..

Assalamualaikum w.b.t..

da lama sy x updatekn blog nie.. agak mls skit lbh2 lg byk perkara yg berlaku bru2 ni..
sy pilih tajuk "Sedihnya.." bersbb. mulanya mmg mls nak posting tapi tergerak jg hati & jari2 sy untuk posting mlm ni.

straight to the point. kenapa SEDIH? ni sbbnya..

1) Pemergian Ramadhan al-Mubarak
:: spt yg tlh diumumkan td,bln Syawal akan bermula hari rabu ni..bersamaan dgn 1 okt. dan semestinya bln Ramadhan pula akan menemui pengakhirannya yakni 30hb Ramadhan pd 30 sept. scrf peribadi,sy sgt sygkn bln ramadhan krn pd bln yg mulia inilah sy byk menerima tarbiyah untuk mengubah diri ini & sekaligus cuba mendekatikan diri pd Allah azza wa jalla. Ingin sy kongsikn pd rakan2.. pd bln ramadhan yg lalu lah,sy berjaya keluar dr kepompong kejahilan yg mana sy 'berjaya' mempelajari cara2 solat yg btl n jg 'berjaya' solat spt org lain. sblm ini,sblm masuk uni..sy xpenah solat,ada tp sekadar asal ada(atau ikut2 org tp x dgn btl) sbbnya sy mmg x pndai solat.tp Alhamdulillah,dgn hidayahNYA..hati sy terbuka utk bljr dgn lbh baik ttg agama Allah ini. utk ramadhan thn ini,Alhamdulillah..sy sda ikut solat terawih scr berjemaah & sblm ramadhan lg sy sudah punya byk sahabat2 yg sedia membantu & membimbing sy. InsyaAllah,doakan sy istiqomah terus. :) byk lg yg ingin sy ceritakn kalo bab2 psl pengalaman sy mula berubah ni.. insyaAllah,kalo ada kesempatan,lain kalilah ya..hehe

2) Sedihnya melihat gelagat remaja2 Islam skrg..
:: SEDIH sgt2!! terutamanya bila fenomena ini berlaku di kalangan kwn2 sy sendr. fenomena apa yg sy mksud adalah fenomena remaja Islam yg spt bkn remaja Islam lg. mcmana tu? cthnya; yg berpakaian tdk lg mengikut syariat(yelah,kalo x pakai tudung pun,berpakaian scr sopan kan..) lg x menutup aurat,pergaulan bebas lelaki perempuan, minum minuman keras(pas tu bangga plak ckp dia mabuk..huhu) dan byk lg kot. Allahu ahlam. Sy bkn suka2 mau menyatakan cth2 tersebut tp itulah yg berlaku pd beberapa org kwn sy sendr. Mau menegur tp ada yg bila dibagi salam pun buat2 x dgr,apatah kalo dibawa berbicara. mmg sedih. lbh sedih bila jarak sy dgn kwn2 sy tu xlg mcm dulu(jarak bertambah),sukar sy nak 'capai' mrk.. blh jd ini adalah tanda2 kiamat. al-maklumlah kita mmg umat akhir zaman kn. jd apa yg blh sy perkatakan di sini buat sahabat2 sekalian,moga kita ambil iktibar dr fenomena ini & teruslah istiqomah utk beribadah & berdoa pd Allah. Mohon dijauhkan perkara2 sebegitu. InsyaAllah.

Rasanya itu sajalah untuk kali ini. post ini sepatutnya dipostkan pd 11.30mlm, 29hb sept. tp tetiba plak wireless connection sy tercut-off.huhu.xpe lah,yg penting skrg ianya da pun dipostkn jugak kan...

insyaAllah,lain kali akan sy cuba titipkan perkara2 menarik yg berlaku pd diri sy yg ingin sy kongsikan bersama kwn2. itupun kalo ada kesempatan dan kerajinan XD

Salam Aidilfitri buat semua!!

p.s: yeay..besok Open House.. jemput dtg kwn2 yg dekat yer..!!
Related Posts with Thumbnails